Umur kita makin hari makin meningkat, ada dikalangan kita yang sudah dijemput Malaikat Izrail. Kita semua akan dijemput jua nanti. Bila, dimana dan bagaimana keadaannya hanya Allah swt yang tahu.
Kita semua sememangnya menginginkan menjadi orang yang sentiasa patuh pada Perintah Allah & Rasulnya. Kerana kita semua mengetahui akan pastinya ada nikmat dan siksaan di Akhirat kelak. Kita tahu nikmat melakukan larangannya adalah buruk balasannya kelak. Kita tahu perit menahan nafsu adalah kesenangan yang kekal telah dijanjikan kelak. Tetapi kelalaian hiburan fitnah dunia hari ini melupakan kita segalanya. Melemahkan Iman kita.
Jadi kekuatan Iman itu perlu dibina pada diri. Supaya kuat melawan fitnah dunia. Perlunya menjauhi dari dimurkainya, tunduk akan segala perintahNya, meyakini segala hikmah laranganNya. Seterusnya sentiasa memohon kekuatan & ketetapan hati dalam mentaatiNya.
Walaupun kita keseorangan sibuk untuk beramal, melaksanakan, mengambil berat soal cara Hidup Islam, disamping orang lain sibuk mengejar kenikmatan Dunia tanpa menghiraukan ketetapan Allah. Ia tidak sekali2 melemahkan Allah. Allah swt itu Maha Kuat. Ia jua tidak melemahkan iman kita, janganlah berputus asa. Yakinlah akan janji2 Allah swt.
* Masalah pendedahan Aurat hari ini sudah menjadi perkara biasa. Perempuan yang sempurna Auratnya dianggap ketinggalan zaman, diejek dan bermacam anggapan yang mengaibkan. Lahir rasa malu untuk mempertontonkan pakaian yang digariskan Syara’ hingga yang mengaji Agama pun turut malu. Kefahaman masyarakat sudah rosak, pakaian ketat, jarang, terbelah dan berbagai fesyen rekaan barat dipertontonkan. Wujudnya mereka yang bertudung tapi ketat, bertudung tapi kain terbelah dan banyak lagi pemakaian yang mengaibkan Islam.
* Jika saudara masih suka mendedahkan Aurat, saudara sendiri yang telah menyebabkan pintu hati saudara ditutupi, diliputi oleh dosa tiap2 kali saat kaum Adam melihatnya. Dalam masa yang sama sememangnya saudara sudah tahu akan balasan dosanya. Saudara telah membiarkan syaitan yang sebenarnya menjadi musuh, menjadi teman saudara tanpa disedari.
* Tiap2 dosa yang dikerjakan akan menyukarkan hati untuk menerima hidayah, peringatan dari Allah swt. Pelbagai alasan akan diberikan, terasa susah, serabut bila diperintah menutupnya. Ini kerana hati sudah ditutup oleh perkara2 maksiat. Padahal ianya telah jelas kebaikan hikmah laranganNya itu. Jadi perlunya saudara menyempurnakan Aurat, ianya ketetapan dari Allah.
* Tahukah anda saudara2 muslim kita di Negara Eropah mereka disekat dari menyempurnakan aurat, mereka tidak dibenarkan untuk menutupnya. Kita hari ini tiada gangguan itu, namun keadaannya menggalakkan lagi supaya didedahkan aurat2, diiklankan fesyen2 yang meruntuhkan akhlak Islam. Pemimpin2 negara sendiri menunjukkan cara hidup Islam yang berpaling dari Islam yang sebenar.
* Mungkin saudara yang masih suka mendedahkan aurat, sememangnya ia berharap, menginginkan supaya kaum lelaki tertarik dengan aurat yang dipamerkan, untuk meransang lagi keinginan mereka. (Nauzubillah minzaalik : Mohon dijauhkan dari perkara sedemikian). Kerana saudara telah menghalalkan diri untuk disambar Neraka kelak. Padahal Nabi saw telah mengingatkannya. Janganlah kita meremehkan soal Azab Neraka, panasnya cukuplah anda membayangkan diri anda dibakar dengan api dunia, 1 hari disana bagai 1000 hari dunia. Betul tiap2 Muslim akan ke Syurga jua akhirnya, namun jika itu yang saudara inginkan. Saudara fikirlah sendiri. Allah swt & Rasulnya sentiasa memperingatkan kita supaya bertaqwa padaNya, memelihara diri dari Azab Neraka kelak. Oleh itu Perlunya kita untuk sentiasa berusaha sebolehnya menghindari diri dari perkara yang menjadi bahan NerakaNya.
* Tiap2 hari beroleh dosa percuma, kita bimbang dosa2 tersebut lebih berat timbangannya di Akhirat kelak. Atau mungkin saudara rasa jika berpakaian menigkut Syara’ tiada lagi lelaki datang untuk menegur, mengajak keluar, berdating dan melakukan pelbagai bentuk maksiat lagi. Mengapa hingga sedemikian rupa. Hingga sayang untuk meninggalkan perkara yang dimurkai Allah. Suka kepada perkara maksiat. Nauzubillah min zaalik.
* Sudah pasti bila berlakunya kes rogol, cabul dan sebagainya. Saudara akan menjerit, menyesal. Atau sebenarnya itulah kehendak hati saudara sebenarnya. Segalanya sudah menjadi perkara biasa. Tak termasuk lagi masaalah pelacuran.
* Tahukah saudara ramai mana lelaki yang sakit, menahan keinginan nafsu mereka kerana fitnah aurat2 yang dipamerkan.
Saudaraku sekalian, jika selepas berakhir hidup ini tiadanya Hari Akhirat, tiadanya hari Perhintungan, Syurga & Neraka. Saya pun tak rasa bertanggungjawab untuk sibuk mencampurinya. Tetapi ianya ada kaitan dengan kehidupan Akhirat kita kelak. Orang2 kafir menganggap Dunia adalah Syurga mereka, mereka memuaskan sepuas-puasnya nafsu mereka untuk merasa Nikmat dunia. Perhintungan Akhirat tiada dalam kepala mereka.
Saudaraku sekalian, Al-Quran telah menceritakan, memperingatkan kisah Umat2 Nabi terdahulu yang meninggalkan cara hidup Islam, tatkla mereka melihat azab Allah, hadir penyesalan dari diri mereka & mereka meminta supaya dapat kembali kedunia sekejap untuk memperbetulkan segala kesilapan tersebut. Namun saat tersebut tiada lagi manfaatnya.

Marilah sama2 kita cuba & sentiasa untuk cuba merubah cara hidup kita berpandukan Islam seluruhnya.
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari azab Neraka.
Amin...
BalasPadam