(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. (A-li 'Imraan 30)

Telah ramai yang sudah pergi meninggalkan Dunia ini. Ada dikalangan kita yang telah kehilangan Datuk, Nenek, Ibu Bapa, Abang, Adik, Kakak, Sanak saudara dan Teman-temannya. Segalanya telah ditetapkan. Saat ini kita semua masih sempat untuk merasai berbagai nikmat Kehidupan Dunia ini. Kita semua tidak mengetahui bila tempoh hidup ini akan berakhir, kemungkinan ianya masih berbaki hanya beberapa jam, hari lagi. Mungkin hari ini giliran saudara kita dijemput. Mungkin esok atau lusa giliran kita pula.
Hari ini kita semua masih sempat lagi untuk mempersiapkan, memperlengkapkan, memperkemaskan bekalan Iman dan Amal untuk ke Alam Kubur, Akhirat nanti. Kita semua akan pulang mengadap Allah membawa bekalan masing-masing, akan dibentang segalanya dari sehalus2 perkara hinggalah sebesar2nya. Sama-sama kita layari kehidupan Dunia ini berpandukan kehendakNya. (Al-Quran & As-Sunnah). Memanfaatkan, menafkahkan saki baki hidup yang masih belum berakhir ini dengan perkara-perkara yang menjaminkan kearah Kebahagiaan, kegembiraan kelak. Seterusnya sentiasa mengawasi diri dari tiap perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah swt.
Apa-apa bentuk kelebihan, kekayaan, kejayaan Hidup di Dunia yang tidak disertai dengan Keimanan pada Allah tidak dapat memberi faedah sedikitpun. Sabda Nabi saw :
“ Kekayaan, kejayaan hidup itu bukanlah dilihat pada banyaknya harta seseorang, tapi kekayaan, kejayaan hidup yang sebenar ialah dilihat pada jiwa seseorang itu ” (Hr Muslim)
Dalam riwayat yang lain pula disebut : “ Nabi saw telah bertanya kepada Abu Zar, Adakah engkau melihat orang yang banyak harta itulah orang yang Kaya? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Dan adakah engkau melihat orang yang sedikit hartanya itu orang yang susah? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Kemudian Nabi saw bersabda : Bukanlah sedemikian, Sesungguhnya orang yang Kaya itu ialah mereka yang Kaya jiwanya manakala orang yang susah, fakir itu ialah mereka yang kosong jiwanya ” (Sahih ibn Hibban, no 685. Mustadrak al-Hakim, no 7929).
Demikianlah jika hidup seseorang yang sentiasa sibuk mencari habuan nikmat Dunia, tanpa menghiraukan kehendak Agama. Hingga terlupa untuk mencari bekalan keperluan Akhirat. Keadaan di Akhirat kelak seperti orang yang muflis. Rugi seruginya. Manakala bagi mereka yang hidupnya di dunia dinikmati juga nikmat dunia dan sentiasa diambil peduli kehendak Agama. (Kesibukan mengurus urusan Keduniaan tidak melalaikan mereka daripada menunaikan tanggungjawab Akhirat) Mereka mengetahui nikmat hidup dunia hanya sementara, oleh itu mereka tidak lupa untuk memenuhkan jiwanya dengan bekalan Iman dan Taqwa. Mereka akan beroleh hasil yang amat mengembirakan (Syurga), dan itulah Nikmat yang dinanti-nanti.
• Keimanan pada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar (Ketentuan Baik dan Buruk datangnya dari Allah).
• Amal Soleh ialah melaksanakan perkara-perkara wajib, menjauhi perkara-perkara maksiat dan melakukan Kebaikan.
• Memberi Nasihat agar menurut Kebenaran ialah memberi bimbingan kepada orang lain dengan perkara-perkara yang pasti dan menggesa mereka supaya Mentauhidkan Allah dan Beramal dengan ajaran Al-Quran, berdakwah kepada Agama Allah, memberi nasihat, menyuruh orang lain supaya melakukan perkara-perkara yang baik, melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar, disamping mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri. Saidina Umar ra pernah Berkata : “Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kepada saya kelemahan saya”.
• Memberi nasihat supaya Bersabar ialah agar sebahagian Umat Manusia menasihati sebahagian yang lain supaya mentaati Allah. Bersabar dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah Redha dengan Qada’ dan Qadar dalam menghadapi sesuatu Musibah dan Ujian. (Tafsir al-Munir, Dr Wahbah az-Zuhaily)
(01.20 pm. 7.2.2011)

Firman Allah swt : Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang Beriman dan Beramal soleh, dan mereka pula Berpesan-pesan dengan Kebenaran serta Berpesan-pesan dengan Sabar. (Al-'Asr 1,2,3)
• Keimanan pada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qada’ & Qadar (Ketentuan Baik dan Buruk datangnya dari Allah).
• Amal Soleh ialah melaksanakan perkara-perkara wajib, menjauhi perkara-perkara maksiat dan melakukan Kebaikan.
• Memberi Nasihat agar menurut Kebenaran ialah memberi bimbingan kepada orang lain dengan perkara-perkara yang pasti dan menggesa mereka supaya Mentauhidkan Allah dan Beramal dengan ajaran Al-Quran, berdakwah kepada Agama Allah, memberi nasihat, menyuruh orang lain supaya melakukan perkara-perkara yang baik, melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar, disamping mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri. Saidina Umar ra pernah Berkata : “Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan kepada saya kelemahan saya”.
• Memberi nasihat supaya Bersabar ialah agar sebahagian Umat Manusia menasihati sebahagian yang lain supaya mentaati Allah. Bersabar dan tidak melakukan maksiat. Dalam masa yang sama mereka hendaklah Redha dengan Qada’ dan Qadar dalam menghadapi sesuatu Musibah dan Ujian. (Tafsir al-Munir, Dr Wahbah az-Zuhaily)
(01.20 pm. 7.2.2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan