Selasa, 13 Februari 2018

Ustaz Sampul.

* Baru-baru ini sembang dengan bendahari sebuah masjid, pakcik ini meluahkan berkenaan pengkuliah yang mengenakan bayaran yang tinggi dan sedikit berkira tentang bayaran.

* Ada ustaz yang meminta jumlah yang tidak munasabah, ada ustaz yang bertanya dahulu berapa bayaran yang akan dapat, ada ustaz yang tidak datang lagi kerana bayaran rendah pada bulan lepas, ada ustaz yang menamatkan kuliah dengan cepat kerana faktor bayaran, dan macam-macam hal lagi berkenaan bayaran sangat tidak manis didengari.

* Kata pakcik, kami datang nak belajar, duit masjid dan surau pun bukan banyak sangat.

* Saya amat berharap kepada pihak yang menjemput tidak melayan ustaz-ustaz sebegini. Iaitu yang melampau dan berlebih-lebihan seperti ini.

* Dan saya cadangkan kepada ustaz-ustaz yang mengajar full time, carilah income tetap lain dahulu dan jadikan jemputan kuliah sebagai hanya part time. Atau juga tidak salah untuk fokus berkuliah sepenuh masa atau kadang-kadang, namun janganlah sampai berlebihan dalam mengenakan kos dan sehingga berkira sedemikian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan