Alhamdulillah, pada hari dan saat ini, kita masih dimudahkan oleh Allah untuk terus berusaha menunaikan perintah-Nya. Untuk menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa kepada Allah. Bila hati sentiasa wujud sifat taqwa, maka segala ujian dan kesilapan yang terjadi dalam hidup kita akan selalu cepat bingkas tersedar dan sentiasa ingat, kaitkan ia dengan Allah s.w.t. Pernah saya membaca status dari Page Himpunan Kata-Kata Ulama’. Ungkapan itu dari Dr Yusof al-Qaradhawi: “Orang yang bertaqwa itu bukanlah orang yang maksum (selamat) dari dosa seperti para Nabi-Nabi, dan bukan para Malaikat yang sentiasa patuh kepada Allah, tapi ia dari kalangan manusia seperti kita, yang cepat sedar bila melakukan suatu dosa itu. Itulah taqwa”.
Bila kita usaha juga menempuh jalan yang baik, Allah akan mudahkan jalan yang baik itu untuk ditempuh. Dan bila kita tetap ingin juga menempuh jalan yang dilarang itu. Allah akan mudahkan jalan yang dilarang itu untuk ditempuh. Mungkin itu dipanggil istidraj dari Allah, (Iaitu Allah biar dan mudahkan kita untuk terus dalam kegelapan). Dan kelak kita akan kembali kepada Allah semula melihat bagaimana hidup kita didunia dahulu.
Fitrah dijadikan kita oleh Allah ada perasaan ingin melakukan yang baik dan buruk. Dan Allah s.w.t telah jelaskan dalam Al-Quran dan diikuti Sunnah panduan dari Rasul utusan-Nya. Mana jalan yang baik dan buruk. Dan segala hikmah, sebab, kenapa, dan apa tujuan dari segala suruhan dan larangan tersebut.
Kebaikan itu mudah sebenarnya. Soal orang berkata, buat apa dan apa guna dia tu walau banyak berzikir, buat kelebihan ini dan itu, namun masih bergelumang dengan dosa besar dan seolah memang niat membahagi-bahagikan dosa pahala untuk agar berat yang baik kelak. Memang benar jika itu benar niat kita, bimbang kita termasuk dalam golongan munafiq. Soal itu ia dengan Allah. Lahir lagi persoalan jika begitu, selamatlah dia. Itu dia dengan Allah, kita hanya menjelaskan dan memberi pengajaran dan peringatan sebagaimana yang diperingatkan Allah dan Rasul juga sama kepada kita, yang banyak disebut jelas oleh Al-Quran dan Hadis.
Tidak perlu rasanya untuk ingin sibuk hal demikian, bagi saya soal ingin melakukan yang baik atau buruk ini, asas permulaannya terhasil dari kerendahan, kepatuhan hati dan lalu merasa ringan dalam keinginannya yang menyebabkan sanggup untuk melakukan itu. Walau ia tahu, ia masih melakukan dosa. Mungkin itu keterlanjuran mereka lagi, dan mereka sedang dan sentiasa berusaha, mereka tidak pun mengingkari, melawan yang benar, bangga dan mengzahir-zahirkan pula. Sentiasa bertaubat, menyesali dan sedang cari jalan berusaha berubah. Ada kebaikan yang begitu ringan, jika hati penuh dengan dosa, maka tetap dirasa berat dan malas juga. Dan ada kebaikan yang berat, jika hati bersih, maka tetap sanggup mudah ditunaikannya. Ingat Allah Maha Adil dan Rahmat Allah itu besar.
1. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menyebut ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ) Maha Suci Allah dan segala puji untuk-Nya pada sebanyak seratus kali dalam sehari. Dosa-dosanya akan gugur walaupun ia seluas lautan. (Hr al-Bukhari)
2. Sabda Nabi s.a.w: Dua kalimah yang ringan di sebut lidah, berat di timbangan, serta disukai oleh Allah yang Maha Pengasih iaitu: سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ Subhaanallaah wabi-hamdih. (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya). Subhaanallaahil ‘azhiim. (Maha suci Allah yang Maha Agung). (Hr al-Bukhari dan Muslim)
3. Sabda Nabi s.a.w: Perkataan yang paling disenangi oleh Allah adalah empat: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subahaanallah, Alhamdulillah, Laailaahaillallah, Allahuakbar). Tidak mengapa bagimu untuk memulai yang mana di antara kalimat tersebut. (Hr Muslim)
4. Sabda Nabi s.a.w: Sebaik-baik zikir adalah, لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ. Dan sebaik-baik doa adalah: الْحَمْدُ لِلَّهِ. (Hr at-Tirmidzi dan ibnu Majah)
5. Mengikuti apa yang Nabi s.a.w telah ajarkan kepada kita. Baca tiga kali ketika subuh.
“Nabi s.a.w pernah keluar pada suatu hari dari rumah isterinya, Juwairiyah untuk solat subuh dan juwairiyah sedang berada di tempat solatnya. Sewaktu Nabi s.a.w kembali, matahari sudah mula tinggi (duha) dan beliau masih ditempat itu. Apabila Nabi s.a.w melihatnya, Baginda bertanya, “Awak masih berada ditempat yang saya lihat sewaktu keluar tadi.” “Ya”. Jawab isterinya. Sabda Baginda lagi, “Sesungguhnya saya telah membaca selepas meninggalkan awak empat kalimah sebanyak tiga kali yang juga ditimbang dengan bacaan yang awak baca pada hari ini, timbangannya lebih berat lagi. (سبحان الله وبحمده عدد خلقه، ورضي نفسه، وزنة عرشه، ومداد كلماته) (Maha suci Allah dan aku memuji-Nya sebanyak makhluk ciptaan-Nya, keredaan diri-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya dan sebanyak tinta kalimah-Nya)” (Sahih Muslim) - Terjemahan hadis ini disalin dari buku Perisai Muslim Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
08 Jamadilawal 1434 H bersamaan 20 Mac 2013 M
Rabu, 12.30 am. Perak, Malaysia.

![]() |
Harap sama membaca: http://sawadhanas.blogspot.com/2013/03/akukah-yang-nifaq-itu.html
|
Sama-sama gandakan kebaikan dengan berzikir mengikut Sunnah yang diajar Nabi kita Muhammad s.a.w.:

“Akhirnya, syariat Islam telah menjelaskan segalanya dalam hidup kita. Bila ada suatu hal yang nak kita buat, kita mesti cari dan lihat apa panduan yang telah disusun dalam Islam. Allah Maha Mengetahui segalanya, kita tak tahu. Kadang kita nampak ia sudah cukup baik, tapi sebenarnya tidak, dan juga buruk, tapi juga tidak. Semuanya berkait, masa-masa yang mendatang. Masalah timbul bila tak ikut syariat. Disebalik ia sudah merupakan ujian-ujian kehidupan dari Allah. Indahnya hidup bila selalu dinilai kehendak yang dituntut syariat. Kita tak boleh ikut selera nafsu kita”