Rabu, 8 Februari 2012

Ditangkap kerana Auratnya sempurna ditutup.







Mereka dihalang, disekat, ditangkap dan dipaksa supaya menanggalkannya. Kita di Malaysia sebaliknya, sewenangnya biasa, masih suka dengan pakaian yang mendedahkan Aurat, sendat, ketat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan seumpamanya. Mereka bersusah payah, walau dihina, ditekan, berusaha juga melaksanakan ketetapan Agama. Mereka takut membangkanginya. Kita tiada sedikitpun sekatan, bahkan malu pula, dipandang, dirasa lain bila menyempurnakannya.


Duhai saudari-saudari seIslamku. Tutuplah dengan sempurna Aurat anda. Perbuatan tersebut amat-amat terlalu besar kesan Fitnahnya. Ingatlah... Ingatlah... akan Sabda Nabi saw tentang 2 golongan penghuni Neraka itu.




15 Rabiulawal 1433 H bersamaan 08 Februari 2012 M
Rabu, 04.15 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan