Berjuang itu keperitan yang benar-benar dirasai sendiri oleh seseorang itu pada apapun sudut perjuangan dari keadaannya. 'Dalam menuruti suruhan Agama'. Ia tidak boleh menipu dirinya tentang perjuangannya, rohani dan jasmaninya tahu hakikat sebenar kerana akan dirasainya.
Ada orang hebat perjuangannya yang besar, tapi gagal yang kecil. Ada orang merasa diri sudah berjuang, namun hidup masih dalam kelalaian. Ada juga orang berjuang maksudnya bersusah payah dahulu untuk mencari kesenangan dunia, lalu dirasa sudah banyak berkorban dan berjuang, sekarang masa untuk berehat dan enjoy dengan dunia. Sedang pula ummat dalam keperitan.
Orang disyria berjuang, nak pergi jauh sekali. Andaikanlah apa yang kita boleh buat dengan keadaan kita hari ini dan disudut mana kita berada hari ini untuk menunaikan perkara yang paling berat dan besar pengorbanan dan perjuangan dari kita agar seolah sama merasa tahap pengorbanan perjuangan mereka disana.
Perjuangan syahid menentang musuh Allah menjadi dambaan kita. Berjuanglah dengan erti kamus perjuangan, semuanya besar disisi Allah. Firman Allah swt:
وَمَا
الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". (Ali-'Imran 185)
وَمَا
الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ
لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?", (Al-An'aam 32)
12 Rejab 1435 H bersamaan 12 Mei 2014 M
Isnin, 10.10 pm. Ipoh, Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan