Diantara perkara yang mengembirakan hidup ialah mendengar perkhabaran kawan² serta kenalan² yang baru positif hamil isterinya. Semoga Allah kurniakan keselamatan sehingga sempurna kelahiran baby serta baik kesihatan si ibu dan anak.
Ramai yang bertahun² menunggu. Termasuk ada dari kalangan adik beradik saya sendiri. Jiran saya ada yang lebih 10 tahun belum mendapat zuriat, sewaktu sembang dengan beliau, katanya tidak mahu menggunakan jalan yang memerlukan kos yang beribu² melalui pakar di hospital, namun mahu berikhtiar dengan jalan lain dahulu. Dan pada pemerhatian saya ada beberapa perkara saya nampak amalan kebaikan yang membuka rezeki anak diantaranya ialah menekankan sebaiknya hubungan silaturrahim, bersedekah, memberi makan, berbuat baik kepada sesiapa sahaja dan bersikap positif.
Sesungguhnya kurniaan apa sahaja semuanya dalam rahsia Allah dan mengikut putaran kehidupan yang telah disusunkan Allah SWT. Semoga kita dikalangan hamba-hambaNya yang memahami segala HIKMAH ketentuanNya. Itulah juga arti Taqwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan