Selasa, 27 September 2011

Dialog seorang pelajar Muslim.


Seorang Cikgu, Guru bukan Islam bertanyakan pelajarnya.

Guru : Adakah kamu nampak Meja ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Papan Hitam ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Pen ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Allah?
Pelajar : Tidak.
Guru : sudah tentu, Allah itu tidaklah wujud kerana tak dapat dilihat disini.

Lalu bangun seorang pelajar Muslim dan berdialog juga dengan pelajar tadi.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak Pen ini?
Pelajar tadi : Ya.
Pelajar Muslim : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak Meja ini?
Pelajar tadi : Ya.
Pelajar Muslim : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak akal Cikgu, Guru?
Pelajar tadi : Tidak.
Pelajar Muslim : sudah tentu, Guru itu tidak ada akal kerana tak dapat dilihat disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan