Selasa, 27 September 2011

Dialog seorang pelajar Muslim.


Seorang Cikgu, Guru bukan Islam bertanyakan pelajarnya.

Guru : Adakah kamu nampak Meja ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Papan Hitam ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Pen ini?
Pelajar : Ya.
Guru : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Guru : Adakah kamu nampak Allah?
Pelajar : Tidak.
Guru : sudah tentu, Allah itu tidaklah wujud kerana tak dapat dilihat disini.

Lalu bangun seorang pelajar Muslim dan berdialog juga dengan pelajar tadi.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak Pen ini?
Pelajar tadi : Ya.
Pelajar Muslim : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak Meja ini?
Pelajar tadi : Ya.
Pelajar Muslim : sudah tentu, kerana ia ada dan dapat dilihat disini.

Pelajar Muslim : Adakah kamu nampak akal Cikgu, Guru?
Pelajar tadi : Tidak.
Pelajar Muslim : sudah tentu, Guru itu tidak ada akal kerana tak dapat dilihat disini.

Masaalah Hidup, bagaimana Hubungan kita dengan Allah.

Kadang-kadang kita pernah, selalu mengeluh kenapa banyak sangat masaalah dalam Hidup ini. Berbagai Musibah, kecelakaan berlaku, jiwa selalu serabut, demikian kita lupa ketika itu untuk berfikir, memerhatikan bagaimana Hubungan kita dengan Allah swt, bagaimana dengan Perintah dan Larangan Allah, Hukum-Hukum yang telah ditetapkan Allah. Adakah sudah dipatuhinya atau sebaliknya ? Andai masih lagi membelakanginya, memang patut hadirnya masaalah, musibah dan rasa tidak tenang itu, mudahan supaya kita sedar, berubah menginsafinya. Namun masih Ramai yang masih tidak ingin memahaminya.


Ramai lagi yang masih:

Solat diremehkan, ditinggalkan.
Aurat didedahkan, pakaian ketat, sendat, sempit, jarang, terbelah dan sebagainya dibiasakan.
Bergaul, Bersentuhan Bebas, Berkhalwat.
Derhaka pada Ibu Bapa.
Lalai, leka dengan Hiburan-Hiburan, Permainan-Permainan Dunia.
Lupa tentang Kematian, Akhirat.

Dan sekiranya jika kita sudah patuh, selalu menjaga batas-batas, hukum-hukum Agama. Namun banyak juga masaalah, musibah berlaku dalam Hidup kita, itu adalah Ujian dari Allah. Diuji tahap kesabaran kita, diuji untuk memberi, menambahkan, meninggikan lagi pahala, darjat jika kita mampu Sabar. Tiap Orang diuji dengan tahap Keimanan masing-masing. Mungkin kadang kita rasa Diri, Hidup kita agak malang, demikian cuba lihat saudara-saudara kita yang lain yang cukup lagi teruk dan cuba baca kisah-kisah Ulama', para Sahabat dan Nabi-Nabi terdahulu. Bagaimana Ujian dari Allah keatas mereka. Jika nak dibanding, dikira tentang pelihara Perintah dan Larangan Allah, sudah tentu amat-amat jauh bandingan kita yang banyak Dosa dan Kurang amal ini. Lihat kisah tentang Nabi Ayub yang diuji dengan Penyakit, Nabi Yusuf yang diFitnah, Nabi Muhammad saw dan banyak lagi, kisah sahabat-sahabat, para Ulama', mereka semua pernah diuji dengan Kesakitan, Kelaparan, Kematian, diBunuh, diSiksa, diZalimi.

‎Andai mungkin ada yang merasa tak perlu sangat nak memerhatikan tentang perkara ini, (Hubungan, perintah dan larangan Allah dalam Hidup) mereka rasa keadaan itu mereka mampu menerimanya, yakni mereka rasa dapat beroleh kembali ketenangan Hidup, mereka rasa tak mengapa dan dapat Hidup, dapat gembira, senang juga tanpa taat pada Perintah Allah. Demikian sifat-sifat ini mohon dijauhkan, (nauzubillah min zaalik) kerana sudah sama tarafnya seperti Firaun, Qarun yang sombong, Angkuh, takabbur dengan Nikmat, pemberian Allah, tak Bersyukur, derhaka pada Allah swt. Inilah yang dipanggil (Istidaraj) diberikan rasa Nikmat, dan dengan Nikmat tersebut mereka dilupakan Allah dan sedang mereka anggap itu tanda Allah masih sayangkan mereka. (nauzubillah min zaalik) mohon dijauhkan sifat sebegini.