Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka. (An-Nuur 31)
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (An-Nuur 31)
Sabda Nabi saw : Ada 2 golongan dari penduduk neraka yg keduanya belum pernah aku lihat. Yang Kedua : Para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan org dari kebenaran, berlenggang lenggok dalam perjalanannya. Kepala2 mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu. (Hr Muslim)

Hari ini kita melihat sebahagian besar WANITA MUSLIM masih :-
* Memakai pakaian yang nipis, jarang, ketat hingga kelihatan bentuk tubuhnya.
* Mempertontonkan auratnya sekaligus melanggar perintah Allah swt.
* Bermegah-megah diantara yang lain.
* Berlenggak-lenggok dalam jalannya dengan pakaian yang seksi.
* Bersolek, berhias berlebihan.
* Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
* Menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka.
* Wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan kepala dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu sehingga memdedahkan separuh tubuh mereka.
Saudaraku sekalian, kita hidup dibumiNya, kita hirup udaraNya, kita makan rezekiNya. Kita guna Nikmatnya. Mengapa kita sukar untuk melaksanakan perintahNya! Padahal untuk kebaikan kita jua. Malulah padaNya. Kita semua akan mengadapNya kelak. Fikirkanlah.
Hari ini kita melihat keadaan yang cukup parah, sehingga rasa malu nak mengajak pada perkara yang benar, malu untuk melaksanakan suruhanNya, tetapi tidak malu untuk mengerjakan laranganNya, bahkan menunjuk-nunjuk, bermegah-megah melakukan perkara yang dimurkaiNya.
Diantara punca berlakunya gejala pergaulan bebas yang melampau, zina, rogol dan sebagainya, adalah hasil dari mempamerkan aurat-aurat, sengaja menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikan untuk menarik perhatian kaum lelaki.
Kematian hadir tanpa disedari, sementara masih sedar, sama-samalah kita balik memohon ampun padaNya. Pintu taubat masih terbuka. Saling mengingatkan diri, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan masyarakat amnya mengikut kemampuan masing-masing. Sama-samalah kita berusaha melaksana perintah Allah swt dengan penuh keyakinan, tanpa rasa ragu-ragu. Ingatlah Azab itu sangat mengerikan. Janganlah kita meremehkannya.
Islam telah meletakkan etika dalam berpakaian :-
* Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita. Melainkan Muka dan tapak tangan.
* Pakaian itu mestilah longgar, tidak nipis, tidak jarang, tidak ketat.
* Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.
* Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
* Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang sehingga ke buku lali.
* Mesti memakai sarung kaki.
* Bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya.
* Tidak menyamai pakaian lelaki.
Sama-sama kita memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hati dalam melaksanakan suruhanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara diri dari segala perkara yang ditegahNya, janganlah berputus asa dalam melaksanakan suruhannya. Ujian hidup itu sentiasa datang, masuk Syurga itu bukan percuma, mestilah melalui pelbagai bentuk ujian, sentiasalah memohon padaNya agar diberi kekuatan. Mintalah ampun padanya segala keterlanjuran sebelum terlambat, agar tidak menyesal kelak.
" Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati2 kami di jalan agamaMu & dlm mentaatiMu. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia & kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari azab Neraka "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan