Sudah pasti semua ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Agama dengan harapan besar adalah agar pandai Ugama, menjadi ustaz di dalam keluarga mereka sendiri dan pemimpin umat, walaupun ibubapa itu sendiri jauh dari Agama. Namun ada beberapa halangan besar untuk kejayaan tersebut. Halangannya apabila ibubapa sendiri dengan rutin kebiasaannya selalu melakukan perkara yang berbeza serta berlawanan dengan apa yang dipelajari anak-anak mereka disekolah. Justeru hal ini sangat besar cabarannya kerana semua ini berbalik kepada soal kebiasaan dan apa yang telah biasa dilihat ketika dirumah dan bersama ibubapa mereka.
Disetiap kali anak-anak pulang, mereka melihat banyak hal bertentangan dengan apa yang mereka pelajari di sekolah. Contoh ustaz menceritakan kewajipan solat dan menutup aurat, namun apabila pulang ibubapanya tidak solat dan tidak bertudung. Maka kepala anak-anak menjadi pening, celaru, buntu, pelik, nampak Agama ini main-main, dan hilang kecenderungan semangat untuk beramal, dan menyampaikan Agama.
Ibubapa, dalam masa yang sama kena seiring berusaha dan bersedia untuk berubah. Memahami sebaiknya apa yang dimahukan dari anak-anak dalam mengharapkan pandainya Agama, dengan demikian barulah terhasil untuk membentuk anak benar-benar menjadi seorang alim serta faqih di dalam keluarga dan menjadi ikutan masyarakat.
Dari sewaktu saya belajar dahulu lagi saya sentiasa fikirkan, justeru pentingnya pertabiyahan keluarga dan keturunan dengan baik-baik. Ia untuk kesan yang terbaik buat anak. Apapun berjaya menghantar anak ke sekolah Agama itu sudah satu kebaikan besar. Tahniah.
Peringatan ini untuk saya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan