Dalam Kitab Syarah Sahih Muslim diterangkan Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah swt secara berterusan.

Saudaraku sekalian... Beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat dilaksanakan semua, janganlah ditinggalkan semuanya. Lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah atas dosa-dosa yang banyak kita lakukan dahulu.
Disaat letih dalam mengerjakan suruhanNya, ingatkan diri akan betapa nikmatnya ganjaran Syurga kelak. Disaat ingin merasa nikmat mengerjakan laranganNya, ingatkan diri akan betapa pedihnya balasan azab Neraka kelak.
Aku tahu Allah melihatku, kerananya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka ku perlu siapkan bekalan untuk berjumpa dengan Rabb-ku. - Hasan Albana
“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan