Isnin, 25 November 2013

Bersungguhlah belajar, untuk Dunia dan Akhirat.

 

Kejayaan akhirat memerlukan kejayaan didunia. Mencari ilmu itu adalah suatu tuntutan Agama. Dalam al-Quran diceritakan berkaitan ayat permulaan wahyu adalah Iqra’ (bermaksud bacalah). Diucap Malaikat Jibril kepada Nabi saw sebanyak 3 kali. إقرأ باسم ربك الذي خلق (Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptkaan). Allah swt telah melantik kita semua makhluk yang menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini. Tugas untuk mentadbir dan menguruskan dunia ini dengan tunduk kepada perintah Allah swt. Iaitu : إقامة الدين وحراسة الدنيا به (Menegakkan Agama dan mentadbir dunia dengan panduan Agama). Demikianlah segalanya ini berbalik kepada kewajipan mempunyai ilmu untuk dunia dan akhirat yang pasti. 

Segala perjalanan kerja rutin harian kita, makan, minum, kerja, pengurusan, tanggungjawab keluarga, terhadap saudara-mara, sesama jiran dan masyarakat. Dan segala urusan dalam mengendalikan dan mentadbir urusan kehidupan kita. Semua itu adalah termasuk dalam tanggungjawab khalifah mentadbir urusan hidup ini. Segalanya itu memerlukan ilmu. Tidak menjadi manusia yang tiada hala tuju dan melakukan kerosakan didunia ini. Dengan menyaksikan segala perbuatan yang kita lakukan itu dengan berpandukan perintah Allah dan Rasul-Nya. Menegakkan suruhan-suruhan Allah dalam kehidupan kita. Dan inilah tugas perjuangan kehidupan kita didunia yang sementara ini. 


21 Muharram 1435 H bersamaan 25 November 2013 M 
Isnin, 06.15 pm. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan