Sabtu, 14 Ogos 2010

Tutuplah dengan Sempurna.

Firman Allah swt : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). (Al-ahzab 59)

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka. (An-Nuur 31)

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (An-Nuur 31)

Sabda Nabi saw : Ada 2 golongan dari penduduk neraka yg keduanya belum pernah aku lihat. Yang Kedua : Para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan org dari kebenaran, berlenggang lenggok dalam perjalanannya. Kepala2 mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu. (Hr Muslim)



Hari ini kita melihat sebahagian besar WANITA MUSLIM masih :-

* Memakai pakaian yang nipis, jarang, ketat hingga kelihatan bentuk tubuhnya.
* Mempertontonkan auratnya sekaligus melanggar perintah Allah swt.
* Bermegah-megah diantara yang lain.
* Berlenggak-lenggok dalam jalannya dengan pakaian yang seksi.
* Bersolek, berhias berlebihan.
* Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka).
* Menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka.
* Wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan kepala dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu sehingga memdedahkan separuh tubuh mereka.

Saudaraku sekalian, kita hidup dibumiNya, kita hirup udaraNya, kita makan rezekiNya. Kita guna Nikmatnya. Mengapa kita sukar untuk melaksanakan perintahNya! Padahal untuk kebaikan kita jua. Malulah padaNya. Kita semua akan mengadapNya kelak. Fikirkanlah.

Hari ini kita melihat keadaan yang cukup parah, sehingga rasa malu nak mengajak pada perkara yang benar, malu untuk melaksanakan suruhanNya, tetapi tidak malu untuk mengerjakan laranganNya, bahkan menunjuk-nunjuk, bermegah-megah melakukan perkara yang dimurkaiNya.

Diantara punca berlakunya gejala pergaulan bebas yang melampau, zina, rogol dan sebagainya, adalah hasil dari mempamerkan aurat-aurat, sengaja menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikan untuk menarik perhatian kaum lelaki.

Kematian hadir tanpa disedari, sementara masih sedar, sama-samalah kita balik memohon ampun padaNya. Pintu taubat masih terbuka. Saling mengingatkan diri, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan masyarakat amnya mengikut kemampuan masing-masing. Sama-samalah kita berusaha melaksana perintah Allah swt dengan penuh keyakinan, tanpa rasa ragu-ragu. Ingatlah Azab itu sangat mengerikan. Janganlah kita meremehkannya.

Islam telah meletakkan etika dalam berpakaian :-


* Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita. Melainkan Muka dan tapak tangan.
* Pakaian itu mestilah longgar, tidak nipis, tidak jarang, tidak ketat.
* Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.
* Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
* Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang sehingga ke buku lali.
* Mesti memakai sarung kaki.
* Bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya.
* Tidak menyamai pakaian lelaki.

Sama-sama kita memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hati dalam melaksanakan suruhanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara diri dari segala perkara yang ditegahNya, janganlah berputus asa dalam melaksanakan suruhannya. Ujian hidup itu sentiasa datang, masuk Syurga itu bukan percuma, mestilah melalui pelbagai bentuk ujian, sentiasalah memohon padaNya agar diberi kekuatan. Mintalah ampun padanya segala keterlanjuran sebelum terlambat, agar tidak menyesal kelak.

" Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati2 kami di jalan agamaMu & dlm mentaatiMu. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia & kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari azab Neraka "

Berpakaian tetapi Telanjang.

Rasulullah saw bersabda : Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat. Yang Kedua : Para wanita yang berpakaian tapi telanjang, mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran, berlenggang lenggok dalam perjalanannya. Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang condong. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu. (Hr Muslim)


Maksud Hadis :

Berpakaian tapi telanjang : Mereka memakai pakaian yang nipis, sehigga kelihatan bentuk tubuhnya atau pakaian seksi dan semisalnya. Wanita seperti ini berpakaian tapi pada hakikatnya telanjang.

Maailat : Tidak mentaati perintah Allah, dan dari kewajipan-kewajipan berupa malu (mempertontonkan auratnya sekaligus melanggar larangan Allah) enggan memakai hijab. Mereka berlenggak-lenggok dalam jalannya dengan pakaian yang seksi dan memperlihatkan auratnya.

Mumiilat :
Memalingkan wanita lain, dengan mengajarkan kepada mereka bersolek, berdandan secara seronok (ala jahiliyyah) dan tidak menutup aurat, dengan berbagai macam cara. Memalingkan hati kaum lelaki dengan rayuan manis beracun iblis.

Kepala mereka seperti punuk unta : Menyanggulkan rambutnya keatas (kebanyakan wanita hari ini menggunakan rambut sambungan dan pasangan, padahal Allah swt melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkannya), seperti punuk unta.

Saudaraku sekalian, perhatikanlah amaran yang telah dinyatakan Nabi saw. Kita semua menginginkan kebahagian & kesenangan yang kekal di Akhirat sana, janganlah dengan nikmat dunia yang sementara ini melalaikan kita tentang pastinya alam akhirat dan menjadikan hamba yang mendapat kecelakaan disana. Biarlah susah sedikit keranaNya untuk menghindari kesusahan yang dasyat nanti.

Amat menyedihkan bila melihat nasib masyarakat hari ini, keadaan yang cukup mengaibkan, perasaan malu sudah tiada lagi, saling bermegah-megah diantara yang lain, bahkan rasa malu untuk menutup aurat.

Saudaraku sekalian, mati itu datangnya mengejut. Janganlah sampai kita tak bersedia menghadapinya. Ingatlah tujuan sebenar hidup ini, Renungilah dan fikirlah betul-betul. Azab itu sangat mengerikan. Ingatlah kisah umat-umat terdahulu. Mereka mengetahui segala Perintah yang dibawa Rasul-rasul mereka adalah benar, tetapi sikap angkuh, sombong merekalah yang menyebabkan kecelakaan penghujungnya. Kita semua akan mengadapnya jua nanti. Laksanakanlah suruhanNya.

Sama-sama kita memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hati dalam melaksanakan suruhanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara diri dari segala perkara yang ditegahNya, janganlah berputus asa dalam melaksanakan suruhannya. Ujian hidup itu sentiasa datang, masuk Syurga itu bukan percuma, mestilah melalui pelbagai bentuk ujian, sentiasalah memohon padaNya agar diberi kekuatan. Mintalah ampun padanya segala keterlanjuran sebelum terlambat, agar tidak menyesal kelak.

Wahai wanita-wanita sekalian, jadilah anda wanita yang solehah, yang betul-betul menyerikan dunia ini dengan kelembutan dan kecantikan yang telah dituntut oleh Islam.

Sabda Nabi saw : Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hr Muslim)

" Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati2 kami di jalan agamaMu & dlm mentaatiMu. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia & kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari azab Neraka "

Wangian sehingga Menggoda.

Kebiasaan yang menjadi fenomena umum di kalangan wanita pada hari ini keluar rumah dengan menggunakan wangian yang melampau, sehingga menjadikan laki-laki tergoda kerana umpan wangian yang menghampirinya. Rasulullah saw amat keras memperingatkan masalah tersebut. Beliau bersabda :

Perempuan manapun yang menggunakan wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina. (Hr Ahmad)


Sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini, sehingga sembarangan memakai wangian. Tidak mempeduli keadaan di sekelilingnya. Bahkan semua ini adalah untuk menjaga wanita itu sendiri dari diganggu dan sebagainya.

Semua yang dilarang itu ada hikmahnya. Di dalam masalah ini, syariat islam amat menekankan sehingga ada wanita yang hendak keluar ke masjid dengan memakai wangian juga dilarang.

Sabda Nabi saw : Perempuan manapun yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid, dengan tujuan agar wangiannya tercium orang lain maka shalatnya tidak diterima sehingga ia mandi sebagaimana mandi jinabah. (Hr Ahmad)

Syariat islam memberikan batasan, wangian yang dibolehkan ialah wangian yang sekadar menghilangkan bau badan dan tidak ke sampai tahap menggoda laki-laki. Sentiasa berjaga-jagalah.

Masyarakat hari ini mereka amat suka bermake-up berlebih-lebihan apabila hendak keluar rumah, seperti ke pejabat, pusat membeli-belah, majlis-majlis kenduri dan sebagainya. Bahkan yang dianjur di dalam islam ialah kita bermake-up, memakai wangian untuk suami kita supaya sentiasa nampak lebih cantik & menawan, itulah yang dituntut oleh syara’ supaya rumahtangga sentiasa dalam keaadan ceria.

Demikian itu, janganlah kita menganggap islam itu menyusahkan kita, bahkan setiap yang dilarang itu ada hikmahnya. Sabarlah dalam menunaikan hakNya, jangan dituruti hawa nafsu.

Sama-sama kita memohon kepada Allah swt ketetapan hati dalam melaksanakan suruhanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara diri dari segala perkara yang dilarangNya, janganlah berputus asa dalam melaksanakan suruhannya. Azab neraka itu sangat pedih, ingatlah nikmat yang dikecapi ini akan luput waktunya, Biarlah susah sedikit keranaNya untuk menghindari kesusahan yang besar disana nanti.

" Ya Allah, ampunilah aku, belas kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, lindungilah dari apa yang tidak kuinginkan dan berilah rezeki kepadaku "

" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari azab Neraka "

Selasa, 10 Ogos 2010

رمضان كريم



Alhamdulillah, syukur padaNya masih diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah Puasa tahun ini, adanya rezeki untuk bersahur, berbuka, sihat tubuh badan untuk bangun membaca al-Quran, bertarawih, qiamullail & mengerjakan amalan-amalan yang lain.

Sama-samalah kita bersyukur pada Allah atas nikmat agama, akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya. Tidakkah kita mengetahui ada diantara kita yang hilangnya akalnya, terampas kesihatannya, buta penglihatannya, pekak telinganya, lumpuh badannya atau ditimpakan pelbagai bentuk bencana. Justeru itu, dibulan Ramadhan yang Mulia ini. sama-sama kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan. Sama-sama kita merebut ganjaran, kelebihan yang dihidangkan.

Saudaraku sekalian. Solat itu jika dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat & penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Begitu juga dengan Ibadah Puasa, jika ia dilakukan dengan penuh keimanan dan mengharap redha Allah swt, ia dapat menjadikan kita hamba yang bertaqwa dan menambahkan lagi keimanan, mahabbah kita kepada Allah swt dalam melaksanakan perintahNya & menjauhi laranganNya.

Sebahagian besar insan yang bergelar muslim hari ini masih :-

- Meninggalkan solat.
- Pergaulan yang bebas.
- Aurat didedahkan.
- Lupa akhirat, leka dengan dunia.
- Zina, rogol, judi, arak, rompak, samun, riba.
- Memberi sokongan pada kerajaan membelakangkan perintah Allah.
- Salah guna kuasa, zalim, membelakangi Hukum Allah, dan pelbagai bentuk kemungkaran lagi.

Saudaraku sekalian. Di Bulan yang mulia ini kita semua telah dijemput menjadi tetamu Allah, banyak fadhilat yang dihidangkan, diberi pahala yang sangat besar dan diampunkan segala dosa-dosa kita. Sama-samalah kita meninggalkan perbuatan maksiat, keji yang dimurkaiNya itu. Kita merubah diri kearah jalan yang diredhaiNya. Moga-moga segala ibadah yang dilaksanakan ini diterimaNya & menjadi penyelamat dari azab nerakaNya.

Sama-sama kita balik pada Islam keseluruhannya, tanpa memilih-milih dalam melaksanakannya. Tidak ada jalan lain yang dapat menyelamatkan manusia di dunia & akhirat melainkan kembali kepada sistem Pentadbiran Islam. Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber Rujukan.

Akhirnya, renungilah sabda Nabi saw yang bermaksud : Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, redha dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim)

Selamat Menjalani ibadah Puasa buat muslimin & muslimat sekalian, moga kita semua mencapai tujuan dan hikmahnya.

" Ya Allah! Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pemaaf, Pengampun, kasih kepada kemaafan maka maafkan, ampunkanlah aku ".

Isnin, 9 Ogos 2010

Kenapa wanita Islam WAJIB Menutup Aurat ?

Ianya adalah Perintah dari Allah swt.

Dia yang Menciptakan Kita, maka Dialah yg berhak mengatur Segalanya. Dia Maha Mengetahui apa Keperluan Makhluk ciptaanNya. Janganlah kita terlalu banyak Mempersoalkan Perintah yang telah DitetapkanNya. Bahkan meremehkannya dan membelakangi perintahNya. Setiap perkara yang ditegah sudah tentu ada hikmah disebaliknya. Firman Allah swt :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya. (Al-Baqarah 286)


Wahai Nabi, suruhlah ISTERI-ISTERIMU dan ANAK-ANAK PEREMPUANMU serta PEREMPUAN-PEREMPUAN yang BERIMAN, supaya melabuhkan Pakaiannya bagi Menutup seluruh Tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang Baik-Baik) maka dengan itu mereka tidak Diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)

Setiap umat diutuskan Allah swt Rasul. Untuk mengajak Manusia ke jalan yang diredhaiNya, jalan yang Membawa kebahagian Dunia & Akhirat. Semua para Rasul mengajak ke jalan yang Sama iaitu (Menyembah Allah swt dan Menjauhi perkara Taghut) mentaati segala suruhanNya, meninggalkan laranganNya.

Perintah Menutup Aurat ini ditujukan kepada ISTERI-ISTERI Nabi, ANAK-ANAK PEREMPUAN serta PEREMPUAN-PEREMPUAN yang BERIMAN sekalian supaya Menutupnya. Ia tidak terkecuali Seorangpun. Ianya Wajib dilaksanakan. Janganlah kita Meremehkannya, Ingatlah Azab Neraka itu sangat memedihkan.

Hidup ini adalah Nikmat yg diberi pinjam buat Sementara waktu, padaNya jua kita akan Pulang, Mati itu bila-bila masa, jgn ditangguhi untuk balik bertaubat padaNya. laranganNya itu ada kebaikannya, Supaya tidak mudah diganggu, menjaga kehormatan Wanita itu sendiri. Ia juga dapat memelihara Diri dari terjebak kpd dosa-dosa yg lain. Dia Maha mengetahui apa keperluan Makhluk yg diciptaNya, Yakinlah padaNya.

Renungilah Sabda Nabi saw:

Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr Tarmizi)

Isnin, 2 Ogos 2010

Aku tahu Allah melihatku.

Sabda Nabi saw : Wahai sekalian manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. (Hr Muslim)

Dalam Kitab Syarah Sahih Muslim diterangkan Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah swt secara berterusan.


Saudaraku sekalian... Beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat dilaksanakan semua, janganlah ditinggalkan semuanya. Lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah atas dosa-dosa yang banyak kita lakukan dahulu.

Disaat letih dalam mengerjakan suruhanNya, ingatkan diri akan betapa nikmatnya ganjaran Syurga kelak. Disaat ingin merasa nikmat mengerjakan laranganNya, ingatkan diri akan betapa pedihnya balasan azab Neraka kelak.

Aku tahu Allah melihatku, kerananya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka ku perlu siapkan bekalan untuk berjumpa dengan Rabb-ku. - Hasan Albana

“ Wahai Tuhan kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "