Wujud Penegak Kebenaran
Penyebar Kebaikan
Berilah Sokongan
Marilah Pertahankan
Wujud Penghalang Kebenaran
Pertahan Kemungkaran
Perlekeh Kebaikan
Pembiar Penyelewengan
Jangan Relakan
Dan Biarkan
Perlu diTumbangkan
Apa lagi nak diTunggukan
Dan diHarapkan
Apa guna Keselesaan
Kegembiraan, Kekayaan
Andai Kehendak Tuhan
Dibelakangkan
Kita akan pulang mengadap Tuhan
Semuanya akan diPertanggungjawabkan
Marilah menyokong Golongan
Yang mengikut acuan Quran
Dari Rasul Junjungan
Islam diUtamakan
Keadilan diSerlahkan
11 Muharram 1433 H bersamaan 07 Disember 2011 M
Rabu, 03.05 pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan