Berilah peringatan demi peringatan dan saling berpesan;
1. Hidup ini sangat singkat jika sentiasa terdetik kesedaran dengan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan perbaiki yang silap. Dan saling memperingatkan yang lain. Disini saya ingin mengajak diri dan juga pembaca agar merasa cakna untuk saling memberi nasihat dan peringatan demi peringatan sesama kita semua. Kerja ini semua merupakan antara ciri sifat mukmin seperti telah disebut dalam Al-Quran. Mukmin antara dari sifatnya saling mengajak yang baik, mencegah yang salah. Manakala berbeza dengan sifat munafik saling mengajak yang keji, dan menolak yang benar.
2. Dalam setiap mesej yang akan disampaikan kita, yang paling cepat kesan dan respon kesedarannya secara tersendiri ialah siapa yang kerap berhubung dengan kita? Siapa yang paling hampir dengan kita? Siapa yang mengenali kita. Justeru itu saya mengajak pembaca semua agar tidak jemu dan terus saling meneruskan lagi menyebar-nyebarkan mesej yang baik. Dan ada azam untuk memulakannya. Walau tiada ‘LIKE, KOMEN, SHARE, PUJIAN’ dan sebagainya lagi. Kerana bukan itu tujuan kita, namun kesan apa yang kita tulis dan kongsikan itu manfaat kebaikan dunia dan akhirat kita yang sebenarnya. Walau siapa kita. Al-Quran menyebut agar peliharalah diri dan keluarga kamu, lagi disebut berilah peringatan orang yang hampir dengan kamu.
3. Iaitu dengan melihat kepada hubungan orang paling rapat dengan kita. Keluarga, saudara mara, kawan, jiran, dan seluruh kenalan dan masyarakat. Jangan fikir sudah ramai yang menulis dan mengongsikannya. Jangan fikir sudah ada sebahagian lain yang selalu menulis dan mengongsikannya. Namun fikir betapa ramai lagi yang tidak tahu. Kemungkinan seseorang itu hanya membaca perkongisan yang baik dari kita sahaja. Kemungkinan besar pemerhatian dari keluarga kita. Terutama lagi seseorang yang berstatuskan pengajian Agama. Sesungguhnya banyak dan besar manfaat dan kesan perkongsian untuk mereka yang lebih-lebih lagi ada hubungan kekeluargaan dan sahabat rapat. Mereka lebih ‘terasa’ untuk bermuhasabah dan cepat melakukan perubahan. Justeru itu jangan rugikan peluang ini. Fikir yang positif dari diri dan fikir yang positif juga apa pandangan orang. Yang negatif itu tidak membawa apa-apa sebenarnya, yang positif itu ada hasil baiknya walau sedikit. Mukmin itu hubungannya dari Iman. Tentang apa dan sesiapa sahaja. Dan selalunya kita berdoa kepada Allah memohon hidayah untuk kita dan semua. Dan mengingati hakikat Firman Allah SWT ini:
06 Syawal 1435 H bersamaan 02 Ogos 2014 M
Sabtu, 12.30 pm. Ipoh, Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan