Selasa, 18 September 2012

Bina dengan kekuatan Hati.

“Dalaman lemah, zahir pasti lemah” 

Hati yang bila rasa sakit, lemah rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti rasa tak semangat. Amal dirasa malas. Walau sihat dan gagah zahir kita. 

“Dalaman sihat, zahir pasti kuat” 

Hati yang bila rasa gembira, kuat rohani kita. Anggota tubuh badan lain pasti lagi rasa semangat. Amal dirasa amat bersungguh. Walau sakit dan lengah zahir kita. 

“Zahir lemah, dalaman belum tentu lemah” 

Walau anggota tubuh badan kita sakit dan cedera. Tak dapat lagi melemahkan semangat kita.

Segalanya dari “Hati”. Jagalah, peliharalah dan bersihkanlah hati kita. Didiklah, nilailah, pandanglah dan muhasabahlah selalu dari dengan hati kita. Jangan sibuk mula nilai dan pandang dari dengan zahir semata. Begitulah nilaian hakikat sebenar kebahagiaan, ketenangan dan kesempurnaan hidup seseorang. Bukan zahir ukurannya. Itu semua ujian hidup. Begitulah juga kita inginkan kekuatan dari kefahaman, bukan kekuatan dengan bilangan yang ramai dan suasana yang begitu hebat. 


Sabda Nabi saw: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada jasad itu terdapat seketul darah, jika ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad itu. Jika ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. (Hr Bukhari dan Muslim)”



Hati kita kotor berpenyakit, maka tumbuhlah darinya bermacam perangai buruk. Hati yang selalu bersih, maka lahirlah darinya akhlak yang baik. Kita mesti berusaha memiliki kekuatan dari hati ini, iaitu menjaga hubungan dengan Allah, memerhati pandangan Allah, menyerahkan dan menyandarkan segalanya kepada Allah. Berusaha meraih segala hal dengan sentiasa menghubungkan kita dengan Allah. Selalu selidik dari hubungan kita dengan Allah. Memahami semuanya itu ujian dan ada hikmah dari Allah Yang Maha Mengetahui segala isi hati kita. Kerana kita ini dari Allah, milik Allah dan kepada Allah kita kembali semula kelak.


Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaaf 16) 


02 Zulkaedah 1433 H bersamaan 17 September 2012 M 
Isnin, 10.45 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 13 September 2012

Doa dan dengan Berubah.

1. Tiada yang ingin terus dalam kejahilan. Kita semua meyakini saat perpisahan dengan dunia ini pasti berlaku. Lalu kita akan terus berusaha perbaiki amal, sentiasa taubat dan banyakkan doa kepada Allah, Tuhan kembalinya kita semula kelak.



2. Dalam kita berdoa, “Ya Allah.. tunjukilah padaku jalan yang benar, kurniakan hidayah dan taufiq. Berikanlah kekuatan kepadaku. Jadikanlah aku demikian-demikian dan berbagai ungkapan rayuan taubat dan permintaan kita kepada Allah”. Demikian perlu kita fahami, segala hasil permintaan-permintaan yang Allah akan pasti kurniakan ini adalah dengan kesungguhan dan keazaman yang kuat juga dari kita sendiri. Doa semata tiada guna, tetapi bersamanya dengan usaha. Demikian nanti kita akan menyalahkan Allah kerana dosa kita. Kita masih terus dengan dosa dan terus dengan doa dan harap Allah merubah kita segalanya, ini salah tanpa kita sendiri berusaha merubahnya. Bimbang kita sedang mempermainkan taubat. Lalu hasil datang rasa sudah mampu selamat azab kelak dan amal baik lainpun sudah banyak. Sedang telah dinyatakan dalam Al-Quran: 


Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd 11) 

Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69) 

3. Sebenarnya jalan perubahan itu telah ditunjukkan Allah kepada kita. Atas kita ingin turut melalui jalan itu atau masih tidak. Kita sudah dapat lihat dan merasainya sendiri sebenarnya. Jalan yang penuh dengan ujian, pengorbanan dan keperitan. Namun ada kemanisan dan kekuatan kerana bersamanya rahmat, redha dan bimbingan Allah. 

4. Apa yang dilalui, benar jika sudah seratus peratus pun diserahkan jiwa kita kepada Allah. Tanpa kita tiada usaha dan tidak ingin bersedia menukar jalan keinsafan kita. Maka tiada guna jua. Dalam masa yang sama kita mesti bersedia dan kuat untuk tempuhi jalan doa yang dipanjatkan itu. Jika tidak, maka kesannya mari rasa tiada faedah kita berdoa memohon taubat kepada Allah. Lalu maksiat terus lagi menjadi selingan.



5. Bila kita terus berhadapan dengan bermacam ujian dasyat taat atau tidak, itulah sebenarnya permulaan yang diperkenankan Allah dalam doa kita iaitu “jadikanku hamba yang soleh, bimbinglah daku, ampunkanlah dosaku, rezekikan daku”. Allah telah menunjukkan jalan kepada kita. Kita terus berusaha merentanginya dengan usaha dan doa kepada Allah. Termasuk dalam hal rezeki. Jangan putuskan tali ikatan kita dengan Allah. Yakni biarkan dengan dosa, tidak bertaubat dan tak ambil tahu halal atau haram walau segala nikmat dunia dapat diraih. Dan begitulah seterusnya. Doa, dan ada hasil nikmat dan pertolongan dari Allah disebaliknya. 


Maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang Agung”. (At-Taubah 129)  

 Dan tidak ada petunjuk bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali. (Huud 88). Mungkin boleh rujuk tafsir Al-Quran untuk tahu kisah selanjutnya ayat ini. 


26 Syawal 1433 H bersamaan 13 September 2012 M 
Khamis, 11.40 am. Sana’a, Yaman.