Selasa, 19 Ogos 2014

Gelaran Taghut.

 

Persoalan dari kawan tentang apa makna Taghut? Adakah boleh kita menggelarkan atau menegur seseorang dengan mengatakan taghut apabila seseorang itu menyalahi perintah Allah kecil mahupun besar.

Jawapan ringkas;

1. Kalimat taghut ada disebutkan lafaznya dalam al-Quran, dengan terdapat beberapa maksud yang berbeza. Dan boleh disimpulkan kalimah tersebut brmaksud tentang perkara-perkara dosa, maksiat, syirik, sembahan selain Allah, peraturan dan hukum selain Allah, melampaui batas dan sepertinya lagi. Antara iman dan kufur. Jalan kufur dan jalan islam. Tentang batasan kebenaran dan kebathilan. 


2. Jika dibaca pendapat ulama-ulama, huraian dari al-Quran, lebih jelas taghut makudnya kepada erti kufur. Seorang yang ingkar, kafir. Siapa yang beriman kepada Allah dan kufurkan taghut – al-Ayat. Bapa taghut ialah iblis. Penyeru kepada kebathilan dan kesesatan. 

3. Kebiasaan dan kemungkinan difahami masyarakat taghut lebih kepda istilah yang sama seperti diatas. Mengdorong kepad kafir, syirik dan sangat melampaui batas. Dan memang itulah sebenarnya maksud yang telah ada dalam al-Quran jika dibaca terjemahannya secara jelas dan asal. 

4. Namun ada yang memahami dengan konteks kefahaman menyeluruh termasuk perkara-perkara dosa, maksiat, jalan-jalan yang lalai. Dan dibolehkan juga dikategorikan dalam antara jalan-jalan taghut dengan penjelasan yang baik, taghut kecil dan sebagainya. 

5. Tapi saya berpendapat agar dielakkan dengan mudah melabel dan menggelar taghut bagi sesiapa yang telah biasa mengungkapkan dan melabelkan. Sebab memang ia tidak bersesuaian dengan keadaan tempat sekarang dan jauh lagi kepada tahap tersebut sebenarnya. Mengelirukan dan telah terlebih sebenarnya. Seeloknya tidak perlu menggunakan kalimah tersebut. Jelaskan sahaja itu salah, berdosa, hukum dan dalilnya. 

6. Melainkan pula yang jelas melakukan kesyirikan, kezaliman dan apa-apa yang melampau hingga benar sama seperti ungkapan dari al-Quran tentang erti taghut itu. Yang ini sudah tentu dibolehkan. Firman Allah SWT:


Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah 256)


23 Syawal 1435 H bersamaan 19 Ogos 2014 M 
Selasa, 6.00 pm. Ipoh, Perak.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Berilah Peringatan!

 

Berilah peringatan demi peringatan dan saling berpesan;

1. Hidup ini sangat singkat jika sentiasa terdetik kesedaran dengan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan perbaiki yang silap. Dan saling memperingatkan yang lain. Disini saya ingin mengajak diri dan juga pembaca agar merasa cakna untuk saling memberi nasihat dan peringatan demi peringatan sesama kita semua. Kerja ini semua merupakan antara ciri sifat mukmin seperti telah disebut dalam Al-Quran. Mukmin antara dari sifatnya saling mengajak yang baik, mencegah yang salah. Manakala berbeza dengan sifat munafik saling mengajak yang keji, dan menolak yang benar. 

2. Dalam setiap mesej yang akan disampaikan kita, yang paling cepat kesan dan respon kesedarannya secara tersendiri ialah siapa yang kerap berhubung dengan kita? Siapa yang paling hampir dengan kita? Siapa yang mengenali kita. Justeru itu saya mengajak pembaca semua agar tidak jemu dan terus saling meneruskan lagi menyebar-nyebarkan mesej yang baik. Dan ada azam untuk memulakannya. Walau tiada ‘LIKE, KOMEN, SHARE, PUJIAN’ dan sebagainya lagi. Kerana bukan itu tujuan kita, namun kesan apa yang kita tulis dan kongsikan itu manfaat kebaikan dunia dan akhirat kita yang sebenarnya. Walau siapa kita. Al-Quran menyebut agar peliharalah diri dan keluarga kamu, lagi disebut berilah peringatan orang yang hampir dengan kamu.


 

3. Iaitu dengan melihat kepada hubungan orang paling rapat dengan kita. Keluarga, saudara mara, kawan, jiran, dan seluruh kenalan dan masyarakat. Jangan fikir sudah ramai yang menulis dan mengongsikannya. Jangan fikir sudah ada sebahagian lain yang selalu menulis dan mengongsikannya. Namun fikir betapa ramai lagi yang tidak tahu. Kemungkinan seseorang itu hanya membaca perkongisan yang baik dari kita sahaja. Kemungkinan besar pemerhatian dari keluarga kita. Terutama lagi seseorang yang berstatuskan pengajian Agama. Sesungguhnya banyak dan besar manfaat dan kesan perkongsian untuk mereka yang lebih-lebih lagi ada hubungan kekeluargaan dan sahabat rapat. Mereka lebih ‘terasa’ untuk bermuhasabah dan cepat melakukan perubahan. Justeru itu jangan rugikan peluang ini. Fikir yang positif dari diri dan fikir yang positif juga apa pandangan orang. Yang negatif itu tidak membawa apa-apa sebenarnya, yang positif itu ada hasil baiknya walau sedikit. Mukmin itu hubungannya dari Iman. Tentang apa dan sesiapa sahaja. Dan selalunya kita berdoa kepada Allah memohon hidayah untuk kita dan semua. Dan mengingati hakikat Firman Allah SWT ini:

Sila klik sekali untuk besar dan jelas.


06 Syawal 1435 H bersamaan 02 Ogos 2014 M 
Sabtu, 12.30 pm. Ipoh, Perak.