Ahad, 28 Oktober 2012

Bercakap yang Baik atau Diam.


Hadis Nabi saw: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yang baik atau diam. (Hr al-Bukhari dan Muslim) 

Perkataan yang baik itu adalah sedekah. (Disahihkan ibn khuzaimah dan ibn hibban) 

Kata Syeikh Muhammad ibn Saalih ibn Muhammad ibn al-Uthaymeen: “Sedekah itu tidak dikhususkan dengan duit, bahkan setiap apa yang mendekatkan kepada Allah, maka ia sedekah dengan makna yang umum. Kerana perbuatannya menunjukkan atas kebenaran pelakunya dalam mencari redha Allah swt”. (Syarah Riyadus Saaliheen 1/290). Diterjemah dari www.saaid.net. 


Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah, ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (Hr al-Bukhari dan Muslim) 

“Sekarang ni, bukan main banyak group dalam fb. Sekali-sekala aku masuk, aku tengok bukan main banyak lagi topik-topik yang menyebabkan kita bergaduh, samaada dengan orang tak sefikrah dan yang sefikrah. Kalau ikut hati, rasa nak masuk. Tapi bila fikir balik, masuk pun tak selesai masalah kalau main pakai tulis je kerana tulisan ni tak bernada. Kita tulis dalam keadaan tenang pun orang boleh baca dengan nada marah. Tambahan pula kutuk mengutuk, mengumpat, hina, kata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, semua tanpa perhati hukum dan fikir apa hikmah dari segalanya. Pilihan kita, nak senyap tak nak campur, nak senyap dan nak buat kerja dakwah, nak masuk wat kucar dan nak masuk untuk selesai benda payah nak selesai”. P/s: Jika kamu tidak mampu berkata baik, hendaklah kamu diam. senyum! :)  

Status dari Ridhuan Abdul Karim, teman fb dengan sedikit tambahan. Memang benar, terlalu banyak hal yang lain lagi yang lebih amat bermanfaat, dan cara yang lebih berkesan, dan bimbang kita telah lupa untuk muhasabah dan lunaskan kewajipan yang banyak dan besar lagi dalam hidup kita. Marilah sama-sama muhasabah, bimbang kita telah memufliskan diri kita.




“Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, dan diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia. Kerana bercakap yang baik-baik mendatangkan pahala dan bercakap yang sia-sia mendatangkan dosa”. – Ustaz Mustaffa Kamal 


12 Zulhijjah 1433 H bersamaan 28 Oktober 2012 M 
Ahad, 05.30 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan