Firman Allah swt: Hai Manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya Kegoncangan hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (Dahsyat). (Al Hajj 1)
Wahai umat Manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu Diperdayakan oleh kemewahan hidup di Dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar Penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu Lalai dan Menderhaka). (Faathir 5)

Pelbagai bentuk Peringatan,Teguran dan Nasihat telah banyak dijelaskan. Namun masih ramai lagi yang tidak Menyempurnakan Aurat mereka. Dan masih ramai Jua yang masih sibuk mengiklankan Gambar-Gambarnya di Internet.
Saudaraku sekalian. Bumi dan segala isinya Ini adalah ciptaan Allah swt. Berbagai jenis Makhluk ada didalamnya. Jadi perlunya ada Peraturan, Undang2 yang mesti dipatuhi oleh makhluk2 diBumi ini. Peraturannya ialah Islam. Cara hidup yang memberi keselamatan, kebahagian diDunia & Akhirat.
Menutup Aurat adalah salah satu cara Hidup yang diajar oleh Islam. Ia memperlihatkan akan Cantik & Sempurnanya Islam. Lahirnya kemormatan dari Masyarakat sekeliling, tiada gangguan dan ianya menjadi benteng kpd Perbuatan Maksiat yang lain. Kita diciptakan olehNya. Sudah pasti Dia menegetahui apa keperluan makhluk ciptaanNya.
Rasanya kita Semua sudah mengetahui bahagian mana Aurat seorang Wanita MUSLIM yg mesti disempurnakan. Kita juga sudah mengetahui akan Hukumnya. Dan Balasan siksaan bagi yang Mendedahkannya. Namun masih ada pelbagai bentuk Alasan seringkali keluar dari Mereka yang masih tidak ingin menyempurnakan Aurat Mereka.
PERTAMA: MUNGKIN SEBAHAGIAN BESAR MASYARAKAT KITA ADA LAGI YANG MASIH JAHIL, TAK TAHU LAGI AKAN KEWAJIPAN AURAT TERSEBUT ? ATAUPUN KERANA KEADAAN DIDIKAN SEMENJAK KECIL LAGI SUDAH TIDAK DIENDAHKANNYA ? ATAUPUN BARU MEMELUK ISLAM & PELBAGAI KEMUNGKINAN LAGI.
• Perlu diketahui bahawa Menutup Aurat adalah Perintah dari Allah swt. Ia ditujukan kepada Isteri-Isteri Nabi, Anak-Anak Perempuan serta Perempuan-Perempuan yang Beriman. Ia tidak terkecuali Seorangpun. Ianya Wajib dilaksanakan. Sebagaimana yang telah jelas dijelaskan dalam firmanNya, lihat Surah Al-Ahzaab ayat ke 59.
Seterusnya Kita sendiri perlu Berusaha mendalami ilmu Agama. Tanyalah Ustaz2, Hadirkan diri ke Majlis2 Ilmu, cari & bacalah Buku2 Panduan Aurat bagi Seorang Wanita MUSLIM. Rasanya sudah Terlalu banyak Buku, Risalah, Artikel2 merata dijual, diinternet & Sebagainya. Menjadi kewajipan setiap Individu Muslim mengetahui mana Halal dan Haram dalam kehidupannya. Tak dinafikan sibuk dengan kerja harian, namun kewajipan sebagai hamba Allah amat perlu dilaksana.
• Ibu Bapa sudah tentu perlu memainkan peranan yang Tinggi. Jika menginginkan Anak2 Gadis mereka menyempurnakan Aurat dengan sebaiknya, sudah tentu Ibu sendiri perlu menunjukkan cara pakaian yang mengikut cara Islam seluruhnya. Memberi penekanan yang penting akan soal Agama. Tahu akan keperluan Agama yang wajib diketahui oleh setiap Individu Muslim. Namun malangnya kehidupan sebahagian masyarakat Islam hari ini, Anak2 mereka sudah dididik supaya Mempamerkan Aurat, Dididik tidak mengenal arti Halal Haram dalam hidup mereka. Dididik sudah biasa dengan mendedahkan Aurat. Dan Jika berpakaian menutup Segalanya dirasakan Ketinggalan Zaman dan berbagai Macam anggapan lagi. Jadi tidak dapat tidak, perlu JUA untuk Anda meninggalkan Adat, Kebiasaan yang diasuh semenjak kecil dengan kehidupan yang bukan cara Islam kepada cara Hidup Islam yang sebenar.
• Jika baru memeluk Islam, sudah tentu keperluan utama perlu dijelaskan adalah Aqidah. Memahami sedalamnya akan pengertian Islam dan Iman, seterusnya menerapkan segala aspek kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnahnya. Yang penting usaha dalam melaksanakan tuntutan hamba pada Tuhannya sentiasa dipelajari.
KEDUA: RAMAI YANG SEBENARNYA SUDAH JELAS TAHU HUKUMNYA, TAHU AKAN AZAB NERAKA YANG BAKAL MENIMPA KELAK, TAPI ALASANNYA MALAS, PANAS, MALU, EJEKAN TEMAN, & BERMACAM LAGI ALASAN.
• Saudaraku Sekalian. Ketahuilah Segala Alasan2 tersebut hanya merugikan diri Anda sendiri. Anda telah tahu Hukumnya, tahu janji Allah itu Benar. tahu datangnya Ajal itu dalam keadaan yang tidak disangka. Ingatlah Nikmat mendedahkan Aurat itu hanya sebentar, Ingatlah peritnya Siksa Neraka kelak.
• Rasa malas, panas, malu, ejekan dan pelbagai bentuk alasan lagi perlu kepada kesabaran yang tinggi untuk Melawannya. Biarlah rasa panas, malu, perit, susah yang hanya Sementara dan hanya Sedikit ini dari merasa sakit, susah yang amat Dasyat lagi di Akhirat kelak. Panasnya tak tergambar, kelak kita semua Pasti dihimpun beramai-ramai dalam keadaan bertelanjang. Sehalus-halus perkara hingga sebesar-besarnya akan dibentang & dipersoal di mahkamah Allah swt.
• Masuk Syurga itu bukan percuma, perlu kepada pengorbanan, kesabaran menghadapi UjianNya. Setiap orang diuji dengan kadar Imannya. Bagi kita yang masih sukar menyempurnakan Aurat, ianya menjadi Ujian pada diri kita, jika ia sudah disempurnakannya, Akan bertambah lagi Ujian lain. Demikianlah fitrah Hidup orang yang beriman. Ujian yang nak dilalui itu perlu kepada kefahaman Islam yang mendalam, kekuatan Amal, Iman & Taqwa. Maka perlunya mendalami Ilmu Agama. Ianya wajib atas tiap2 Muslim. Jika anda memahami, meyakini betul2 Perintah dan hikmah LaranganNya dan seterusnya melaksanakanya. Insya' Allah akan hadir rasa nikmat beramal dengan Islam. Hadir Rahmat dan Berkat dariNya.
• Saudaraku sekalian. Kenapa kita Perlu merasa susah bila Hidup berpandukan Islam, kenapa kita tidak pernah berfikir, meyakini hikmah tiap2 larangan Allah swt itu. Para Nabi, sahabat & umat2 terdahulu telah mengorbankan Harta, Pangkat, Keluarga mereka untuk Islam.
• Hari ini kita belum lagi disuruh mengorbankan Harta, Pangkat, Keluarga dan segalanya. Tapi baru sekadar permulaan baru, hanya disuruh menahan Diri dari Mendedahkan, Mengiklankan Aurat. Menahan dari melanggar perintah Allah dan Rasulnya. Segalanya untuk kebaikan kita jua. Ianya akan dapat menyelesaikan banyak masaalah2 Sosial, menutup pintu2 Fitnah dan akhirnya menyelamatkan Diri dari disambar Neraka kelak.
• Diciptakan Syurga dan Neraka, ianya tempat yang kita akan tempuhi selepas berakhirnya Dunia nanti. Orang2 yang sabar dari menurut kehendak Nafsu, akan dibalas dengan Nikmat Syurga kelak. Begitu jua orang2 yang sentiasa menuruti Nafsunya, tak mengambil endah ketetapan Perintah Allah dan Rasulnya akan dibalas dengan Azab Neraka kelak.
KETIGA: SEMUA SUDAH MENGETAHUI SEJELASNYA AKAN KEWAJIPAN AURAT. AMAT MALANGLAH JIKA ADA YANG MENGANGGAP IANYA TIDAK WAJIB DILAKSANAKAN, IANYA TIDAK SESUAI UNTUK DISEMPURNKAN. MEREKA TELAH MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN ALLAH SWT. MEREKA TELAH MENGHALALKAN DIRI MEREKA UNTUK MERASAI NERAKA ALLAH. Nauzubillah minzaalik.
• Mungkin Ramai yang berfikir, tak mengapa Didedahkannya, Amal2 yang lain pun sudah disempurnakan. Solat, Zakat, Puasa, Haji. Mereka melaksanakan Islam mengikut kehendak Nafsu. Padahal Tidakkah Kita mendengar seruan Allah swt: Hai orang-orang yang Beriman, Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah 208)
• Solat itu jika dilaksanakan dengan penuh Kesempurnaan, Kekusyukan akan memberikan Kekuatan pada diri, akan menjadi Benteng diri dari mengerjakan Larangan Allah. Keinginan pada perkara2 Maksiat akan kurang. Itulah besarnya hikmah Solat. Jika kita dapati solat sudah didirikan, namun maksiat2 lain tetap dikerjakan. Menunjukkan lemahnya Solat.
• Saudaraku sekalian, kenapa kita perlu beramal dengan Sebahagian yang lain, dan kita tinggal Sebahagian yang lain. Marilah sama2 kita cuba melengkapkan diri dengan cara Islam sepenuhnya. Saidina Umar ra pernah berkata: Kita semua adalah Umat yang dimuliakan Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari Kemulian (cara hidup) yang lain dari Islam maka kemurkaan Allah akan menimpanya.
• Perbandingan Sebuah Motosikal yang tiada tayarnya, namun tetap juga dipanggil Motosikal. Tapi ianya cacat, tidak sempurna, tidak dapat dimanfaatkan bahkan tidak laku untuk dijual. Begitulah Aurat dalam Islam, menutupnya adalah salah satu Kewajipan, Kesempurnaan seseorang Islamnya.
• Perumpamaan Islam seseorang itu, jika sudah lengkap yang lainnya, namun Auratnya masih Didedahkan. Islamnya nampak Aibanya, nampak ketidak Sempurnaan Islam tersebut. Ia menjerumuskan diri ke pintu2 Maksiat lain, Membuka lagi ruang2 Fitnah & berbagai Kemungkaran lagi. Padahal Islam itu datang menyempurnakan, menyelamatkan Manusia.
• Jika kita dapati masa2 hidup kita terdapat banyak musibah berlaku, Ujian dan Kecelakaan. Perlunya dilihat akan bagaimana hubungan kita dengan Allah swt. Adakah cara hidup telah disaksikan sama tentang Halal Haramnya. Sama2 kita dalami, fahami Sabda Nabi saw yang bermaksud : Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr Tarmizi)
• Mengapa akal kita perlu Melabelkan, Memblokkan mereka ini golongan yang Alim dan Kami pula golongan yang Jahil. Tahukah Anda akan Saudara2 kita yang menutup Aurat mereka, dahulu asal mereka pun Jahil, tak tahu akan kewajipannya, Namun mereka diajar, dididik. Dan mereka cuba memahami dan melaksanakannya. Mengapa kita suka duduk dalam keadaan Jahil, mengapa Sukar untuk kita mengubahnya. Segalanya untuk Allah, untuk keselamatan Diri Di Masa Dunia dan Akhirat kelak.
Akhirnya janganlah sampai ada dikalangan Kita mengeluarkan alasan yang mengatakan Aurat ini tidak Wajib dilaksanakan. Ianya tidak Sesuai dilaksanakan Zaman Sekarang dan macam2 lagi alasan yg dianggap Biasa, namun Hukumnya sudah dikira kufur dari Islam, kerana jelas2 menghalalkan Larangan Allah dan Rasulnya.
Rasanya segala perkara sudah Dijelaskan. Saat ini malaikat Izrail belum Datang mencabut Nyawa lagi, saat ini Akal masih Waras lagi. Sama2 kita berubah & sentiasa cuba untuk Berubah menyempurnakan Aurat dengan seSempurnanya.
" Orang yang ingin mempelajari Al-Quran, dalam masa yang sama banyak kesilapan sebutannya, tetapi tetap jua bersungguh Mempelajari bacaan dengan sebaiknya, akan diambil kira jua pahalanya kerana kesungguhannya ingin jua mempelajari "
Segala Kekurangan atau Kemungkinan masih banyak Masalah2 yang lain lagi amatlah dialukan untuk dikongsi. Saya sekadar memberi penjelasan berdasarkan bacaan Buku, suasana yang Berlaku & Cerita yang dikongsi. Segalanya untuk Manfaat Semua. Laksanakannya kerana Allah, bukan paksaan atau ingin Menunjuk dan Sebagainya.
Sama2 kita Cuba berusaha melaksanakan perintahNya. Aurat dan segala segala cara hidup yang lain berpandukan Al-Quran & Sunnahnya. Kelak kita semua akan mengadapnya. Takutlah padaNya.
Sukar mengharungi kehidupan di zaman Islam sudah tidak diamalkan dengan baik. Bila menegur kita diperlekehkan kembali seakan2 menutup aurat itu hanya perlu bila seseorang sudah bersedia..wajarkah? Fikir2kan lah sebelum ajal menjemput kita
BalasPadam