Ahad, 4 Disember 2011

Muhasabah Hidup.





Buat Teman-Teman
Dan Kenalan-Kenalan
Kita pasti diMatikan
Bumi pasti diHancurkan


Sementara Waktu masih Berjalan
Masih diterima Amalan
Marilah sama-sama menyemak Bekalan


Bersihkan Kotoran
Gandakan Kebaikan
Sahut seruan Tuhan
Terima Ketetapan
Tidak memberi Alasan


Dunia hanya Jambatan
Tempat Persinggahan
Tidaklah Berkekalan


Kita diHidupkan
Ada Tujuan
Banyak Cubaan dan Ujian
Itulah Kehidupan
Jika tetap dalam Ketaatan
Besar Ganjaran


Andai leka dengan Hiburan
Tetap dalam Kederhakaan
Dasyat Ancaman


Ini bukan Rekaan
Dan Khayalan
Ada Sandaran
Dalam al-Quran
Dari Rasul Junjungan
Petunjuk, Mukjizat sepanjang Zaman


Tiap Suruhan
Telah terserlah Kebaikan
Tiap Larangan
Telah terserlah Keburukan


Jangan biar Hidup dalam Kejahilan
Jangan sekadar terlintas diFikiran
Manfaatkan Pendengaran
Tanyalah para Agamawan
Pasti tiada Keraguan


Hidup Aman
Bila diSyariatkan
Ketetapan Tuhan
Tiada yang Menakutkan
Tiada yang Merisaukan
Tiada yang Membimbangkan


Wujud Penegak Kebenaran
Penyebar Kebaikan
Berilah Sokongan


Wujud Penghalang Kebenaran
Pertahan Kemungkaran
Jangan Relakan
Dan Biarkan
Rosak Iman
Marilah Tumbangkan
Apa lagi nak diHarapkan


Apa guna Keselesaan
Kegembiraan, Kekayaan
Andai Kehendak Tuhan
Dibelakangkan


Jika punyai Kewarasan
Marilah kita Nilaikan
Inginku Peringatkan
Mudahan dalam Ingatan


8 Muharram 1433 H bersamaan 04 Disember 2011 M
Ahad, 09.45 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan