Sabtu, 29 September 2012

Cukup sekadar Senyum :)

Walau siapa yang sedang dalam kepahitan, perit dan banyak hal merungsing dan memeningkan. Raut wajah tetap dalam keadaan senyum. Ia sudah cukup menceriakan, mengembirakan, melegakan dan telah menghadirkan berbagai sangkaan dan harapan baik dari seseorang, dan memaniskan keadaan. Hingga dan mudah dapat merubah keadaan dan meredakan marah perasaan. Menenangkan dan menghilangkan kebimbangan. Itulah penting dan berharganya dengan sekadar hanya senyuman. Disebalik ia selalu disandarkan kepada adat, ia adalah seruan dan didikan Sunnah Nabi Kita Muhammad saw yang telah pun lama dahulu. Yang amat cukup cantik, menarik dan hebat. Tiap sunnahnya mempunyai hikmah dan makna yang cukup besar. Begitu indah apa yang telah disarankan Nabi saw. Kesan dari sekadar senyuman. Pahala diraih dengan kemuliaan akhlak, ia disuka orang.




Dari Abu Dzar ra, Rasulullah saw bersabda: “Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah. (Hr al-Bukhari dari Kitab Adaabul Mufrad, ibn Hibban dalam sahihnya. Hadis hasan gharib) 

Setiap segala pahala dan ganjaran yang dijanjikan, lalu dikejarkan, maka semuanya adalah telah dan akan untuk menjadikan seseorang itu amat cukup tinggi, mulia dan baik akhlaknya. Tiada dibenci orang dan tiada khianatkan orang, hidup dalam rahmat Tuhan. Disebalik ada rasa nikmat sendiri dari amalannya. Lahir secara sendiri kehebatan, kemuliaan dari luar, saling hormat, sangka baik dan rendah diri. Bersamanya rahmat, pertolongan dan ganjaran dari Allah. Tiap segala kesungguhan kita usaha berubah jadi orang baik, buat yang betul dan baik, melaksanakan tuntutan Islam. Mendapat ganjaran, pertolongan dan keindahan hidup, tidak didunia, di akhirat yang sudah pasti sedang menanti kelak. Tiap segalanya yang lain adalah untuk membentuk kita dan mengingatkan kita hakikat dunia dan hidup dalam dunia ini. Segala suruhan dan larangan Allah dan Rasul, punya banyak makna yang tersirat dan tersurat. Sebab Allah lah yang telah menjadi segalanya ini semua. Rutin cari nafkah, tolong orang, makan tangan kanan, makan yang halal, dan segala sudut hal lain lagi, tidak sia-sia segalanya.



Akhirnya, sama-sama kita sirati betapa indahnya akhlak dan pesan dari Nabi Muhammad saw. 


Kata Jarir bin Abdillah: “Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah saw berjumpa denganku melainkan senyum padaku”. (Hr al-Bukhari dan Muslim) 

Kata Abdullah bin al-Harith: “Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah saw”. (Hr at-Tirmidzi, sahih)


Aisyah ra meriwayatkan: Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah saw berusaha untuk membalas kezaliman yang Baginda terima selama mana ia tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka Bagindalah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika Baginda berhadapan dengan dua pilihan, maka Baginda akan memilih yang paling mudah selama mana ia tidak menyebabkan dosa. (Hr al-Bukhari dan Muslim) 


“Janganlah kamu menganggap remeh kebaikan seseorang, walau sekadar dia menampakkan senyuman ketika bersua denganmu”. (Hr Muslim dalam al-Bir wash-Shillah no 2626, Hadis ini dinilai sahih oleh Sheikh Nasiruddin al-Albani dalam kitab Sahihul-Jami' al-Shaghir no 7634) 


Ada kata hikmah:

“smiling is your way to success”
ابتسامتك هي طريقك للنجاح

How can I hate a person who smiles at my face
كيف يمكنني أن أكره إنساناً يبتسم في وجهي ؟

Senyumlah... :) 


12 Zulkaedah 1433 H bersamaan 28 September 2012 M 

Jumaat, 09.45 pm. Sana’a, Yaman.

Lemah kerana lebih sangat Dunia.

1. Sebahagian besar dari kita hari ini kurang merasa amat terkesan dengan seruan Al-Quran yang dibaca dan didengar. Hadis Nabi saw juga kurang dirasa penting bila disampaikannya. Padahal inilah sumber utama asas kekuatan, kebenaran dan kejayaan segalanya hingga akhirat kelak. Dalam masa yang sama ramai lebih terkesan lagi bila mendengar ucapan dan saranan selain dari Al-Quran dan As-Sunnah. Macam manalah nak ada kesannya, jika Al-Quran pula memang sudah sering dilupa dan jarang sekali dibaca. 

2. Hati kita tak rasapun gementar, takut, bimbang dan luntur segala hasyrat dosa bila mendengar dan membacanya. Tak rasapun mesejnya masuk menyerapi hati kita. Tak dapat melahirkan perasaan untuk terus bangkit dan bersemangat bila mendengar dan membacanya. Tak rasa untuk perlu bertindak dengan segera agar sentiasa berwaspada dan awasi hidup. Untuk meraih kejayaan dan kehidupan dunia dengan nilai akhlak yang soleh. Ia seolah sudah lapuk dan jemu. Seolah tidak merasa yakin dengan khabar dan janji Allah. Hanya mencari dan mendengar sedap bacaan. Atau hanya ingin mengalunkannya agar hebat tarikan. Hatta walau telah berjurusan agama.


3. Kenapa hingga demikian rupa? Kenapa tiada sikit rasa sensitif pun bila dibaca, didengarkannya dan atau sekarang bila dipost dan disyarekan? Sedang itu panduan dan kebenaran Islam kita ini? Ia adalah peringatan dan kalam dari Allah. Ia adalah wahyu dari Allah melalui Nabi Muhammad saw. 

4. Antara sebabnya adalah kerana betapa amat lemahnya tarbiyah iman kita. Hiburan dunia yang telah menyekat, membenamkan dan melemaskan rasa untuk takut, gementar dan terkesan itu. Yang telah merutinkan hari hidup. Ia juga tak mampu menjadi penenang hati. Nikmat dunia yang telah mengkaburi mata hati kita. Sedang jika kita lihat bagaimana mereka yang mengkaji Al-Quran dan Hadis, mereka yang terus menangis dan lumpuh kekuatannya bila mendengar firman Allah. Dan sebahagian masyarakat dibarat dan timur tengah yang dilihat cukup mengkagumi dan terkesan dengan mesej-mesej Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Namun kita tak ada rasa apa-apapun.


5. Marilah saling bermuhasabah. Bangkitlah dengan cuba sedayanya menjauhi hidup dengan dipenuhi hiburan. Asyik dengan cerita dan lagu. Bermacam hiburan barat selalu didahagakan dan dinantikan. Dipuja, digilai dan disanjung. Dan apapun hal yang sampai melalaikan kita dari tuntutan Agama. Apatah lagi perkara yang menyumbangkan dosa. Memadai agar meluluskan fitrah seorang manusia. Salurkanlah ia dengan hal lain yang banyak lagi dari perkara halal. Mengikhlasi, memahami dan mengamali ajakan Islam. Bukan saingan mengharap kerja jua yang dingini dari dalami ilmu. Dan agama sekadar jadi adat. 

6. Kesan bila dibiarkan dalam kelemahan ini, maka teruslah kita dalam kelalaian, kejahilan, kehanyutan, terjerumus dosa dan kepada bahaya kesesatan. Hilang tanggungjawab diciptakan. Roh, kehebatan Islam tercabut dari diri sendiri dan seterusnya pada pandangan masyarakat luar. Lupa kematian dan hal akhirat. Macam mana nak dakwah dan lawan musuh. Rosak dunia dan seolah tidak mati dan sudah berjaya akhirat.


7. Demikian yang dingini supaya kuat dengan faham, tarbiyah, ingat hakikat dunia dan lalu sentiasa menyebabkan ada mari kesan dari mesej Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu dimurnikan kehidupan berpandukan Al-Quran dan dengan amalan ajaran sunnah dari Nabi saw. Lemah juga kerana tidak menepati sunnah, bahkan amalan yang direka dari perasaan dan khayalan akal semata. Menambah-nambah dan mengiakan kerana disuka ramai dan untuk tarikan. Ini juga masalah yang besar hakikatnya. Kita telah mengubahsuai ketetapan yang sudah jelas dari Allah dan Rasul. Banyak keaiban dan kecacatan terjadi. Sebab perintah dari Allah dan Rasul itu bukan ucapan biasa, ia berkait semua keadaan, punya pengetahuan, sebab, kesan dan hikmah dari tiap perintah dan larangannya. Allah swt telah dan lebih mengetahui hakikat segalanya. 

8. Ucapan dan tiap sabda Hadis Nabi kita ini bukan main-main. Telah dinyatakan dalam Firman Allah swt: 

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (An-Najm 3,4)” 

 “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. (An-Nisaa' 80)”. 

 Katakanlah wahai Muhammad: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku”. (Ali-'Imran 31). 

9. Kita mesti sedar, tiap ayat Al-Quran dan Hadis Nabi itu dituju kepada kita. Pengajaran untuk kita. Seruan, teguran, arahan dan segala perintah adalah tepat keatas kepala kita semua.


10. Kita mendapat pengajaran dan manfaat. Dari apa-apa yang dilihat dan didengar, iaitu bila ada kesannya untuk diri. Jika tidak, kita sebenarnya telah tertipu. “Firman Allah swt: Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-´Ashr 1-3)”. 

11. Akhirnya, hakikatnya kita amat terlalu lemah lagi hal tarbiyah dan kecaknaan kita kepada agama sebenarnya. Jika tidak sudah pasti jamaah dimasjid sentiasa penuh. Segala hukum hakam agama terzahir dan berani saling dipersoalkan. Hiburan dunia telah sedang menidurkan, masa hari hidup banyak habis dengan hiburan, dan segala hal melekakan. Kita lemah bukanlah kerana bilangan sedikit dan saiz badan yang kecil. Namun kerana lebih terlalu sayang sangat dunia. Tak dapat nak abaikan dan tangguhkan sekejap hiburan dunia. Selagimana kita selesa dengan keadaan ini, maka teruslah kita dalam kelemahan. Dan kemegahan dan kebenaran Islam ini akan diganti oleh Allah pada umat yang lain. Sedang kita terus kita dalam kekenyangan nafsu, ini bala dari Allah swt!. Dibiarkan kelemahan ini, membawa kepada bahaya yang besar kelak, iaitu gagal meraih syurga Allah swt. Lupa saat kematian dan bimbang sampai mudah terjerlus walau jalannya sudah rata nyata nampak.

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkaulah yang mencipta segalanya dan aku adalah hamba abdi-Mu. Aku berada dalam perjanjian dengan-Mu dan ikrar kepada-Mu yang akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat-Mu keatasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau, Ya Allah. (Hr al-Bukhari) 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, (merasa takut, gerun dan menjurusnya taat suruhan dan tinggal larangan Allah) dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), (kerana benarnya) dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (bergantung, menyerahkan segalanya). (Al-Anfaal 2) – Tafsir ibn Kathir. 


12 Zulkaedah 1433 H bersamaan 28 September 2012 M 
Jumaat, 09.45 pm. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 22 September 2012

Penghinaan dan Bantahan.

1. Hari ini Nabi kita dihina lagi. Islam terus menjadi mangsa, namun yakinilah yang janji Allah itu benar. Islam tetap akan dipelihara hingga kiamat. Sebagaimana Al-Quran ditangan kita ini masih dan terus akan terpelihara. 

2. Hati mukmin mana yang tidak merasa sakit dan terguris sedih bila melihat keadaan ini. Ini ujian besar dalam sedang kita menjalani suruhan Allah dan menyampaikan risalah Islam. Mereka tak kenal siapa insan bernama Muhammad sebenarnya. Dengan memikirkan pula hal sebahagian masyarakat yang sudah amat jauh sangat dalam memahami apa makna sebenar Islam yang dianutinya.



3. Sedang orang menghina Nabi kita, malang sungguh janganlah kita masih lagi tetap dengan ego ingin berada dalam hal dan golongan yang sedang melakukan apa yang dilarang Nabi saw. Jauhilah kita perangai munafiq. Bagaimana kita kata nak mempertahankan Nabi dan sayangkan Nabi? Marilah berusaha merubahnya. Marilah sama-sama kita muhasabah dari segala-galanya, menangislah dan banyakkanlah berfikir sejenak. Kenapa sampai aku tak ada rasa dihati sikit kesan apapun Islam dihina. Sekadar baca berita. Ia benar datang untuk melihat Iman kita. Menunjukkan lebih sangat sayangnya kita lagi kepada dunia. Segala nikmat dunia difikir adalah hadiah bila dihidupkan. Hilang dalam diri kemanisan Iman. 

Bagaimanapun, biarlah diri kita tetap terus subur dengan rasa cintakan Nabi, yakni akur dan terus berusaha, ingin gigih memenuhi kehendak perintah Nabi saw. Walau telah banyak silap. Diceritakan dalam satu hadis: 


“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah saw ketawa. Juga pernah Nabi saw menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi saw pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)



4. Dari penghinaan ini, kita merasa amat cukup geram, dan banyak pihak telah menganjurkan agar dibuat demonstrasi aman sebagai tanda membantahnya. Dan kita semua dituntut menghadirinya. Ya, kita semua perlu bangkit hadir sebagai salah satu cara yang menunjukkan rasa marahnya kita. Untuk membenarkan kekuatan kita, menyatupadukan kita semua dan menguatkan lagi keyakinan dalam menegakkan Islam dan memberi amaran kepada yang ingin memusuhi Islam. Namun ingin sedikit saya kongsikan dan sarankan apa lagi tanggungjawab kita yang lain patut ada dalam diri kita bilamana kita telah sering ungkapkan dan rasakan memang perlu ia, adalah untuk melahirkan sikap betapa cinta dan marahnya kepada yang menghina Nabi. Agar semangat yang digambarkan ketika bantahan itu tidak hanya disitu sekejap dan terus kendur bila selesai. Bahkan sentiasa asyik dirasa bertanggungjawab dalam menjelmakan sikap cinta dan memperjuangkan Islam ini.



5. Firman Allah swt: “Katakanlah wahai Muhammad: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali-'Imran 31)”. “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. (An Nisaa' 80)”. (1) Iaitu dengan memandukan perjalanan hidup kita pada sunnah Nabi saw. Demikian kita perlu mengaitkan segala hal rutin hari hidup kita dengan bagaimana cara yang dilalui oleh Nabi saw. Bagaimana perbuatan dan tindakan yang telah dilakukan sepanjang hayat Nabi saw. Ini sangat penting saudara-saudaraku sekalian, turutilah sunnah Nabi. Ia cukup lengkap, sempurna, kemas, cantik, bersesuaian dan amat sudah bertepatan. Tak membebankan dan banyak yang menguntungkan. Tak perlu dan jangan kita suka memandai-mandai menokok tambahkannya. 

Hal ini jika kita dapat mempraktikkannya. Insya’ Allah, sudah pasti Islam dilihat cukup hebat, gah, cantik dan benar banyak tarikan dari sifat cara yang sebenar Nabi kita Muhammad saw. Ialah juga tanda kasihnya kita kepada Nabi saw. Dengan ditegaknya sunnah pada diri, keluarga dan terus kepada masyarakat. Pasti dilihat cemerlangnya peribadi hidup seorang muslim dari tahap adab yang kecil hinggalah ke hal masyarakat, negara dan pemerintahan. Demikian, lalu terhasil apa yang dihasyratkan dan segalanya terkandung dari kefahaman dan penghayatan kita dengan sunnah Nabi saw ini.



6. (2) Iaitu juga, menitikberatkan mana halal haram dan dosa pahala dalam tiap saat detik hidup kita. Hubungan dengan Allah, kekuatan pembangunan rohani, tahap islam, iman dan ihsan kita. Solat jamaah, solat-solat sunat, qiamullail, baca quran, zikir, berdoa, majlis ilmu dan berbagai lagi. Menjaga dan sering menilai diri kita dengan segala ketetapan dari Allah dan Rasul. Tidak hanyut dengan dunia, terumbang ambing hidup bersama nafsu semata. Kita inginkan bantahan ini benar terbit terasa dari hati. Jiwa kita seolah rasa pedihnya dari penghinaan ini. Demikian, lalu terhasil apa yang dihasyratkan dan segalanya terkandung dari kebersihan dan kekuatan jiwa dengan rapatnya hubungan kita dengan Allah swt. 

7. Mungkin ini sangat wajar sama kita sampaikan dan ketengahkan. Kerana ini adalah asas dan berkait rapat dengan laungan bantahan yang kita bangkitkan. Atau juga dengan menyebar risalah-risalah dimasjid, memanfaatkan ruang media, facebook, menghasilkan video, artikel menjelaskan kisah sejarah siapa Nabi kita dan bagaimana akhlak Nabi kita yang sebenarnya.



8. Amal dan sebar sunnah Nabi bermakna mempertahankan Nabi. “Kita cintakan seseorang, lalu kita akan sanggup penuhi hajat orang itu, buat apa yang disuruh, rela berkorban apa sahaja deminya, selalu ingat, akan mempertahan dan membelanya, tidak ingin berjauhan, gembira berdekatan”. Begitulah bila dikata cinta. Marilah sama-sama kita ruangkan masa baca kisah bagaimana cinta dari sahabat Nabi saw. 

9. Menyebar bidaah adalah patut dirasa berat juga seperti menghina Nabi saw. Sebab ia telah memalsukan dan mengkucarkan asas agama Islam ini. Begitu juga mempertikai, menolak dan melawan hukum Islam. Sebab tidak yakin dengan Islam. Dan kenapa berlaku penghinaan ini, turut juga harus kita fikirkan. 

10. Hingga berlaku kematian dan rusuhan. Ini memang sudah jelas berlawanan dengan cara Islam. Inilah perlunya asas didikan ilmu agama, untuk kawal nafsu. Demikian rasa marah yang terlalu ketara tak mampu dibendung lagi, itulah terjadinya. Bila seorang insan pilihan Allah, Rasul kebenaran kita dihina. 

11. Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berusaha membenarkan laungan suara bantahan kita semalam. Dengan terus berkerja bersugguh-sungguh dalam apa jua bentuk untuk menaikkan Islam kembali. Bermuhasabah adakah tiap perintah dan larangan Allah dan Rasul telah sentiasa diawasi. Sunnahnya dituruti dan mesej dari Nabi saw telah kita serukannya. “Sabda Nabi saw: Sampaikanlah dari-Ku walau hanya satu ayat. (Hr Bukhari)”. Dan kita mesti ingat, musuh-musuh Islam sedikitpun tak merasa gentar dan bimbang jika kita sekadar keluar meluahkan dengan jeritan semangat itu. Tapi kosong pada diri dua perkara sepertimana yang telah dikongsikan diatas. Kita baca tentang bagaimana sirah Nabi saw dan para salaf dalam perang bila berhadapan dengan musuh. Bimbang perangai kita sama macam orang munafik. Masih ada juga mengambil peluang dengan dendam politik. Dan seterusnya sama-sama alungkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.




Firman Allah swt: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta Alam”. (Al-Anbiyaa' 107) 

 Firman Allah swt: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olok, mempermainkan (kamu). (Yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui (akibat-akibatnya). Dan Kami sungguh mengetahui, bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu hingga datang kepadamu yang diyakini (ajal)”. (Surah Al-Hijr 94-99) 


06 Zulkaedah 1433 H bersamaan 22 September 2012 M 
Sabtu, 10.00 am. Sana’a, Yaman.

Selasa, 18 September 2012

Bina dengan kekuatan Hati.

“Dalaman lemah, zahir pasti lemah” 

Hati yang bila rasa sakit, lemah rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti rasa tak semangat. Amal dirasa malas. Walau sihat dan gagah zahir kita. 

“Dalaman sihat, zahir pasti kuat” 

Hati yang bila rasa gembira, kuat rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti lagi rasa semangat. Amal dirasa amat bersungguh. Walau sakit dan lengah zahir kita. 

“Zahir lemah, dalaman belum tentu lemah” 

Walau anggota tubuh badan kita sakit dan cedera. Tak dapat lagi melemahkan semangat kita.

Segalanya dari “Hati”. Jagalah, peliharalah dan bersihkanlah hati kita. Didiklah, nilailah, pandanglah dan muhasabahlah selalu dari dengan hati kita. Jangan sibuk mula nilai dan pandang dari dengan zahir semata. Begitulah nilaian hakikat sebenar kebahagiaan, ketenangan dan kesempurnaan hidup seseorang. Bukan zahir ukurannya. Itu semua ujian hidup. Begitulah juga kita inginkan kekuatan dari kefahaman, bukan kekuatan dengan bilangan yang ramai dan suasana yang begitu hebat. 


Sabda Nabi saw: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul darah, jika ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad itu. Jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. (Hr Bukhari dan Muslim)”



Hati kita kotor berpenyakit, maka tumbuhlah darinya bermacam perangai buruk. Hati yang selalu bersih, maka lahirlah darinya akhlak yang baik. Kita mesti berusaha memiliki kekuatan dari hati ini, iaitu menjaga hubungan dengan Allah, memerhati pandangan Allah, menyerahkan dan menyandarkan segalanya kepada Allah. Berusaha meraih segala hal dengan sentiasa menghubungkan kita dengan Allah. Selalu selidik dari hubungan kita dengan Allah. Memahami semuanya itu ujian dan ada hikmah dari Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati kita. Kerana kita ini dari Allah, milik Allah dan kepada Allah kita kembali semula kelak.


Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaaf 16) 


02 Zulkaedah 1433 H bersamaan 17 September 2012 M 
Isnin, 10.45 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 13 September 2012

Doa dan dengan Berubah.

1. Tiada yang ingin terus dalam kejahilan. Kita semua meyakini saat perpisahan dengan dunia ini pasti berlaku. Lalu kita akan terus berusaha perbaiki amal, sentiasa taubat dan banyakkan doa kepada Allah, Tuhan kembalinya kita semula kelak.



2. Dalam kita berdoa, “Ya Allah.. tunjukilah padaku jalan yang benar, kurniakan hidayah dan taufiq. Berikanlah kekuatan kepadaku. Jadikanlah aku demikian-demikian dan berbagai ungkapan rayuan taubat dan permintaan kita kepada Allah”. Demikian perlu kita fahami, segala hasil permintaan-permintaan yang Allah akan pasti kurniakan ini adalah dengan kesungguhan dan keazaman yang kuat juga dari kita sendiri. Doa semata tiada guna, tetapi bersamanya dengan usaha. Demikian nanti kita akan menyalahkan Allah kerana dosa kita. Kita masih terus dengan dosa dan terus dengan doa dan harap Allah merubah kita segalanya, ini salah tanpa kita sendiri berusaha merubahnya. Bimbang kita sedang mempermainkan taubat. Lalu hasil datang rasa sudah mampu selamat azab kelak dan amal baik lainpun sudah banyak. Sedang telah dinyatakan dalam Al-Quran: 


Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd 11) 

Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69) 

3. Sebenarnya jalan perubahan itu telah ditunjukkan Allah kepada kita. Atas kita ingin turut melalui jalan itu atau masih tidak. Kita sudah dapat lihat dan merasainya sendiri sebenarnya. Jalan yang penuh dengan ujian, pengorbanan dan keperitan. Namun ada kemanisan dan kekuatan kerana bersamanya rahmat, redha dan bimbingan Allah. 

4. Apa yang dilalui, benar jika sudah seratus peratus pun diserahkan jiwa kita kepada Allah. Tanpa kita tiada usaha dan tidak ingin bersedia menukar jalan keinsafan kita. Maka tiada guna jua. Dalam masa yang sama kita mesti bersedia dan kuat untuk tempuhi jalan doa yang dipanjatkan itu. Jika tidak, maka kesannya mari rasa tiada faedah kita berdoa memohon taubat kepada Allah. Lalu maksiat terus lagi menjadi selingan.



5. Bila kita terus berhadapan dengan bermacam ujian dasyat taat atau tidak, itulah sebenarnya permulaan yang diperkenankan Allah dalam doa kita iaitu “jadikanku hamba yang soleh, bimbinglah daku, ampunkanlah dosaku, rezekikan daku”. Allah telah menunjukkan jalan kepada kita. Kita terus berusaha merentanginya dengan usaha dan doa kepada Allah. Termasuk dalam hal rezeki. Jangan putuskan tali ikatan kita dengan Allah. Yakni biarkan dengan dosa, tidak bertaubat dan tak ambil tahu halal atau haram walau segala nikmat dunia dapat diraih. Dan begitulah seterusnya. Doa, dan ada hasil nikmat dan pertolongan dari Allah disebaliknya. 


Maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang Agung”. (At-Taubah 129)  

 Dan tidak ada petunjuk bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. (Huud 88). Mungkin boleh rujuk tafsir Al-Quran untuk tahu kisah selanjutnya ayat ini. 


26 Syawal 1433 H bersamaan 13 September 2012 M 
Khamis, 11.40 am. Sana’a, Yaman.

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 11).




Apa untung, jika keras kepala.....  

------------------------------ 

Alunan bacaan imam seolah rasa dekat & amat fokus berbicara dgn makmum dan manusia lain di luar... Alunan yg penuh penghayatan.. Menyedarkan & meruntuhkan keegoan... 
------------------------------ 
Diuji juga dgn rasa rindu, kasih.... 
 ------------------------------ 

 Bezanya bkn kitab atau ilmu yg byk, tapi taqwa... 
 ------------------------------ 

 Hari-hari yg berlalu, kita semua sedang dlm menunggu giliran. "kematian". 
------------------------------ 

 Yg zalim, brbuat khianat, suka menaburkan fitnah, aib kpd org. Krn dengki, benci & sbgainya. Ingatlah janji Allah itu benar, Ingatlah Allah tdk sesekali lupa dari tiap kejahatan kita... 
 ------------------------------ 

 Kejatuhan umat Islam krn meninggalkan Islam. Kejatuhan umat lain krn sesatnya mrk. - Tghh 
------------------------------ 

 Jgnlah sampai dahagakan hiburan barat... 
 ------------------------------ 

 Org Islam lemah bkn krn kuatnya org kafir, tp krn lemah Islamnya... 
------------------------------ 

 Hidup perlu selalu igt Akhirat..... 
 ------------------------------ 

 Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. (Ali-'Imran 119)
 ------------------------------
Senyumlah melihat Kebaikan.. Resahlah hal Dosa... 
 ------------------------------ 

 (Tunjuk kemaluan pd gambar, kencing ke atas gambar, baling kasut dlm masjid, tarian, tonggek punggung, hina, dedah aib, fitnah & mcm² lagi). Adillah kita dlm mempertegaskan hukumnya. Didik adab, kejahatan bkn utk didengki & dibanding. Namun bila hanya satu pihak dipersalah & ditangkap. Manakala kes perogol dibebaskan, rasuah golongan atasan diringankan. Mmg benar zalim, tdk adil...! 
 ------------------------------ 

 Bangkit dgn doa, hasil harapan & kekuatan baru, dan akan nampak jalan dgn kita terus usaha.., insyaAllah.
 ------------------------------ 

 Perlu kita rasa bimbang sikit amal, buat dosa & sering leka sprti mana kita bimbang & rasa x selesa tika tiada duit... 
 ------------------------------ 

 Perlu kita rasa bimbang, runsing sikit amal, buat dosa & sering leka sprti mana kita bimbang, runsing & rasa x selesa tika tiada duit... 
 ------------------------------ 

 Kuasa Allah jauh jauh lbh hebat mengatasi usaha jahat musuh² Islam, Allah Maha Besar. 
 ------------------------------ 

 Ya Allah, berilah kekuatan yg ingin mmbenarkan syariat-Mu, pd-Mu kuserah sgla kejahatan yg diniat & yg terus berhasyrat melawan Agama-Mu. “Ya Allah ampunilah kaumku oleh krn ssngguhnya mrk tdk mengetahui. (Hr Bukhari & Muslim)” 
 ------------------------------ 

 Basahilah lidah kita dgn:
 سبْـحان اللَّـہَ وَالْحَمْدُ للَّـہَ... وَلاَ إِلَهَ إِلاَ اللَّـہَ وَ اللَّـہُ أَگْبَــرْ وَ لا حَوْلَ وَ لا قوَّةَ إِلا بِاللَّہَ الْعَلَيّ العَظِيـّم 
 ------------------------------ 

 Kita usaha sangka baik, teruskan dakwah, jaga akhlak, mohon doa & jauhi riak, pandang rendah org, takabbur... 
 ------------------------------ 

 Dosa itu musuh kita... 
 ------------------------------ 


26 Syawal 1433 H bersamaan 13 September 2012 M 
Khamis, 11.40 am. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 8 September 2012

Aurat dan Tabarruj.

Soalan dari fb: Salam, terbaca pasal tabarruj. Nak tanya kalau pakai tudung macam heliza ni kira tabarruj tak? Masih menutup aurat dan kelihatan cantik kan? 

Jawapan: Waalaikumussalam, terima kasih atas pertanyaan. Sedikit perkongsian ringkas dari saya dari kaitan soalan. Komen amatlah dialukan.



1. Tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah dan menghindari fitnah. Segala apa yang Allah jadikan dan tetapkan munasabah dan ada hikmah dan sebabnya. 

2. Begitulah juga dalam memakai purdah, ada pendapat yang sunatkannya kerana untuk menjaga dari fitnah. Demikian jika sudah sempurna aurat dan hatta berpurdah, namun zahir sana sini, dengan macam aksi, fesyen, gedik dan suara yang menghairahkan. Ia tetap dilarang, kerana tidak mencapai tujuannya tadi. Iaitu mengelak fitnah. Namun ia bukan bermaksud sama sahaja tutup atau tidak, yang masih tak tutup amatlah besar lagi fitnah dan dosanya. 

3. Dalam Surah al-Ahzab ayat 33 telah dinyatakan larangan ini pada isteri-isteri Nabi. Agar berada dirumah dan jangan keluar bertujuan untuk bertabarruj seperti wanita-wanita jahiliyah dahulu. Dengan erti samada dari perbuatan, percakapan dan pemakaiannya. Demikian dizaman sekarang beralih pula difb, kerana ramai mata memandang dan memujinya. 

4. Hal ini juga mengikut suasana tempat. Mungkin negara arab, wanita semuanya majoriti hitam berpakaian dan berpurdah, jika pakai seperti kita, maka fitnah yang amat besar bakal terjadi. Demikian dinegara kita, kebiasaan dengan fesyen bermacam warna dan tidak berpurdah, ia masih tidak mengundang fitnah. Maka diharuskan lagi, adapun yang jelas seperti ketat, jarang, nipis dan seumpamanya lagi. Gincu, solek, berhias dan wangian yang berlebihan. Pakaian yang melampau dengan lagak sombong, gelang, rantai, yang bukan kebiasaaan dilihat dan lambang-lambang fitnah. Ia sudah jelas dilarang.



5. Adapun seperti heliza helmi atau najwa latif dan juga hukum aksi-aksi lakonan wanita bertudung atau pengacara-pengacara, namun zahir dengan bermacam adegan gambar atau video yang mengayukan. Pendapat saya. Hal ini kita melihat dari segi hikmah dalam dakwah dan kepentingan dan skop yang lebih besar lagi. Dalam nak merubah dan memahamkan mereka. Untuk menarik orang. Berhadapan dengan bermacam pengaruh barat dan maksiat moden sekarang. Manfaat atau keburukan yang banyak terhasil. Ia perlu kepada perbahasan yang panjang dan luas lagi, tidak hanya terus menghukum haram semata. 

6. Nak pakai macam heliza, saya berpendapat masih belum dikira bertabarruj mengikut suasana ditempat kita sekarang. Kita jaga perbuatan dan percakapan. Kita berpakaian memang hendak tujuan memelihara aurat dan tiada niat untuk bermegah-megah. Ia untuk memenuhi dan menjaga perintah agama dan fitrah untuk sentiasa bersih, kemas dan cantik dan dengan sedikit wangian. Bukan dengan tujuan agar lelaki ghairah memandang dan menghidunya. Tujuan membuka dan mengharap timbul dan berlaku fitnah. Kelak, kita juga yang benci perbuatan dari kesan fitnah tersebut, atau amat malang jika sudah memang itu tujuannya. iaitu untuk Bertabarruj. Nauzubillah min zaalik, ‘mohon jauh dari demikian’.



7. “Menayangkan gambar dengan berbagai gaya yang walau sudah bertudung. Andai hanya wujud sebilangan yang memang amat sensitif dengan sekadar gambar. Maka itulah fitnah, fitnah yang cukup besar. Kesan yang membenihkan lagi keburukan-keburukan lain. Saranan-saranan Islam adalah ingin menjamin dan menjaga setiap hal individu dan masyarakat”. 

8. Jika tidak dengan sebab ini, maka ia akan banyak mengundang hal mungkar dan masalah lain. Dosa-dosa lain sedang menunggu untuk menghiburkan kesukaan ini. Terutama pula kes sihir dan khianat yang acap berlaku sekarang. Jika yang dedah terus pula, sudah tentu lebih salah lagi. Ayat dalam Al-Quran dinyatakan tika keluar rumah. Sekarang kita tika bermain internet. 

9. Sudah fitrah saling bernafsu melihat berlainan jantina. Lelaki bila didepan wanita lain jadinya. Suara sahaja juga sudah melemahkan lelaki, hatta menerima ucapan dari seorang wanita. Apatah lagi jika suara sengaja diayukan dan watak dighairahkannya. Wajah dan pakaian digodakannya. Adalah amat sukar mengawal nafsu. Begitulah sebaliknya dengan larangan kepada lelaki. Islam melarang perkara ini kerana ia menjadi sebab membangkitkan nafsu. Demikian balasan azab yang diperingatkan kelak amat serius, kerana kita telah mengabaikan dan merosakkan tujuan seorang khalifah dijadikan Allah. Lalu terjadilah bermacam jenayah seks umpama binatang. Disebalik kelemahan dan kejahilan agama. Yang dilarang itu untuk menjaga semua orang. Ada sebabnya. Islam bukan menghalang fitrah. Allah swt yang menfitrahkan kita dan Islam dari Allah haluan fitrah kita ini. Jika tidak ikut Islam, terkeluar kita dari fitrah dan jadilah hidup untuk nafsu. Anak zina merata, rosak keharmonian keluaga, dirogol dan dianiaya. Tipu, curi, rasuah, riba, zalim dan berbagai kemusnahan terhasil. “Contoh video lagu-lagu yang berbagai-bagai bentuk disebar di internet. Adakah sama seperti kita melihat video seekor monyet sedang buat pertunjukan. Kadang ia benar telah memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan imei tudung dan Islam itu sendiri”. 

10. Demikian, maksud menutup aurat dengan sempurna dizaman sekarang adalah termasuk menutupnya dengan sempurna juga di internet. Dan maksud tidak bertabarruj dizaman sekarang adalah termasuk tidak menzahirkannya juga dengan bermacam posing dan fesyen gedik di internet.



11. Akhirnya, terima kasih kerana menutup dengan sempurna aurat dan tidak menayangkannya dialam maya. Dalam kita memelihara perintah Allah, perbuatan ini juga telah menutup amat banyak pintu-pintu fitnah dan dosa lain buat lelaki. Mudahan terus kuat memeliharanya dan terus kita berusaha melaksanakan kehendak yang lain lagi dalam agama. Ingatlah ini semua kerana Allah dan sudah pasti ganjaran besar sedang menanti kita.  

12. Yang masih free hair, tutuplah dengan sempurna aurat. Berusahalah segera hindari pakaian ketat, jarang dan segala yang dilarang Agama. Memahami erti menjaga aurat sepertimana dijelas diatas. Hal ini sangat dasyat fitnahnya. Sedang kematian sentiasa mengintai kita. Mudahan terus kuat menghadapi ujian untuk memelihara aurat ini dan segala perintah lain. Masa yang terus berjalan, marilah dengan penuh rasa hina, akui kejahilan kita yang lepas. Saling sama muhasabah, beri teguran dan terus berusaha menjadikan diri patuh akan arahan Allah. 


“Segala suruhan Allah ini tiada lain, untuk kemulian dan kebaikan hambanya yang diciptakannya” 

 “Allah tidak pernah jemu menerima taubat dan amal kita. Allah sentiasa mengetahui usaha dan hakikat keadaan kita bagaimana sebenarnya”. [Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati]. (Ali-'Imran 119) 


 Berusaha dan berdoalah. “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih) 


 Merenungi ungkapan Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). 


20 Syawal 1433 H bersamaan 07 September 2012 M 
Jumaat, 10.00 am. Sana’a, Yaman.