1. Pada mulanya tak ingin juga untuk dibuka dan dipercayai Video yang dipostkan sahabat-sahabat diFb. Yang difikirkan, itu mungkin hanya lakonan, tipu semata. Namun hanya beberapa minit, makin kerap hangat dibicarakan, terutama kalangan cerdik pandai Sendiri, dengan penuh luahan, komen, kritikan yang dirasa amat mengecewakannya.
2. Bila terus disaksikan, perasaan yang sama turut dirasa seperti Mereka. Teramat kecewa dan penuh dengan kebingungan, kecelaruan melintas di Fikiran. Hakikatnya rasa tak ingin dipercayai perkara itu, tak sanggup untuk dilihat kali kedua. Tapi itulah hakikatnya, Gelagat Kegembiraan sebahagian Muslimat Pas dalam menyambut berita Pembebasan Anwar. Kelihatan pula turut wujud Kepimpinan Atasan. Sebelum ini kita memang asyik kerap melihat ketidak senonohan Akhlak dari kalangan, puteri, wanita Umno, namun hari ini terdapat juga pada sebahagian wanita Pas, tapi puteri Umno jauh lebih teruk lagi andai nak dibanding.
3. Yang salah tetap salah, begitulah juga yang benar. Bukan kecil, besar yang ingin dinilaikan, tapi mengapa perlu berlaku juga yang kecil itu.
4. Semenjak kebelakangan ini, kita melihat banyak isu yang menggelisahkan Ahli Pas dan ia memberi kesan Berat pada golongan atas Pagar. Banyak juga komen, kritikan terzahir dari kalangan yang sebelum ini tak pernah sedikit mengambil tahu soal Politik, ada dari kalangan jurusan-jurusan Agama. Ini tiada lain menunjukkan sayangnya mereka pada Pas, hanya Pas yang mereka harap sebenarnya. Banyak kesilapan yang berlaku dalam Umno selama ini tak pernah ingin disuarakan, kerana difikir semua telah tahu akan Keburukan, Kedegilan sifat Umno itu, yang masih tegar menyokong asasnya yang tak faham Agama, keadaan sebenar. Demikianlah bila mana berlaku beberapa kesilapan dalam Pas, semua ingin bersuara, kerana Pas dilihat dari dulu lagi, dan waras akal bagi yang cerdik, faham Agama, Pas dijalan yang Benar. Terbukti pada cara yang dilaksanakannya. Kesilapan yang berlaku itu amat dirasa, kenapa, mengapa berlaku. Lalu timbullah berbagai cadangan, komen yang begitu banyak, semua membicarakan soal Tarbiyyah. Perkara ini patut dipuji juga, ada kebaikan, kelainan terhasil.
5. Manusia itu tetap manusia, punyai sifatnya. Tiada yang ingin redha, berharap untuk terus melakukan kejahatan, kesilapan, melainkan ada unsur-unsur yang memandunya, tiada yang ingin benci, menolak pada yang benar, pada kebaikan, melainkan ada unsur-unsur yang menghalangnya. Unsur-unsur itu mudah menyerap pada Hati yang lemah, penuh dengan kelalaian. Unsur-unsur itu menyerap atas sifat semula jadi sebagai seorang Manusia. Kita berusaha sekuat manapun, kita tak mampu capai tahap Malaikat.
6. Muhasabah tetap muhasabah, bicara tentang Muhasabah semua sudah arif dengan program-program tamrin. Keaiban akhlak, kata-kata semalam telah berlalu. Mereka yang terlibat perlu menzahirkan keinsafan mereka. Mereka yang melihat perlu menjernihkan kelekaan mereka. Mereka yang memerhati perlu saling Bermuhasabah.
7. Manusia tika keadaan terlalu gembira, seronok, pasti lain sifatnya. Andai direzekikan duit Berjuta, pasti lain jadinya. Perubahan tak dijangka terlihat, kata-kata, perangainya. Berbeza cara bercakap, perbuatan seseorang tika sakit, susah, sihat dan gembira. Kita sendiri pasti pernah merasai Hakikat ini. Kadang bila kita terlalu gembira, kita sendiri pernah terlalai, tersasul, kita lupa apa yang telah diungkapkan, begitulah juga sebaliknya. Dalam keadaan yang amat marah, tertekan. Segala persekitaran ini ada kaitan jika dibicara dalam penetapan Hukum Agama.
8. Ingat lagi semasa pertelingkahan antara Tgna dengan Mohd Nor Idris, sedikit kata-kata kurang enak juga didengari dari Tgna, begitu tika Ds Azizan dalam masaalah Banjir di Kedah, dan banyak lagi andai nak diketengahkan. Kadang tak mampu nak dikawal, kadang kita sendiri sudah berapa kali terlajak tanpa disedar, yang disedari manusia sekeliling itu, dan bila dilihat semula rakamannya, pasti penuh dengan malu, kutukan pada Diri, hanya Istighfar penyejuk Diri. Muhasabah dan terus Muhasabah.
9. Memang banyak keterlanjuan perasaan, akhlak kita tika emosi, penuh semangat. Memang dulu tersebarnya hal-hal sebegini, taklah merisaukan sangat, mudah dijelas, dimuhasabah. Sebab Media hanya dikedai Kopi. Tapi sekarang tidak lagi, lihat penyanyi Najwa Latif, lihat Video Cikgu Syida kalau berpacaran, lihat kes Amalina dan lain-lain lagi. Segalanya mudah untuk mengubah pandangan Dunia. Segalanya perlu pada semua untuk memahami, menjaga, menginsafinya. Yang melakukan dan yang menyebarkan. Tiada seruan lain, Tarbiyyah perlu diperkuatkan lagi, Kefahaman amat perlu diserapkan lagi, insya’ allah, mampu mengawal Diri.
10. Kita Semua diatas Jalan yang Betul, Benar. Dasar kita Jelas, walaupun masih banyak terdapat masaalah, kesilapan, pertikaian, perbezaan, itu sudah Lumrah. Namun lumrah yang sudah biasa itu pasti tidak lumrah lagi pada masa akan datang. Lumrah yang akan datang adalah yang lain pula. Segalanya kita perlu yakin, sudah pasti ada hikmah Baik, Buruknya. Ada pengajaran, pedoman sebaliknya, ada Keuntungan sebenarnya. Semua sama-sama Muhasabah.
11. Sedang mereka Umno, jalannya Salah, Dasarnya mencelarukan. Masaalah, perbalahan, pertikaian mereka tidak akan memberi Keuntungan, bahkan sia-sia, mengundang Kerugian. Melainkan diubah Dasar perjuangan mereka kepada Islam yang Sebenar.
"Hebat-hebat, bagus-bagus seseorang, dia tetap Manusia, punyai sifatnya. Salah-salah, teruk-teruk seseorang, dia tetap juga Manusia, punyai sifatnya"
• Sedikit luahan, pandangan orang biasa yang melihat, memerhati melalui ruang Media sekarang. Ya Allah Teguhkan pendirian Kami, Ampunkan kelalaian Kami.
Sekian
17 Safar 1433 H bersamaan 11 Januari 2012 M
Rabu, 10.10 am.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan