Zahirnya yang sekadar Tanah, tapi Batinnya amatlah Menggerunkan
Teman-Teman semua...
Marilah kita buangkan Ego dan menerima Kebenaran
Kita sahut seruan Tuhan
Kita menerima Ketetapan
Tidak memberi, mencari Alasan
Punyai banyak Kecelaruan, Keraguan
Tanyalah para Agamawan
Dunia hanya sebagai Laluan
Dan sudah pasti akan diTinggalkan
Perit, sakit, susah dan pelbagai Ujian
Tidaklah Berkekalan
Kesabaran, Ketaatan
Ada balasan Syurga yang Berpanjangan
Kedegilan, Keingkaran
Ada Neraka yang amat Mengerikan
Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya benar, Al-Quran itu benar, Alam Barzakh, diBangkitkan, diHisabkan itu benar, Syurga dan Neraka itu adalah BENAR.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan Hati kami condong kepada Kesesatan sesudah Engkau beri Petunjuk kepada kami, dan Kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia) " (Ali-'Imran 8)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلُوبَناَ عَلَى دِينِكَ
" Wahai Yang Membolak-balikkan jantung Hati (Allah)! Tetapkan Kami atas agamaMu " (Hr at-Tirmidzi)
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari Azab Neraka " (Al-Baqarah 201)
12 Muharram 1433 H bersamaan 08 Disember 2011 M
Khamis, 09.00 pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan