2. Dalam kita berdoa, “Ya Allah.. tunjukilah padaku jalan yang benar, kurniakan hidayah dan taufiq. Berikanlah kekuatan kepadaku. Jadikanlah aku demikian-demikian dan berbagai ungkapan rayuan taubat dan permintaan kita kepada Allah”. Demikian perlu kita fahami, segala hasil permintaan-permintaan yang Allah akan pasti kurniakan ini adalah dengan kesungguhan dan keazaman yang kuat juga dari kita sendiri. Doa semata tiada guna, tetapi bersamanya dengan usaha. Demikian nanti kita akan menyalahkan Allah kerana dosa kita. Kita masih terus dengan dosa dan terus dengan doa dan harap Allah merubah kita segalanya, ini salah tanpa kita sendiri berusaha merubahnya. Bimbang kita sedang mempermainkan taubat. Lalu hasil datang rasa sudah mampu selamat azab kelak dan amal baik lainpun sudah banyak. Sedang telah dinyatakan dalam Al-Quran:
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd 11)
Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69)
3. Sebenarnya jalan perubahan itu telah ditunjukkan Allah kepada kita. Atas kita ingin turut melalui jalan itu atau masih tidak. Kita sudah dapat lihat dan merasainya sendiri sebenarnya. Jalan yang penuh dengan ujian, pengorbanan dan keperitan. Namun ada kemanisan dan kekuatan kerana bersamanya rahmat, redha dan bimbingan Allah.
4. Apa yang dilalui, benar jika sudah seratus peratus pun diserahkan jiwa kita kepada Allah. Tanpa kita tiada usaha dan tidak ingin bersedia menukar jalan keinsafan kita. Maka tiada guna jua. Dalam masa yang sama kita mesti bersedia dan kuat untuk tempuhi jalan doa yang dipanjatkan itu. Jika tidak, maka kesannya mari rasa tiada faedah kita berdoa memohon taubat kepada Allah. Lalu maksiat terus lagi menjadi selingan.
5. Bila kita terus berhadapan dengan bermacam ujian dasyat taat atau tidak, itulah sebenarnya permulaan yang diperkenankan Allah dalam doa kita iaitu “jadikanku hamba yang soleh, bimbinglah daku, ampunkanlah dosaku, rezekikan daku”. Allah telah menunjukkan jalan kepada kita. Kita terus berusaha merentanginya dengan usaha dan doa kepada Allah. Termasuk dalam hal rezeki. Jangan putuskan tali ikatan kita dengan Allah. Yakni biarkan dengan dosa, tidak bertaubat dan tak ambil tahu halal atau haram walau segala nikmat dunia dapat diraih. Dan begitulah seterusnya. Doa, dan ada hasil nikmat dan pertolongan dari Allah disebaliknya.
Maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang Agung”. (At-Taubah 129)
Dan tidak ada petunjuk bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. (Huud 88). Mungkin boleh rujuk tafsir Al-Quran untuk tahu kisah selanjutnya ayat ini.
26 Syawal 1433 H bersamaan 13 September 2012 M
Khamis, 11.40 am. Sana’a, Yaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan