Jumaat, 18 Julai 2014

Hindari dosa fitnah media FB.

 

Assalamualaikum. Nasihat buat diriku dan yang sudi membacanya. Marilah kita memelihara dan mengawasi selalu diri dari dosa mengumpat, berkata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, menghina, mengutuk dan seumpamanya lagi. Apa yang kita telah like, komen, dan kongsikan. 

Terutama lagi dibulan Puasa ini, marilah kita bermuhasabah adakah Puasa kita telah benar-benar menjadi perisai dari ucapan-ucapan buruk? Adakah Puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga? Sesungguhnya kita telah sedar atau tidak sebenarnya! FB ini telah banyak menyebabkan kita sangat mudah terjebak melakukan dosa-dosa mengumpat, berkata keji, fitnah, dedah dan sebar aib, menghina, mengutuk dan sebagainya lagi.

Lihat komen dan status kita! Jom sahabat-sahabat muhasabah..! Bercakap yang baik atau diam. Diam yang jahil dari bercakap. Diam dari terlalu banyak bercakap. Diam itu lebih besar keuntungannya, umpama bagaimana kita menjaga apa makanan yang telah masuk ke dalam perut kita, begitulah apa yang telah bebas kita ungkapkan, ada kesannya. Belajarlah untuk diam dan abaikan yang tidak perlu. 

Memang untuk mengawal mulut dan meluahkan komen yang negatif itu amat sukar, namun demikianlah banyak Hadis-Hadis Nabi SAW telah pun tegas mengingatkan ancaman tentangnya dan besar ganjaran sesiapa yang selamat dari penyakit ini!. Moga kita terus segera bangkit mengawal sifat kebiasaan yang buruk ini, bimbang di hari perhintungan kelak Muflis segala amal baik kita.


20 Ramadhan 1435 H bersamaan 18 Julai 2014 M 
Jumaat, 11.40 pm. Ipoh, Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan