Jumaat, 5 April 2013

Berkurangnya rasa takutkan Allah.

Soalan dari fb: Salam, tadi saya baca artikel mengenai takut pada azab Allah. 1) Saya nak tanya, apa yang patut saya buat bila rasa takut pada azab Allah itu makin berkurang? 2) Apa puncanya dan apa yang patut saya lakukan. 3) Saya sangat resah sebab dulu masa saya belajar di uk. Saya memang ada join usrah semua. Tapi sejak balik ke malaysia dan bekerja, saya sibuk dengan kerja dan macam makin jauh dari Allah. 4) Saya juga sering melakukan dosa sebab masa lakukan dosa tu saya rasa perasaan takut pada Allah tidak lagi sekuat dulu. Saya benar-benar ingin diri saya yang dulu. Bantulah saya. 

Jawapan: Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf atas kelambatan membalas persoalan yang diajukan. Kerana keterbatasan masa dan ilmu yang sangat kurang untuk cepat menjawabnya. Insha-Allah saya akan cuba jawab dan kongsikan dari apa yang tahu dan laluinya. Mudahan bermanfaat dan harap boleh ajukannya kepada yang lebih layak lagi.

1. Takut adalah sifat fitrah semulajadi setiap manusia yang dijadikan Allah. Itulah menunjukkan betapa lemahnya kita semua. Alhamdulillah, apabila kita menyedari tahap keadaan hubungan kita dengan Allah, itu sudah merupakan dari tanda-tanda keimanan dan kesedaran masih hidup dalam diri kita. Kita sedar perlunya kita kembali semula kepada Allah. 

2. Secara mudahnya jika difikirkan kenapa rasa takut itu makin berkurang? Sudah semestinya kerana dosa yang dilakukan. Kerana dosa sudah menjadi hal biasa. Kerana dosa dipandang perkara biasa. Tidak bertaubat. Main-main dengan taubat. Menangguh-nangguh untuk bertaubat. Lemahnya tahap kefahaman agama. Keyakinan kita dengan perintah, larangan, bukti dan segala janji-janji Allah. Faktor kawan. Amalan kurang. Suasana sekeliling yang perlu diubahi dan berbagai lagi faktor perkara yang dilarang Allah itu berada dalam rutin suasana hidup kita, lalu menyebabkan makin kurang rasa takut kepada Allah. Mungkin ini adalah puncanya dan persoalan mengapa makin berkurang rasa takut.


 

3. Selepas sudah diketahui punca itu. Apa yang perlu dibuat. Kita usaha muhasabah mengapa berlaku hal demikian. Dan berusaha berubah dari antara punca yang saya kongsikan diatas. Dari mana hendak mula, perhatikan bagaiman keadaan kita. Jika kefahaman agama serba kurang, maka kita dalamilah dahulu ilmu-ilmu agama sebolehnya. Dari kefahaman dan keyakinan itu akan membangkitkan semula rasa takut itu. Usaha dan doa adalah perkara silih berganti yang sudah pasti mesti kita istiqomahkan hingga akhir hayat. Usaha ubah keaadaan. Usaha cari jalan. Bangkit dan terus bangkit tiap kali buat dosa. Bila malas bertaubat, usaha untuk bertaubat juga. Allah akan bagi kekuatan untuk kita berusaha. Pastikan ada amalan-amalan tetap dilaksanakan walau sikit. Gandakan dan banyakkan amal kebajikan lain. Tampungkan segala dosa yang masih terus diulangi. Bangun solat malam. Lihat dan fikir tanda-tanda kehebatan dan besarnya rahmat Allah. Hindari jalan-jalan yang menghmpirkan kepada kelalaian. Cuba ubah dan jauhi jalan-jalan dan hal-hal yang menggelapkan hati kita. Semua ini memang dengan usaha kesugguhan kita. Jika doa dan usaha betul-betul, insha-Allah pasti Allah akan bukan jalan untuk selamat dan bingkas cepat tersedar dari kelalaian. Jika hadir rasa terlalu malas untuk ketaatan, paksa juga walau sedikit. Solat jaga sebaiknya. Al-Quran rutin hiburan penyegar hati. Doa menjadi kekuatannya. Lazimi istighfar dan zikir-zikir memuji Allah. Ingat semula faktor yang ketika aku dahulu semasa kuat mengingati Allah dan dengan masa yang ketika lalai. Perasaan resah dalam dosa itu tanda-tanda dari keimanan. 


  

4. Ingat, kita akan sentiasa diuji oleh Allah hingga dimatikan. Inilah tujuan besar hidup ini. Ingat, kita semua manusia, fitrah pastinya akan pernah buat dosa. Dan Allah suruh kita bangun bertaubat dari dosa itu. Ulang buat dosa lagi fitrah, dan bukan fitrahnya ingkar dan lawan yang disuruh Allah. Hebat dan alim manapun seseorang itu tidak terlepas dari dosa. Cuma tahapnya berbeza. Ada ungkapan seorang ulama’, “Orang yang bertaqwa itu bukanlah orang yang maksum (selamat) dari dosa seperti para Nabi-Nabi, dan bukan para Malaikat yang sentiasa patuh kepada Allah, tapi ia dari kalangan manusia seperti kita, yang cepat sedar bila melakukan suatu dosa itu. Itulah taqwa”. Banyakkan doa-doa yang diajar Nabi seperti Doa tetapkan hati-hati kami, cukupkanlah dengan yang halal, doa setiap kali selesai solat iaitu bantulah aku untuk mengingati-Mu dan lain lagi.


  

5. Usaha cari jalan berubah dan cari jalan yang halal. Tiada yang haram kecuali mesti ada nikmat yang halalnya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kita ini hamba Allah. Allah yang jadikan kita. 

Sekadar inilah dahulu yang boleh dan sempat saya kongsikan. Saya juga melalui hal yang dilalui saudara. Semua orang melaluinya. Jalan usaha itu memang perit dan kesabaran yang kuat diperlukan. Kesabaran itu dengan usaha niat untuk berubah dan praktiknya, sibukkan hal yang halal, dan pelihara amalan. Solat dan doa jangan diremehkan.

Coretan ini saya simpulkan semuanya dari sumber sedikit pengalaman, ilmu yang dibaca, pengajaran dari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w yang sahih. Saya mengalukan untuk baca artikel-artikel berbentuk nasihat, peringatan dan sebagai muhasabah bersama di dalam blog ini. Saya juga manusia, yang serba lemah macam orang lain. Mohonlah pada Allah.

 

6. Tiap dalam perubahan itu, akan dilalui yang tidak disukai dahulu. Kemudian akan dilalui pula yang disukai. Yang disukai itu akan memberi harapan dan kekuatan untuk terus berubah. Dan yang disukai itu melupakan keperitan pada awal perubahan itu. 


Terima kasih. 
25 Jamadilawal 1434 H bersamaan 06 April 2013 M 
Sabtu, 01.00 am. Perak, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan