Jumaat, 18 Julai 2014

Hindari dosa fitnah media FB.

 

Assalamualaikum. Nasihat buat diriku dan yang sudi membacanya. Marilah kita memelihara dan mengawasi selalu diri dari dosa mengumpat, berkata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, menghina, mengutuk dan seumpamanya lagi. Apa yang kita telah like, komen, dan kongsikan. 

Terutama lagi dibulan Puasa ini, marilah kita bermuhasabah adakah Puasa kita telah benar-benar menjadi perisai dari ucapan-ucapan buruk? Adakah Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga? Sesungguhnya kita telah sedar atau tidak sebenarnya! FB ini telah banyak menyebabkan kita sangat mudah terjebak melakukan dosa-dosa mengumpat, berkata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, menghina, mengutuk dan sebagainya lagi.

Lihat komen dan status kita! Jom sahabat-sahabat muhasabah..! Bercakap yang baik atau diam. Diam yang jahil dari bercakap. Diam dari terlalu banyak bercakap. Diam itu lebih besar keuntungannya, umpama bagaimana kita menjaga apa makanan yang telah masuk ke dalam perut kita, begitulah apa yang telah bebas kita ungkapkan, ada kesannya. Belajarlah untuk diam dan abaikan yang tidak perlu. 

Memang untuk mengawal mulut dan meluahkan komen yang negatif itu amat sukar, namun demikianlah banyak Hadis-Hadis Nabi SAW telah pun tegas mengingatkan ancaman tentangnya dan besar ganjaran sesiapa yang selamat dari penyakit ini!. Moga kita terus segera bangkit mengawal sifat kebiasaan yang buruk ini, bimbang di hari perhintungan kelak Muflis segala amal baik kita.


20 Ramadhan 1435 H bersamaan 18 Julai 2014 M 
Jumaat, 11.40 pm. Ipoh, Perak.

Rabu, 16 Julai 2014

Cabaran Kerja.

Assalamualaikum semua, sekadar kongsi tentang kerja harian hidup. Artikel pun memang tak sempat untuk fokus tulis. 




Cabaran paling besar sekarang dialam pekerjaan yang dilalui; 

1. Semua perkara yang baru perlu dipelajari. 
2. Semuanya pula urusan besar-besar dan penting-penting wajib dipelajari. 
3. Ditambahi pula masa yang cepat diinginkan. 
4. Mendapat komen negatif yang banyak dan tiada pula sokongan, dokongan dan kerjasama yang baik. 

InshaAllah, yang baik teruskan. Tiada kebaikan yang sia-sia, apatah lagi apabila kita mengingati adanya hubungan iman kepada Allah iaitu sebagai ibadah dalam menunaikan amanah hidup ini dengan saling menaikkan Imej Islam yang mulia dan tinggi ini. 

18 Ramadhan 1435 H bersamaan 16 Julai 2014 M 
Rabu, 4.00 pm. Ipoh, Perak.