1) Hebatnya beliau, sejak sebelum menjadi Mufti lagi beliau sudah memang terkenal dengan kefaqihan ilmu dan sifat tawadhuk serta kesederhanaanya dalam dakwah. Namun setelah dilantik menjadi Mufti Wilayah pada 23 Jun 2014 kita boleh melihat sendiri betapa cepat dan banyaknya tumbuh bermacam program, pembinaan dan penambahbaikan dalam ruang dakwah dan kebaikan pada Agama ini.
2) Ini menunjukkan dalam masa yang sama pentingnya kuasa dan jawatan dalam menyebarkan seluasnya lagi dakwah ini terutama di zaman yang canggih dan masyarakat yang fokus terhadap dunia internet.
3) Beliau telah memanfaatkan semaksima dan sebaik mungkin akan jawatan, kuasa, kemudahan dan peruntukan Mufti itu untuk Islam ini. Beliau juga banyak mencetuskan idea yang baru, dan kelainan dalam tarikan agar masyarakat lebih dekat dan senang dengan seorang yang bergelar Mufti.
4) Sangat penting kepada siapa diserahkan jawatan mufti, anggota pekerja di jabatan agama, zakat dan sebagainya lagi yang berkait dengan institusi Agama ini, kerana jika tersilap dan sewenangnya dipilih maka Agama menjadi mangsa dan menjadi lemah. Banyak perkara sepatutnya dibuat tidak dibuat, banyak terbantut dan terhalang kerana kuasa berada ditangannya, seolah Agama juga ditangannya. Hal ini tidak pelik jika kita melihat sendiri institusi Agama yang suram dan gagal menghidupkannya dalam membantu dan menyelesaikan masalah umat. Contoh kita melihat teks khutbah, maka kita akan mengetahui ditahap mana kesungguhan dan kemampuan mereka yang memegang jawatan dalam menguruskannya. Juga kita melihat pekerja-pekerja di Institusi Agama sendiri gagal memahami sebaiknya Agama dan menunjukkan sikap Beragama yang benar dan tinggi seiring pekerjaannya yang merupakan imej Agama.
5) Beliau juga aktif dengan media semasa dan isu semasa. Dengan kepakaran yang dimiliki, beliau berjaya memberi respon yang pantas disertai pula penjelasan yang jelas dan penuh sikap berlapang dada.
6) Contoh ini boleh ditiru sebenarnya oleh kita, di pihak parti-parti, ngo-ngo, dan sebagainya. Peringkat kampung, dun dan parlimen, ketika bermacam atucara program dijalankan kita, boleh dibukakan Klinik Fatwa dan Hukum seperti ini.
7) Jika mereka yang sakit demam dan sebagainya perlukan ubat dan mencari ubat di klinik dan farmasi, maka begitulah sebarang penyakit kemusykilan agama ini lagilah memerlukan ubat dan lebih berhajat dicarinya. Penyakit hati, dalaman, dan segala masaalah hidup. Tahniah buat Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas idea Klinik Hukum ini dengan percuma sahaja. Semoga Allah memberkati Dr dan mereka yang terlibat menjayakannya. Segala Pujian Bagi Allah. Tahniah!
15 Januari 2017.
Ahad, 2.30 am. Ipoh, Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan