Assalamu'alaikum. Artikel ini saya mahu menceritakan bagi memulakan kembali bisnes upah taip yang sudah lama menyepi walau masih ada sampai sekarang yang menggunakan khidmat tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih yang berminat ingin membacanya. Cuba untuk mengingati kembali memori yang lepas. Inipun mungkin banyak yang dah lupa. Rugi rasanya. Ingin diringkaskan tapi panjang juga.
Sebenarnya semenjak di darul quran rusila lagi saya sudah mula suka menaip, kadang apabila waktu cuti sekolah saya akan menggunakan komputer dirumah dengan mengambil akhbar‐akhbar dirumah lalu ditaip semula di komputer. Semua menda saya akan taip. Ibarat apa yang boleh ditulis dengan pen akan saya gunakan komputer untuk taip, print dan tampal hatta setakat nama individu. Kerja-kerja bahan ilmiah, berita, label, poster, iklan, jadual, pusat sumber, nota exam dan apa sahaja yang boleh ditaip, hias dan tampal memang diminati dari kecil. Waktu tersebut microsoft word belum pandai diguna, yang pandai hanya notepad yang menyusahkan dan tiada bahan edit yang banyak, namun tetap sanggup ditaip menggunakan notepad walau banyak helaian, bahasa melayu dan juga arab.
Kemudian setelah melanjutkan pengajian di yaman kerja menaip diteruskan. Membuat nota exam dan pernah mengambil upah menaip tesis arab. Kerana sudah biasa menaip arab maka boleh lah menaip dengan cepat serta mengingati setiap keybord arabic. Hinggalah menjadi kebiasaan orang akan call untuk bertanya huruf arab dimana. Ada masa kosong diisi membaca laman web, buku, belajar menulis blog dan kadang membuat terjemahan.
Setelah pulang ke malaysia dan terlibat dengan kerja dibahagian pentadbiran dan lajnah peperiksaan sedikit sebanyak bertambah minat dan pengetahuan lagi. Lalu nak dijadikan cerita setelah berhenti kerja beberapa bulan maka terlintas untuk membuat servis ini.
Untuk permulaan saya fikir itu sahaja kemahiran yang ada. Kemudian buat iklan dan post. Gantung banner dan sebar pamplet. Semua kerja online. Guna fon dan komputer. Di rumah. Caranya terima bahan, taip, bajet masa, siap dan send kembali. Salurannya email, fb atau wasap. Boleh juga snap pic dan send. Jika banyak ada yang pos bahan tersebut. Bayaran boleh di transfer online. Alhamdulillah waktu itu hingga saya upah pekerja kerana tak sempat.
Kos bayaran dikira mengikut satu muka A4 dan saiz font biasa. Dan ada tambahan jika merumitkan seperti ada baris bagi bahasa arab, ada lukisan, lakaran, kotak dan sebagainya.
Servis yang ditawarkan adalah menaip bahan sedia ada, bermaksud apa sahaja bahan, isi atau maklumat yang perlu ditaip dalam bahasa arab, jawi, melayu atau inggeris. Bahan pembelajaran, bahan pekerjaan, surat menyurat, minit dan apa sahaja dokumen bahkan tulisan tangan juga saya terima. Berbagai latar belakang dan negeri ada yang meminta servis ini. Ada dikalangan cikgu, pekerja pejabat dan ada juga orang cina yang gunakan servis taip ini. Fokusnya pada mereka yang sibuk tak sempat taip, tak beberapa pandai taip, dan perlukan segera.
Sekarang saya akan buka balik kedai upah taip part time ini. Seribu kali sayang sebenarnya sebab saya berhenti untuk terus fokus sewaktu telah bermula haritu. Akibat lemah semangat. Malas. Putus asa. Tidak berterusan. Tak fikir masa susah buat. Masa akan datang. Tak serius. Mungkin sebab dah dapat kerja lain. Apapun syukur.
Jadi sesiapa yang berminat, atau ada yang perlukan, bolehlah sebarkan perkhidmatan atau servis upah taip ini dari saya.
Wasap sahaja di link berikut. TERIMA KASIH! dan SALAM UKHUWAH semua. :)
http://firdausazis.wasap.my
http://firdausazis.wasap.my