Sabtu, 30 November 2013

Kesedaran dalam Mendidik.

 

1. Alhamdulillah, segala lafaz pujian kepada Allah SWT atas segala bentuk kurniaan-Nya kepada kita. Ingin saya mengongsikan sedikit pesanan dari fb Ustazah Fatimah Syarha degan sedikit selingan tambahan tentang kesedaran untuk bermuhasabah dalam kita mendidik. 

2. Kita banyak kali buatdosa dengan Allah. Tidak ikut peraturan Allah danRasul. Allah tidak turunkan bala serta merta. Dingatkan dulu. Diterang. Diberi peluang. Diberi jalan. Para Nabi-Nabi yang menjadi penerang. Yang terus bersabar melaluinya. 

3. Begitulah anak atau isteri atau adik atau pelajar atau orang bawahan ada buat silap dengan kita, masih degil dan melakukan silap. Wajarkah kita turunkan hukuman berat serta merta sebelum lalui proses yang panjang untuk terang, didik dan beri peluang dahulu? 

4. Mendidik itu adalah menerang, memantau, melatih dan juga menghukum. Mendidik itu adalah selalu. Jika tidak letih belajar, maka tidak berjaya. Jika tidak rasa dan tahan letih, susah dan sabar dalam mendidik, kita tidak akan berjaya. 

5. Andai kita menyuruh anak atau isteri atau adik atau pelajar atau orang bawahan kita melakukan kebaikan, insaf, sedar, bertaubat dan bermuhasabah berubah kearah yang lebih baik. Maka kita lebih lagi perlu melakukan kebaikan, insaf, sedar, bertaubat dan bermuhasabah berubah kearah yang lebih baik. 

6. Sebagai orang atas, ketua atau guru-guru. Perlu saling berpesan dalam tiap teguran, tujuan dan matlamat yang sama dihasyratkan. Supaya pelajar nampak kesungguhan dan kecaknaan dari guru-guru kerana semuanya memberikan peringatan yang sama. 

7. Buat yang baik dan betul kepada anak-anak atau pelajar kita. Hari yang pasti berlalu. Masa dan keadaan akan berubah. Kelak mereka akanbesar, pandai berfikir, mengkaji, membaca, belajar, dan dapat membezakan. Ilmu pengetahuan yang memberi perubahan. Ilmu pengetahuan yang memberi kekuatan. Mereka akan mengingatinya semula. Tahu mana yang baik dan buruk. Tahu menilai kesungguhan dan pengorbanan. Jangan kita tipu, menghina, mengutuk dan buat perkara yang tidak baik dan jangan ingat mereka selama-lamanya masih budak. Menghormati dan melakukan kebaikan tanpa mengira tahap ilmu dan umur. Buang ego dalam hak-hak yang disuruh Allah danRasul. 

Sekian, terima kasih sudi membaca. 


27 Muharram 1435 H bersamaan 01 Disember 2013 M 
Ahad, 02.50 pm. Ipoh, Perak.

Isnin, 25 November 2013

Konsert? Pas untuk semua?

Alhamdulillah...

1. Ingin juga saya memberikan sedikit pendapat berkaitan konsert yang menjadi kejutan buat para ahli Pas. Dan berbagai pendapat telahpun kita lihat dan baca dari kalangan agamawan dan ramai lagi yang lain mengikut pengalaman dan ilmu yang dimiliki masing-masing. Benar ia juga sangat mengejutkan.

 2. Amat sukar lagi untuk diterima dari kalangan ahli-ahli pas yang telah terlalu ta'asub dengan pas, pakcik-pakcik dan makcik dikampung yang tidak melayan ruang media seperti kebanyakan muda-muda hari ini. Mereka sangat sensitif dengan hal sebegini kerana telah lama pas dikenali dengan sangat menekankan soal batas Nyanyian, Akhlak, Rock dan seumpamanya lagi seperti itu.

3. Secara pengalaman dari diri sendiri. Setiap kita sudah pasti ada masa lampau dan perubahan demi perubahan telah terjadi dalam hidup kita. Apa yang membawa kepada perubahan kearah semakin dekat Agama adalah bukan kerana tarikan dan pendekatan yang dibuat oleh orang lain atau satu kumpulan yang membawa perkara sangat kurang baik dan ia disukai saya. Namun ia terkesan dan tertarik dengan ilmu Agama, mempelajarinya dan nampak jalan hidayah dan bagaimana syariat yang betul. Suatu perubahan itu adalah pengorbanan.

4. Perlu lebih lagi kepada penerangan dakwah yang penuh hikmah dan rahmatnya Islam dari Allah. Dengan kisah Al-Quran dan Hadis yang banyak memberi tarikan dan kesedaran. Masih tidak diterima dan dihirau mereka, kita terus cari jalan menyampaikan dengan baik. Boleh dicari pendekatan lain lagi, namun tidaklah perlu sampai kepada sama melakukan perkara yang mereka lakukan. Dan mestilah kita ingat, asasnya dan mesti juga kembali kepada tarikan dan pendekatan yang cantik telah ditunjuk dari Al-Quran dan Hadis.

5. Apapun terpulang atas ilmu dan pengalaman masing-masing yang boleh menjadi penilaian dan perbincangan akal kita dalam membaca dan memahaminya.

6. Ini juga menunjukkan betapa perihatinnya ahli-ahli Pas dan walau yang tidak menyokong untuk kekalkan prinsip dan dasar pas dalam memperjuangkan Islam yang syumul ini. 



21 Muharram 1435 H bersamaan 25 November 2013 M 
Isnin, 09.15 pm. Ipoh, Perak.