Selasa, 18 September 2012

Bina dengan kekuatan Hati.

“Dalaman lemah, zahir pasti lemah” 

Hati yang bila rasa sakit, lemah rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti rasa tak semangat. Amal dirasa malas. Walau sihat dan gagah zahir kita. 

“Dalaman sihat, zahir pasti kuat” 

Hati yang bila rasa gembira, kuat rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti lagi rasa semangat. Amal dirasa amat bersungguh. Walau sakit dan lengah zahir kita. 

“Zahir lemah, dalaman belum tentu lemah” 

Walau anggota tubuh badan kita sakit dan cedera. Tak dapat lagi melemahkan semangat kita.

Segalanya dari “Hati”. Jagalah, peliharalah dan bersihkanlah hati kita. Didiklah, nilailah, pandanglah dan muhasabahlah selalu dari dengan hati kita. Jangan sibuk mula nilai dan pandang dari dengan zahir semata. Begitulah nilaian hakikat sebenar kebahagiaan, ketenangan dan kesempurnaan hidup seseorang. Bukan zahir ukurannya. Itu semua ujian hidup. Begitulah juga kita inginkan kekuatan dari kefahaman, bukan kekuatan dengan bilangan yang ramai dan suasana yang begitu hebat. 


Sabda Nabi saw: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul darah, jika ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad itu. Jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. (Hr Bukhari dan Muslim)”



Hati kita kotor berpenyakit, maka tumbuhlah darinya bermacam perangai buruk. Hati yang selalu bersih, maka lahirlah darinya akhlak yang baik. Kita mesti berusaha memiliki kekuatan dari hati ini, iaitu menjaga hubungan dengan Allah, memerhati pandangan Allah, menyerahkan dan menyandarkan segalanya kepada Allah. Berusaha meraih segala hal dengan sentiasa menghubungkan kita dengan Allah. Selalu selidik dari hubungan kita dengan Allah. Memahami semuanya itu ujian dan ada hikmah dari Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati kita. Kerana kita ini dari Allah, milik Allah dan kepada Allah kita kembali semula kelak.


Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaaf 16) 


02 Zulkaedah 1433 H bersamaan 17 September 2012 M 
Isnin, 10.45 am. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan