Kita bukan dalam golongan yang masih terkecuali lagi untuk ditimpa Hukuman kelak. Banyak ruang-ruang telahpun disediakan. Andai memang benar kita sibuk, tak sempat hadir ke Majlis-Majlis Ilmu, Ceramah-Ceramah Agama, manfaatkanlah sebaiknya ruang Siber, Internet ini, manfaatkan Kemudahan-Kemudahan ini, (cd, mp3, rakaman-rakaman Ceramah yang direkod, diuplod, nota-nota, artikel-artikel yang ditulis, disyerkan). Dari A hingga Z, penjelasan-penjelasan Agama, Hukum-Hukum Agama jelas telah diterjemahkan, dalam Bahasa Melayu atau Inggeris boleh didapati.
Ada apa-apa masalah berkaitan Agama, tanya sahaja diruangan Internet, hantar sahaja Mesej, Buku-Buku Agama juga amat banyak telah diterjemahkan.
Pada Perkara-Perkara yang tiada Dalil Jelas, jika didapati Perbezaan pendapat, itu adalah perkara Biasa, Namun yang bukan Biasa ialah menafikan, mencela Pendapat lain & terus Jumud dengan Pendapat sendiri.
Akal yang Waras ini, nilailah mana Halal & Haram, Dosa & Pahala. Mata yang boleh melihat & telinga yang boleh mendengar, manfaatkannya dalam memahami Perintah Allah swt.
Allah swt berFirman: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi Neraka Jahannam) kebanyakan dari Jin & Manusia, mereka mempunyai Hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai Mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai Telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti Binatang ternak, bahkan mereka lebih Sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang LALAI. (Al A'raaf 179).
..hidayah itu pemberian Allah kepada sesiapa yg Bersungguh, Berusaha mencarinya...

..marilah kita menjadi orang yang Berilmu, agar kita kenal Allah, cintakan Allah, dan hadir rasa Takut pada Allah, lalu tunduk, patuh pada Perintah Allah...
..hidayah itu pemberian Allah kepada sesiapa yg Bersungguh, Berusaha mencarinya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan