Rabu, 14 Disember 2011

Perlunya kita kembali pada Tuhan.


Dalam Kehidupan

Kita sentiasa Berusaha untuk beroleh Kesenangan
Kita sentiasa Berusaha untuk mencapai Kebahagian
Kita sentiasa Berusaha agar baik Kesihatan
Kita sentiasa Berusaha untuk mendapat Kejayaan
Kita sentiasa Berusaha untuk menghindari Kecelakaan

Dan kadang kita mampu meraih Semua yang diusaha, dihasyratkan
Dan kita mengharap agar ia terus Berkekalan

Namun tika sepanjang Kehidupan

Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesusahan
Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesedihan, Keresahan, Keretakan
Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kesakitan
Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kegagalan
Kita tak mampu untuk menghalang hadirnya juga Kecelakaan

Menunjukkan betapa Lemahnya kita sebagai hamba Tuhan
Yang serba Kekurangan
Segala yang kita Usahakan
Allah berkuasa memberi, menunaikan, menyekat, menghalang, menghapuskan

Perlunya kita kembali pada Tuhan
Berdoa memohon Keampunan
Tidak lalai, leka dengan Nikmat yang diKurniakan
Tidak derhaka pada Ketetapan
Tidak cenderung pada Kejahatan, Kezaliman

Marilah kita mendengar Seruan
Meyakini yang diKhabarkan, diJanjikan
Walau kadang memang banyak, besar Ujian
Namun disebalik itu sebenarnya wujud Kemanisan, Ketabahan, Kekuatan yang berlainan
Hasil bila dijaga, dipelihara, diyakini Hukum Tuhan

Dan Pasti tiada lagi yang diRisaukan
Hanya Syurga diImpikan

17 Muharram 1433 H bersamaan 13 Disember 2011 M
Selasa, 01.00 am.

Selasa, 13 Disember 2011

Kehendak Tuhan diUtamakan.



Wujud Penegak Kebenaran
Penyebar Kebaikan
Berilah Sokongan
Marilah Pertahankan


Wujud Penghalang Kebenaran
Pertahan Kemungkaran
Perlekeh Kebaikan
Pembiar Penyelewengan
Jangan Relakan
Dan Biarkan
Perlu diTumbangkan
Apa lagi nak diTunggukan
Dan diHarapkan


Apa guna Keselesaan
Kegembiraan, Kekayaan
Andai Kehendak Tuhan
Dibelakangkan


Kita akan pulang mengadap Tuhan
Semuanya akan diPertanggungjawabkan
Marilah menyokong Golongan
Yang mengikut acuan Quran
Dari Rasul Junjungan


Islam diUtamakan
Keadilan diSerlahkan


11 Muharram 1433 H bersamaan 07 Disember 2011 M
Rabu, 03.05 pm.