Sabtu, 29 September 2012

Lemah kerana lebih sangat Dunia.

1. Sebahagian besar dari kita hari ini kurang merasa amat terkesan dengan seruan Al-Quran yang dibaca dan didengar. Hadis Nabi saw juga kurang dirasa penting bila disampaikannya. Padahal inilah sumber utama asas kekuatan, kebenaran dan kejayaan segalanya hingga akhirat kelak. Dalam masa yang sama ramai lebih terkesan lagi bila mendengar ucapan dan saranan selain dari Al-Quran dan As-Sunnah. Macam manalah nak ada kesannya, jika Al-Quran pula memang sudah sering dilupa dan jarang sekali dibaca. 

2. Hati kita tak rasapun gementar, takut, bimbang dan luntur segala hasyrat dosa bila mendengar dan membacanya. Tak rasapun mesejnya masuk menyerapi hati kita. Tak dapat melahirkan perasaan untuk terus bangkit dan bersemangat bila mendengar dan membacanya. Tak rasa untuk perlu bertindak dengan segera agar sentiasa berwaspada dan awasi hidup. Untuk meraih kejayaan dan kehidupan dunia dengan nilai akhlak yang soleh. Ia seolah sudah lapuk dan jemu. Seolah tidak merasa yakin dengan khabar dan janji Allah. Hanya mencari dan mendengar sedap bacaan. Atau hanya ingin mengalunkannya agar hebat tarikan. Hatta walau telah berjurusan agama.


3. Kenapa hingga demikian rupa? Kenapa tiada sikit rasa sensitif pun bila dibaca, didengarkannya dan atau sekarang bila dipost dan disyarekan? Sedang itu panduan dan kebenaran Islam kita ini? Ia adalah peringatan dan kalam dari Allah. Ia adalah wahyu dari Allah melalui Nabi Muhammad saw. 

4. Antara sebabnya adalah kerana betapa amat lemahnya tarbiyah iman kita. Hiburan dunia yang telah menyekat, membenamkan dan melemaskan rasa untuk takut, gementar dan terkesan itu. Yang telah merutinkan hari hidup. Ia juga tak mampu menjadi penenang hati. Nikmat dunia yang telah mengkaburi mata hati kita. Sedang jika kita lihat bagaimana mereka yang mengkaji Al-Quran dan Hadis, mereka yang terus menangis dan lumpuh kekuatannya bila mendengar firman Allah. Dan sebahagian masyarakat dibarat dan timur tengah yang dilihat cukup mengkagumi dan terkesan dengan mesej-mesej Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Namun kita tak ada rasa apa-apapun.


5. Marilah saling bermuhasabah. Bangkitlah dengan cuba sedayanya menjauhi hidup dengan dipenuhi hiburan. Asyik dengan cerita dan lagu. Bermacam hiburan barat selalu didahagakan dan dinantikan. Dipuja, digilai dan disanjung. Dan apapun hal yang sampai melalaikan kita dari tuntutan Agama. Apatah lagi perkara yang menyumbangkan dosa. Memadai agar meluluskan fitrah seorang manusia. Salurkanlah ia dengan hal lain yang banyak lagi dari perkara halal. Mengikhlasi, memahami dan mengamali ajakan Islam. Bukan saingan mengharap kerja jua yang dingini dari dalami ilmu. Dan agama sekadar jadi adat. 

6. Kesan bila dibiarkan dalam kelemahan ini, maka teruslah kita dalam kelalaian, kejahilan, kehanyutan, terjerumus dosa dan kepada bahaya kesesatan. Hilang tanggungjawab diciptakan. Roh, kehebatan Islam tercabut dari diri sendiri dan seterusnya pada pandangan masyarakat luar. Lupa kematian dan hal akhirat. Macam mana nak dakwah dan lawan musuh. Rosak dunia dan seolah tidak mati dan sudah berjaya akhirat.


7. Demikian yang dingini supaya kuat dengan faham, tarbiyah, ingat hakikat dunia dan lalu sentiasa menyebabkan ada mari kesan dari mesej Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu dimurnikan kehidupan berpandukan Al-Quran dan dengan amalan ajaran sunnah dari Nabi saw. Lemah juga kerana tidak menepati sunnah, bahkan amalan yang direka dari perasaan dan khayalan akal semata. Menambah-nambah dan mengiakan kerana disuka ramai dan untuk tarikan. Ini juga masalah yang besar hakikatnya. Kita telah mengubahsuai ketetapan yang sudah jelas dari Allah dan Rasul. Banyak keaiban dan kecacatan terjadi. Sebab perintah dari Allah dan Rasul itu bukan ucapan biasa, ia berkait semua keadaan, punya pengetahuan, sebab, kesan dan hikmah dari tiap perintah dan larangannya. Allah swt telah dan lebih mengetahui hakikat segalanya. 

8. Ucapan dan tiap sabda Hadis Nabi kita ini bukan main-main. Telah dinyatakan dalam Firman Allah swt: 

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-Najm 3,4)” 

 “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. (An-Nisaa' 80)”. 

 Katakanlah wahai Muhammad: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku”. (Ali-'Imran 31). 

9. Kita mesti sedar, tiap ayat Al-Quran dan Hadis Nabi itu dituju kepada kita. Pengajaran untuk kita. Seruan, teguran, arahan dan segala perintah adalah tepat keatas kepala kita semua.


10. Kita mendapat pengajaran dan manfaat. Dari apa-apa yang dilihat dan didengar, iaitu bila ada kesannya untuk diri. Jika tidak, kita sebenarnya telah tertipu. “Firman Allah swt: Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-´Ashr 1-3)”. 

11. Akhirnya, hakikatnya kita amat terlalu lemah lagi hal tarbiyah dan kecaknaan kita kepada agama sebenarnya. Jika tidak sudah pasti jamaah dimasjid sentiasa penuh. Segala hukum hakam agama terzahir dan berani saling dipersoalkan. Hiburan dunia telah sedang menidurkan, masa hari hidup banyak habis dengan hiburan, dan segala hal melekakan. Kita lemah bukanlah kerana bilangan sedikit dan saiz badan yang kecil. Namun kerana lebih terlalu sayang sangat dunia. Tak dapat nak abaikan dan tangguhkan sekejap hiburan dunia. Selagimana kita selesa dengan keadaan ini, maka teruslah kita dalam kelemahan. Dan kemegahan dan kebenaran Islam ini akan diganti oleh Allah pada umat yang lain. Sedang kita terus kita dalam kekenyangan nafsu, ini bala dari Allah swt!. Dibiarkan kelemahan ini, membawa kepada bahaya yang besar kelak, iaitu gagal meraih syurga Allah swt. Lupa saat kematian dan bimbang sampai mudah terjerlus walau jalannya sudah rata nyata nampak.

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdi-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat-Mu keatasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, Ya Allah. (Hr al-Bukhari) 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), (kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir. 


12 Zulkaedah 1433 H bersamaan 28 September 2012 M 
Jumaat, 09.45 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan