Khamis, 9 Ogos 2012

Hanya Doa, kembalikan Kekuatan.

1. Melihat bermacam-macam keadaan dunia. Berbagai pengaruh dan ideologi diakui itulah yang benar dan disebarkannya. Kebenaran dan kebathilan, dosa dan pahala bercampur. Terlalu amat banyak perselisihan dan kekeliruan. Tiada lain, hanya doa, munajat penyerahan kepada Allah semutlaknya diadukan. 

2. Kita telah sentiasa berusaha dan sentiasa menjaga perintah Allah. Namun keadaan hal dunia hari ini, yang terjadi disekeliling kita, benar-benar selalu amat kuat menggoyahkan iman kita. Ia kadang datang cuba memesongkan dan meragu-ragukan kita. Kadang mari terfikir, “betulkah aku, atau aku yang salah dan tersesat sebenarnya”. Ruang media yang sudah bebas dan hal dosa yang tiada lagi sekatan dan ancaman. Bahkan dipersoalkan hak bila menegurnya.



3. Hanya doa, untuk kembalikan semula kekuatan kita. Untuk kebenaran ini. Untuk terus tabah dan tetap mentaaati Allah. Dari doa, memohon petunjuk dari Allah yang Berkuasa dan Maha Mengetahui segala kejadian ini. Ada kesannya, ada bantuan dan jawapan bagi segala kekusutan hasutan fikiran yang menggoyahkan iman ini. Nabi saw pesan: “Jagalah perintah Allah, nescaya pasti Allah menjaga engkau”. (Hr at-Tirmidzi, hasan sahih) 

4. Demikian, doa merupakan senjata bagi kita orang mukmin. Kekuatan yang paling hebat dan canggih sekali. Perlu kita sentiasa melaziminya. Terlalu banyak keajaiban dari doa ini. Ia mampu dan mudah mengubah dari apa yang kita tidak sangka. Kadang Ia menghadirkan perasaan dan perubahan yang mengejut. Ini punya tanda, isyarat yang besar bagi hati orang-orang yang beriman. 

5. Bersihkan hati kita, dan marilah kita lazimi sebahagian doa-doa dari dari Al-Quran dan Hadis ini:




اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ، صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 

“Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu”. (Hr Muslim)

 اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

 “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami pada agama-Mu”. (Hr at-Tirmidzi, Ahmad, ibn Abi ‘Asim - dinilai sahih)

 اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 

 “Ya Allah, Tuhan malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkau yang menetapkan hukuman antara hamba-hamba-Mu dalam perkara yang mereka perselisihkan. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang diselisihkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (memberi hidayah) sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Hr Muslim)

 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّه وَلاَ تَكِّلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْن 

 “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu, aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusan hidupku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walau sekelip mata”. (Hr an-Nasaai, dinilai sahih oleh al-Albani)

 اللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

 “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih)

 رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (segala kurnia). (Surah Ali-'Imran 8) 

“Doa, ubat penyakit zahir dan batin” “Doa, hadir Kekuatan” 

6. Rasa sakit, sedih, kecewa dan segala serba kesusahan dan kekurangan itu, ujian buat orang-orang beriman. Firman Allah swt: 


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Al-Baqarah 155-157)




Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. (iaitu jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu). (Al-Baqarah 153) 

7. Solat, dari segi bahasanya juga bermaksud doa. Merangkumi dalam ibadat solat ini juga doa. Segala lafaz jika benar dihayati, adalah doa kepada Allah. Masaalahnya, kita tidak berusaha memahami maksudnya, ia lah yang menghadirkan kekhusyukan, penyerahan, pengharapan dan kekuatan. Permulaanya dengan sunat doa iftitah dan akhirnya sebelum salam disuruh mohon doa, antaranya doa selamat dari empat perkara sebagaimana dinyatakan dalam hadis. “Apabila kamu selesai membaca tahiyyat akhir maka mohon berlindunglah pada Allah dari empat perkara: Daripada azab neraka, azab siksaan kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah, kejahatan dajjal. (Hr Muslim)”

أللهُمَّ إنّي أعُوذُبِِكَ مِنْ عَذَابِِ جَهَنَّم ومِنْ عَذَابِِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَات وَمِنْ شَرِّ المَسِيْحِِ الدَجَّال 

 Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada azab neraka, azab siksaan kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah dajjal. (Hr Muslim) 

“Kita bangun untuk solat malam, berdoa kepada Allah” 

 “Alhamdulilah atas nikmat iman dan islam ini. Dan selawat atas Nabi kita, Muhammad saw” 


19 Ramadhan 1433 H bersamaan 08 Ogos 2012 
Rabu, 03.45 am. Sana’a, Yaman.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Hijrah dan Abby Abadi.

1. Sekarang ini, ramai yang sudah berhijrah. Iaitu kembali berubah membenarkan syariat Allah. Bertaubat dan telah mengakui kesilapan-kesilapan mereka dahulu. Demikian kita semua juga pernah alami hal ini. Namun beza hanya ia diketahui orang atau tidak. Namun bagi orang seperti artis, yang bersangkutan dengan ramai orang, pengaruhnya besar. Maka diperlukan untuk memaklumkannya. Menjelaskan kita sebenar telah lama dalam kelalaian. Kerana pengikutnya telah berpetunjukkannya.




Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mengajak, menyeru kepada kebenaran, maka untuknya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada dosa-dosa mereka sedikitpun. (Hr Muslim) 


2. Inilah dunia, manusia tidak akan puas melainkan hinggalah masuk ke tanah. Dan Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Sabda Nabi saw: “Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya”. (Hr Bukhari) 


3. Para Nabi-nabi kita juga pernah berdoa minta diampunkan dosa dan diberikan hidayah kepada mereka yang lalai dan melawan Islam ini. Kerana ramai yang benar masih jahil. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ra, “Aku masih terbayang Rasulullah saw menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi sebelum Rasulullah yang disiksa (dipukul) oleh kaumnya hingga berlumuran darah. Dia mengesat darah dari mukanya sambil berkata, ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui” (Hr Bukhari dan Muslim). 


Kita juga semua acap pernah berdoa untuk semua ini. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan doa dengan kesedaran dan penghijrahan mereka. Hal ini amat dirasai oleh penegak-penegak Agama. Bahkan mereka yang berhijrah begitu semangat memperjuangkan Islam. Begitulah persamaan peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada zaman Nabi saw dahulu. 'Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Abu Sufyan dan lain lagi'. Mereka menjadi dikalangan orang utama yang menggerakkan Agama ini. Begitulah benar firman Allah swt: “Dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Muhammad, 38). Marilah kita terus panjatkan doa dan kuat berusaha, saling mengajak dan membantu untuk kebenaran Islam ini. 


4. Ada yang kata Pas guna artis kerana tertekan dengan Bn. Ya, saya amat setuju artis digunakan oleh Pas. Biarlah diguna oleh Pas. Guna segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah dengan jalan yang halal. Pas perlu menggunakan artis ini. Untuk selamatkan mereka, membentuk dan menjelaskan mereka syarat-syarat hiburan yang mampu menghiburkan kita juga diwaktu akhirat nanti, insyaAllah. Kerana umno yang telah merosakkan sistem agama yang sudah cukup cantik dan sempurna. Kalau tidak ingin kaitkan dengan Pas pun. Tapi perlu bersama dengan golongan yang mengajak ke arah yang benar ini. Ada artis yang benar-benar memang kerana untuk cari rezeki, dan malang ada artis yang masih pertikai dan persoal kenapa aku perlu berubah. Mohon jauh dari demikian. Yang telah menfitrahkan perbuatan dosa itu.




5. Apa-apa ruang yang ada, kita perlu gunakannya. Walau ruang politik. Apatah lagi memang dalam golongan yang hasyratnya untuk meraih kuasa ini, adalah tidak lain untuk menjalankan syariat Allah. Negeri Kelantan, mata hati kita dapat melihat sendiri perbezaannya. Apa lagi yang nak diegokan? 


6. Saya amat terasa dengan kenyataan Abby Abadi ini. “Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan. 


"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik." "Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan Syariah” 


7. Ia, benar itu dugaan dari Allah. Atas keadaan orang itu mampu atau tidak hadapi ujian Allah. Seperti juga kita. Dengan jalan dan cara yang haram, menipu. Kita dapat raih untung besar, dan yang amanah dan halal, amat memerlukan kesabaran. Allah nak lihat keikhlasan kita. Namun sebagai orang yang saling meneyeru kepada kebenaran. Inilah dosa kerajaan dan yang menyokongnya. Memberi ruang untuk kerja dosa dan tidak berusaha bersungguh membanterasnya. Dan ruang kebaikan dilihat hal yang salah. Demikian kerana dalam pentadbirannya sendiri, hal-hal dosa masih diteruskan. Dan itu kelemahan Abby, seperti kelemahan kita juga. Sedang sifat orang-orang beriman itu saling bantu yang benar. Mungkin boleh dikatakan kenyataan itu, “kita sebenarnya telah terlalai hasutan syaitan dan terjerat perangkap orang-orang yang tidak ingin menegakkan Islam. Dan kita mampu dan perlu merubahnya, dengan memberikan kemenangan pada yang ingin menegakkan Islam. Kita dapat juga kerja dan kerjanya direhai Allah”. Dan ingatlah, ini ujian buat kita semua selaku oang beriman. Mereka dinegara eropah, yang dihalang untuk pakai tudung, dan tiada makanan halal. Maka perlu juga usahakannya hinggalah sampai tak berlaku kemudharatan.




8. Malangnya, ada yang memperlekeh. Jika dari kalangan artis, itu hal lain. Tapi kalangan yang sering menganggapnya itu hanyalah tujuan politik. Dalam kepala, hanya politik harta, pangkat dan kedudukan. Tidak nampak tujuan besar kuasa itu. Iaitu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah yang berkuasa. 


9. Contoh bagi saya, “kita nak jaga dari buat dosa, dari hadir rasa cenderung kepada dosa, dari hanyut dengan dunia ini. Namun akan sukar nak dikawal, jika dalam keaadaan keluarga kita sendiri yang tidakpun mengambil beratnya. Dan tak terkira adegan filem-filem yang tiada moral, syariat seolah menghalang rezeki, kecanggihan yang tak dapat dikawal ibubapa, pengaruh luar rumah dan segala-galanya lagi. Ia semua berkait dengan kuasa. Dengan yang berkuasa, dengan kerajaan. Kita memang selalu salahkan diri dengan kelalaian ini. Namun kita rasa benci kepada keadaaan yang menghasut kita untuk buat dosa. Demikian bila keadaan sekeliling sering membuka ruang hiburan yang halal. Maka, kita amatlah bergembira dan ia menyelamatkan kita dari buat dosa”. “Pemimpin nak suruh rakyat taatkan Allah, tapi pemimpin buat dosa dan beri galakan untuk buat dosa. Memang itu hal dosa individu juga. Kenapa diikut yang salah. Namun ini tanggungjawab yang besar dari pemimpin. Dan untuk meneyelamatkan kita, maka perlu untuk kita menukar pemimpin itu”.




10. Semuanya dari sifat ego, tak mahu akui kesilapan diri. Semua tiap-tiap kita mempunyainya. Seorang abang, ayah, datuk, ketua, guru, ustaz, dato’, yb, menteri dan sumpamanya lagi. Jika kita walau ditegur dengan baik dan hal itu memang benar. Ada juga terasa dihati kita. Demikian ada yang terus keraskan kepalanya dan yang menginsafinya dan yang terus ingin melawan. Segalanya berkait rapat tahap taqwa kita kepada Allah. Sedar yang kita ini tetap hamba Allah, ada kuasa yang lebih besar berkuasa dari kita. 


“Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)”. (Surah Ibrahim 41) 


“Kata Abdullah bin Mubarak dan yang lain dari kalangan salaf: Dua golongan dari manusia, bila mereka baik, nescaya baiklah manusia. Dan bila mereka rosak, nescaya rosaklah manusia. Iaitu para Pemerintah dan para Ulama’. (I’laamul Muwaqqi’iin, ibn Qayyim. Jilid 1/10)” 

Mungkin boleh baca artikel ini:  
- Berusaha meraih Dunia dan Akhirat. 
- Kejayaan terhasil dari Kerja yang dilarang Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 05.50 pm. Sana’a, Yaman.