Isnin, 17 Disember 2012

Jagalah Aurat, Maruah. Sudah dimana tahap Kita?


Hari ini bila kita berjalan kemanapun, untuk keluar singgah hanya walau ke rumah-rumah jiran-jiran kita, ke surau, kedai berdekatan. Masalah pendedahan aurat amat cukup ketara sekali, seolah hukum dilarang dedah selain muka dan pergelangan tangan, ketat, sendat, jarang, terbelah, solek berlebihan dan seumpamanya itu lagi sudah dibenar agama sekarang. Pakaian wanita-wanita hari ini memang tak lulus syariat. Dari golongan peringkat sekolah rendah, menengah, remaja dan hingga tahap sudah bersuami dan keatas. Begitu rosak dengan bermacam fesyennya. Apatah lagi jika keluar ke bandar-bandar, kedai-kedai makan, pusat membeli-belah, tempat hiburan, permainan dan pantai. Pasti yang majoriti ramainya adalah pakaian yang sangat ditegah dan jauh lari dari suruhan Al-Quran dan Hadis Nabi kita saw. Yang sempurna cara pemakainya boleh dibilang, ia akan dinampak begitu asing. Tidak termasuk lagi yang begitu seksi pemakaiannya lagi, benarlah Sabda Nabi saw: “Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu. (Hr Bukhari)”. Hadis ini menunjukkan ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Bila sudah hilang sifat malu. Hal ini seolah begitu berat untuk diubah, demikianlah munasabah jaminan mudah syurga bagi wanita adalah dari yang menjaga maruahnya. Memelihara pakaian dan akhlaknya, termasuk dengan kes yang suka iklan dan kongsi-kongsikan gambarnya diinternet. 

Hari ini dilihat bersamanya juga dari para ibubapa yang amat menjaga Agama, pelakunya juga seorang yang dikurniakan nikmat sihat, rezeki dan segala kemudahan dan kesenangan lain. Kenapa kita masih memilih untuk dosa. Kesalilah dosa. Ingin saya ungkap kembali sedikit petikan dari artikel lepas ini: Marilah kesali Dosa, tidak Ego. 

“Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan dan hukuman. Dan dia telah sentiasa lihat dan tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan dan yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian yang sangat besar untuk dirinya. Supaya tunduk juga kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk, dengar juga perintah Allah. Buang segala sifat ego dan malu, tak sanggup dengan keadaan sekeliling. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Berusaha laksana suruhan Allah? Kenapa ego, masih tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha merubahnya”

“Ramai dari kita, dalam sedang mencari rezeki. Agama kita terabai. Kenapa sampai demikian? Ingatlah tujuan yang besar dari mencari rezeki itu, bukan sekadar makan, minum, dan untuk segala kemudahan dunia. Ia lebih lagi dari itu, ia adalah dari antara amanah-amanah diciptakan kita. Kita berkerja dan kita ingat segalanya ini adalah sementara dan ada perhintungan kelak, ada hasil yang cukup mengembirakan. Ingatkan segalanya ada hubungan ikatan dengan Allah. Kita ini hamba Allah. Kita dijadikan dan kita akan dimatikan”. Ada kata pepatah: “Siapa yang tujuan hidupnya hanya makan minumnya, maka hasilnya ialah apa yang keluar dari perutnya itu”. 

Didikan dari kecil, suasana dalam keluarga sendiri dan penekanan hal didikan agama adalah antara faktor yang amat penting sekali. Malang ramai ibubapa rela biarkan dan didik anaknya dengan pakaian yang ketat, dan segala yang dilarang. Tudung singkat, bonggol, baju sendat dan bermacam fesyennya mengikut suasana ramai orang yang memakai, mengikut selera iklan barat, tergila-gila tarikan musim dunia, hingga melupakan cara Agama. Demikian sudah pastu bila dewasanya anak, amatlah susah untuk diubah. Dalam Islam anak adalah antara sumber untuk mencari pahala untuk selepas mati kelak. Namun anak kita menjadi hasil yang lahir melakukan yang dilarang Allah. Seterunsya keadaan yang mendorongnya dari suasana dalam keluarga sendiri, dan juga lagi penegasan awal tentang dosa, pahala, halal dan haram semenjak kecil lagi. Mungkin boleh baca perkongsian-perkongsian lain dalam label wanita ini.



Marilah kita sentiasa menyedarinya, hal ini wajib diusaha dan diperingatkan. Adakah pakaian harian kita menepati kehendak Allah atau terus mengundang murka Allah. Sedarilah dan marilah kita usaha berubah, bila lagi ingin kita berubah, kita sudah tahu atau buat-buat tak tahu. 

Dari keindahan, keadilan dan rahmatnya Islam itu. Allah azza wajalla sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita semua dan melarang kita dari berputus asa. 

Dengan memang banyak dan benarnya kebaikan dan kebenaran dari sesiapapun dan diri kita sendiri juga, tidaklah ia menjadikan ternafinya dan terbetulnya yang salah dan silap dari sesiapapun itu dan juga diri kita. Silap memanglah ia silap dan benar memanglah ia benar. Itulah fitrah kita sebagai manusia. 

Agama Islam cukup sempurna, tiada hal kehidupan yang dilepas pandang oleh Islam. Ada aturan dan panduannya dalam Islam. Yang dirasa tiada disebut dan kaitan dalam dan dengan Islam itu kerana dari kejahilan diri kita dan tidak sampai pengetahuannya kepada kita. Al-Quran dan Sunnah telah menjelaskan segalanya. Dari segala tuntutan Agama, segala suruhan dan larangan Allah. Menjadikan seorang hamba itu begitu hebat, kuat, mulia, selamat dan berjaya dunianya.



Sudah dimana tahap kita sekarang. Wanita sekarang, ujian besar adalah aurat dan dengan iklankannya pula. Dari dedah terus dan pamerkannya. Sudah tutup dan dedah di fb. Tutup dengan berbagai gaya dan aksi pula. Dan berpurdah dengan menzahirkannya. Kadang tunjuk yang ditutup dan tunjuk pula yang terdedah. Kadang sudah ditutup dan ditunjuk yang terdedah pula. Begitulah berbagai ragam dan masalah hal aurat dan iklan difb ini. Bila melihat keadaan ini. Hanya sangka baik yang nak disangkakan. Semua sedang berhadapan dan berjuang melalui ujian. Usahalah dan teruslah sedar dan bangkit dengan kesedaran itu. Berbagai musim yang berlaku diatas menunjukkan kita kadang telah masih tertewas lagi dengan ujian nafsu, masih lemah dalam menghadapinya dan kadang telah berjaya mengawalnya. Teruslah berusaha, dan mencari jalan agar kuat teguh atas jalan yang diredhai Allah itu. Mungkin dulu fenomena bebas dengan dedah terus. Tapi sekarang, dilihat fenomena dengan berpurdah pula dizahirkan. Melihat apa hasil yang boleh kita simpulkan, dari antara banyak kebaikan dan keburukannya. Jika nak diletak juga gambar, yang tidak berpurdah, memadai gambar profile yang neutral biasa dengan sempurna ditutup aurat. Adapun yang berpurdah pula, sudah memadai juga seperti yang tidak berpurdah. Gambar kita sebenar, tak payah diletak. Sudah pasti keduanya dengan berbagai gaya adalah dilarang. Ditutup itu dan berpurdah itu untuk elak fitnah. Namun jika sebaliknya dilakukan. Maka sama sahaja, bahkan mengaibkan dan mencelarukan lagi hukum Agama. Sebenarnya dari kita sendiri, apa dari tujuan kita letak gambar tersebut. Jika kita sebagai wakil rakyat, pemimpin, dan perlunya orang untuk mengenali kita. Atau niat kita dari awalnya adalah sebaliknya. Jika mampu untuk cari jalan dan elak dari sebarang fitnah, maka itulah yang dituntut. Wanita bukan bahan untuk selalu ditonton. 


“Hijab itu bukan sekadar menutupi wajah, ia jua menutupi hati dan diri, dengan akhlak mulia, dan malu bercampur baur dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram. Sucikan pakaian isteri-isteri Rasulullah s.a.w, contohi mereka, jangan dicemari kemuliaan hijab dengan gurau senda teruna dan dara, dengan gaya manja di dinding muka buku”  - Status fb dari kenalan

Wanita bukanlah bahan pameran untuk ditenung. Hari ini ujian besar adalah ramai yang sibuk mempamerkannya diinternet. Merata gambarnya dipostkan dengan bermacam aksi. Itu pula berlaku ramai dari yang masih bujang, mungkin itu kita boleh sifatkan mereka yang ingin agar ada yang tertarik, untuk mencari jodoh, mengharap pujian, untuk berkenalan dan sebagainya lagi yang menjadi kesukaan zaman remaja-remaja di zaman sekarang. Namun menjadi bala besar lagi apabila ia masih berlaku juga selepas kahwin. Inilah ujian besar yang sebenarnya. Kejahilan dan pengabaian dari saranan Agama. Keterikutan cara barat. Jangan kita meremehkan hal ini. Demikianlah Agama amat menjaga dan menitikberatkan ia awal-awal lagi. Untuk apa gambar tersebut? Untuk siapa? Payah bagi lelaki untuk mengelak dari terkena sifat dayus akhir zaman ini, ini ujian besar dalam alam rumahtangga, dan ini bakal menjadi punca masalah besar dalam rumahtangga. Jangan kita fikir nikmat seks semata. Mereka membebaskan diri dari kaitan Agama. Dari hak suami isteri bila membuka internet. Jangan diikut sangat kehendak nafsu kita itu, fikirlah dan jagalah hal-hal ini sebaiknya. Jangan nak diikut juga selera barat dan mereka-mereka yang jahil. Kita buat ikut suka kita sahaja. Asal rasa gembira, kita suka, kita buat. Perhatlah baik-baik hukum hakam Agama. Kita ini sudah isteri orang, wajah dan tubuh badan kita masih menjadi fitnah diluar sana. Masih digilai dan menjadi saluran membangkitkan dosa kepada orang. Seolah siapa sahaja masih boleh sentuh, isterikan dan tegur kita. Sedarlah, jangan terlena kesukaan ini. Jangan terabai kerana kesibukan lain. Semuanya dan segalanya itu dari awal untuk menjaga kesucian, kemuliaan dan kebahagiaan kita semua. Luahkanlah dan zahirkanlah segalanya kepada yang dihalalkan. Sabar dan nikmatilah senikmatnya dengan jalan yang telah dihalalkan oleh Agama. 


 “Aurat wanita, perubahan dengan rasa sangat susah, ejekan, ketawa dan dengan panas dan peluhnya, dan berbagai lagi pengorbanan lain. Segalanya merupakan hal-hal yang amat besar nilaian dan ganjarannya disisi Allah. Menutup dengan sempurna aurat dan tidak mempamerkannya pula, lambang keimanan yang hebat pada suruhan Allah. Wahai Muslimah, disegani dan dimegahi kerana begitu tinggi kehendak agama padamu” 

Ingin saya kongsikan luahan status dari seorang kenalan fb, yang saya rasa itulah hakikat keadaan yang sedang dirasai oleh lelaki, dialami sendiri oleh saya.
“Para facebooker wanita. Nampak solehah tapi gedik. 

1) Bila update status tulis ayat "ala manja" dan ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah" walaupun hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu mesej yang baik. 

2) Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama sejantina, tulis "ala-ala mesra alam" sampai melampau seperti "cium pipi kunk, wink-wink", "rasa nak peluk akak/adik je" and baanyak lagi. Sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam di fb pun. Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dengan kawan-kawan die". Biasanya lelaki akan rasa syok dan boleh mengundang syahwat dengan tulisan-tulisan seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya. 

3) Animasi senyuman, gelak or kenyit mata melampau sana sini untuk lelaki seperti: "Syukran akhi ;-)", "Sama-sama :p Ustaz", " ^___^, " Mohon kopi pes akhi yunk ;;)))". Apa perasaan lelaki bila mendapat komen dan terima animasi seperti ini? 

4) Tulis dan ajak manusia berdakwah dalam masa yang sama menggoda orang. Seperti: "Pesanan ustaz dan ustazah saya, sabar lah dalam ujian ya khas buat semua sahabat-sahabat saya yang disayangi lagi dirindui. Lalu tag orang-orang muslimin disamping muslimat. 

Bagi saya, semua nampak simple dan biasa, tapi ianya mengundang penyakit hati bagi mereka yang sudah sakit. Jagalah akhlak dan adab sebagai muslimah, dalam fb kita sudah hilang malu, jika diluar fb adakah sesuka hati kita melayan mana-mana lelaki atau bicara. Kalau sekalipun nak cari jodoh dan tackle lelaki takkan Fb medannya. Jadilah muslimah yang benar-benar solehah yang tidak menjadi punca kepada membuka selera lelaki untuk melakukan maksiat hati. Mohon maaf jika terkasar bahasa, saya juga kadang-kadang terlepas pandang bila belek-belek balik memang menjengkelkan diri sendiri sebenarnya. "Nasihat untuk diri saya terlebih utamanya". 

p/s : Bak kata Status dari Ibnu Batoota yg dipersetujui: "Kami benci dedah kecomelan di fb".” 

Bila buka fb ada sahaja terserempak dengan perkara-perkara yang menyebalkan hati. Jarang berlaku dikalangan muslimin tapi banyak berlaku dikalangan muslimat. Kerana yang namanya Muslimah terlalu khas urusannya berbanding lelaki. 

Di dalam fb, muslimah lebih berani dan berkeyakinan diri dengan menulis status-status jiwang karat yang sesekali baca rasa "semacam je". Seperti, "Aku ingin menjadi isteri solehah kepada bakal imamku", " Cintaku hanya untuk yang halal", "Keindahan diriku hanya untuk si dia". Orang lelaki bila baca dia akan rasa "terpanggil untuk dekat dan ambil tahu" kalau begitu. Lelaki ada tak tulis macamni? Ada mungkin tapi jarang. Kalau ada memang dia perlu kepada kahwin. Tapi kalau perempuan tulis begitu, ada banyak sebab musabab antaranya, nak menarik perhatian, biasanya menarik perhatian lelakilah. 

Muslimah juga, lebih slumber menegur lelaki di fb, di wall, di komen, di inbox, chat sampai kadang-kadang rimas sampai semak mata melihatnya. Ada saja nak ditegur selagi boleh, cipta macam-macam ayat power, kalau lelaki tegur dulu tu adatlah. Jika tegur untuk sesuatu yang berkenaan boleh terima lagi. Tapi tegur "kerana saja, suka-suka, nak berkenalan, nak mulakan bicara, nak test power pun ada". Bila dah start semua tu. Maka hilanglah sifat malu. Tanya soalan advance pulak tu. (dikisahkan kepada saya) Astaghfirullahal'azim. 

Tahniah, bagi muslimah yang bebas daripada semua unsur-unsur ini.” 

Nasihat ini cukup berguna, saya kira perlu untuk kita (para wanita) hadam dan muhasabah ia sebaiknya. Saling berpesan kepada yang lain juga. Ada komen yang tidak bersetuju dengan nasihat diatas. Saya katakan. 

1. Status ini sebagai nasihat dan peringatan. Hal ini perlu dielak kerana besar fitnahnya, bagi yang ramai punyai penyakit dalam hatinya. 

2. Yang selalu update status islami, kita hanya bersangka baik. Yang buruk dibelakang bukan alasan. Salah silap, kita saling tegur. Kita memberi semangat dalam untuk kebaikan dan perubahan. 

3. Saya tidak hanya menilai dari zahir sahaja, saya tak menafikan banyak kebaikannya yang lain. Jika zahir itu salah, tetap salah. Yang batin, tidak diketahui, hanya Allah menilai kita semua. 

4. Jika memang perbuatannya, sebaliknya yang terzahir dari status yang dizahirkan. Demikian, ayat status-status seperti dinyata diatas itu perlu diubah dan dihindar. Dari penyakit yang nampak biasa itu, ia telah dan bakal membenihkan penyakit-penyakt lain buat lelaki, dan kepada hasil yang lebih parah lagi. 


Akhirnya, teruslah kita bersama melaksanakan syariat Islam dalam hidup kita. Asing Islam itu bukan dibiar cara hidup kita asing dari orang ramai. Memilih untuk mengasingkan diri. Namun kita sering terasing dan masih diasing dari orang ramai 


03 Safar 1434 H bersamaan 17 Disember 2012 M 
Isnin, 11.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Ahad, 16 Disember 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 17).


Agama mengajar kita tntg cinta.. dari cinta itu besar tanggungjawabnya. Agar terpelihara maruah kita... 
--------------------------------------- 

Kawan yg jujur, dia akan juga usaha bantu kekurangan dan silap kawannya....
---------------------------------------

 Untuk Pagi ini: “Siapa yg merasakan manis dan nikmat dlm bermaksiat, maka ia tidak akan merasakan manis dan nikmatnya beribadat”. 
---------------------------------------

 Untuk Pagi ini: “Kita berusaha buat yg terbaik, jauhi dosa, byk salah silap itu sudah pasti, jika tiada silap, kita tak tahu, dari silap itu kita belajar...” 
---------------------------------------

 Untuk Pagi ini: “Meraih keceriaan hidup, Kita suka bila lihat org gembira, teruskan memberi, menolong.. walaupun org tak membalasnya. Pahala juga diraih, apatah lagi dibalasnya, syukur pada Allah atas nikmat ini”. 
---------------------------------------

 Untuk Ptg ini: “Islam menyuruh dan amat menekankan agar kita bersungguh berkerja, memajukan diri, agar kuat, berkebolehan, berani, menjaga kesihatan, kebersihan diri dan dimanfaatkan segalanya utk Islam. Yang kuat rohani dan jasmani. Bukan yg dlm keadaan lemah, penakut, disia-sia waktu, tiada kerja, kesihatan dan kebersihan terabai.” 
---------------------------------------

 Untuk Tengahari ini: “Semua kita mmg ada silap dan tak lari dari kesilapan, yg salah itu jgn kita nafikan dan terus dgn ego. Kita berusahalah insafinya. Yang benar, jgn menjadi penentangnya...” 
---------------------------------------

 Untuk Ptg ini: “Kita tak tahu apa perancangan Allah untuk kita saat seketika ini dan sebentar sahaja lagi.. demikian berhati-hatilah kita dari hal maksiat. Krn mgkin kematian yg sedang menanti kita...” 
---------------------------------------

 InsyaAllah, “Saling bantu apa yg sepakat, saling tegur apa yg silap, saling bertolak ansur apa yg selisih, saling menolak dgn tegas apa yg salah dan tdk cenderung dan bersama dgnnya” 
---------------------------------------

 Untuk Ptg ini: “Fikir apa yg boleh kita mampu beri, buat...” 
---------------------------------------

 Kita lemah.. Tanpa izin Allah.... 
---------------------------------------

 Untuk Mlm ini: “Dari keindahan, rahmat Islam itu, Allah azza wajjala sentiasa memberi peluang, ruang kepada kita semua dan melarang kita dari berputus asa...” 
---------------------------------------

 Untuk Mlm ini: “Jangan kita tidur, dlm lalai dari mengingati Allah. Gerakkan bibir kita dgn bertasbih kepada-Nya, doa dan selawat yg akan memberi syafaat kelak...” 
---------------------------------------

 Untuk Pagi ini: “Kadang byk kenangan² dan suatu² hal yg lepas dlm kehidupan kita itu sering dingati sampai hari ini. Sgt sukar dilupakannya, seolah ia tdk akan boleh utk dilupakan. Merasa bersalah jika tak difikirkannya. Ingin juga meraihnya. Sepatutnya ia blh. Merasa amat rugi, kecewa. Kita juga selalu kata: 'kalau begini dan begitu, maka aku akan....' Demikian, hindarilah ungkapan kalau begini dan begitu itu”. Dan yg pnting ingatlah sentiasa kita akan Firman Allah swt ini: 

 “Dan boleh jadi kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kpd sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tdk mengetahuinya. (Al-Baqarah 216) 

 Krn boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yg kamu benci itu kebaikan yg byk (utk kamu).” (An-Nisaa' 19) 
---------------------------------------

 Untuk Ptg ini: “Apa² kejayaan kita di dunia ini, fikir untuk Islam dan apa ia berguna untuk akhirat nanti...” Untuk Ptg ini: “Org yg menjaga hubungannya dgn Allah adlh org yg sentiasa jaga juga hubungan, adabnya dgn manusia. Sabda Nabi saw ini: Siapa yg tdk mensyukuri (dgn) manusia, bererti dia juga tdk mensyukuri Allah. (Hr Ahmad, at-Tirmidzi – Hasan)” 
---------------------------------------

 Untuk Mlm ini: “Dgn memang banyak dan benarnya kebaikan, kebenaran dari sesiapapun dan diri kita sendiri, tidaklah ia menjadikan ternafinya dan terbetulnya yg salah dan silap dari sesiapapun itu dan juga diri kita. Silap memanglah ia silap dan benar memanglah ia benar. Itulah fitrah manusia..”
---------------------------------------

 Untuk Mlm ini: “Letih, mengantuknya juga kita akan rasa. Rasa mesti tidur & rehat juga. Demikianlah betapa lemahnya kita, sebagai makhluk ciptaan Allah. Seorang hamba kpd Allah, siapa kita, bagaimana dari dilahirkan dan kelak diakhirkan...” 

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ - رواه مسلم 

 Ya Allah! Aku berlindung dgn-Mu dari lenyapnya nikmat yg Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yg Engkau anugerahkan, dan kejutan kemurkaan Engkau, dan dari segala bentuk amarah-Mu. (Hr Muslim) 
---------------------------------------

 Untuk Ptg ini: “Islam cukup sempurna, tiada hal kehidupan yg dilepas pandang oleh Islam. Ada aturan, panduannya dlm Islam. Yang dirasa tiada disebut dan kaitan dlm, dgn Islam itu krn dari kejahilan diri kita dan tidak sampai pengetahuannya kpd kita. Al-Quran dan Sunnah menjelaskan segalanya...” 
---------------------------------------

 Untuk Mlm ini: “Usahalah kita jadi sahabat yg bertaqwa, dia juga tak akan ambil kesempatan atas kekurangan dan kesilapan sahabatnya. Dan berani untuk menegur silap sahabatnya. Dlm berkawan, ada redha Allah dan ganjaran yg besar dari-Nya. Itulah keakraban yg sebenarnya...” 
---------------------------------------


 02 Safar 1434 H bersamaan 16 Disember 2012 M 
 Ahad, 11.30 pm. Terengganu, Malaysia.

Sedikit dari beza Syiah.


1. Sedikit perkongsian antara tentang-tentang syiah. Ketika saya baru sahaja pulang dari yaman, sementara dalam menunggu bas ke Kuala Terengganu. Bersembanglah sekejap dengan seorang pemuda yang masih sedang belajar di bahagian tentera. Ceritanya ketika melaksanakan misi di Afghanistan. 

2. Katanya: “Disana ramai syiah, wanita muslim dan sunni disana boleh dibeza dengan mudah sekali. Antara perbezaannya ialah akhlak dan tingkahlakunya. Dari segi pemakaian mereka adalah sama, lengkap sempurna menutup aurat. Pakaiannya hitam. Namun bezanya adalah perwatakannya, diceritakan yang syiah agak selamba seperti mat-mat saleh juga, mereka biasa menegur dan tiada malu untuk menyapa dan bercakap hal yang kurang enak. Iaitu hal yang amat dipelihara oleh seorang muslimah yang seperti mana telah dituntut dan dititikberatkan oleh Agama kita Islam. Menjaga kesucian dan kehormatan seorang wanita. Tidak membawa dan mengundang fitnah.” 

3. Demikianlah bila diceritakan hal tersebut. Mari terfikir dan mengiakan lagi kesilapan dan kesesatan syiah. Kecelaruan aqidah dan pegangan mereka. Mereka masih mengamalkan amalan-amalan jahiliyah dahulu, yang telah dilarang Nabi saw. Kesesatan pengakuan mereka, dituruti dengan kecelaruan syariat dalam urusan hidup mereka. Dari akar dan benihnya rosak, maka sudah pasti lahir hasil dan buah yang rosak, merosakkan dirinya dan memberi mudharat kepada orang lain. 


02 Safar 1434 H bersamaan 16 Disember 2012 M 
Ahad, 11.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan berlari untuk sempat dengan Imam.


Sungguh begitu telitinya Agama Islam, satu-persatu telah dijelaskan dengan lengkap. Dulu aku selalu juga gaduh berlari dan berkejaran agar sempat bersama dengan iman, supaya lepas rakaat-rakaat dari diganti. Namun sebenarnya perbuatan itu adalah ditegah Nabi saw. Demikianlah jelas dari hadis Nabi saw ini.

 إِنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ, قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, يَقُولُ: إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاةُ فَلا تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ، وَائْتُوهَا تَمْشُونَ وَعَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا   

Abu Hurairah ra berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Apabila solat telah didirikan, janganlah kamu mendatanginya dalam keadaan tergesa-gesa. Datanglah kepadanya dengan berjalan. Hendaklah kamu berjalan dengan tenang. Apa-apa (gerakan solat) yang kamu dapat, lakukanlah ia. Apa yang tertinggal sempurnakanlah ia. (Hr al-Bukhari) 

Sesungguhnya Nabi saw sudah menjelaskan dengan terperinci apa yang berkait dengan ibadat-ibadat ini. Tak perlulah kita sibuk dan rajin menambah-nambahnya. Tak perlu diandai-andaikannya. Segalanya sudah memadai yang Nabi saw amal, ajar dan tunjuk kepada kita semua. 


01 Safar 1434 H bersamaan 15 Disember 2012 M 
Sabtu, 12.30 am. Terengganu, Malaysia.

Selasa, 11 Disember 2012

Doa, usaha, tawakkal, dan jaga Akhlak.

Sabda Nabi saw: Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik. (Hr Abu Daud - Sahih) 

Dalam kita usaha apa-apa hal dan kerja pun. Selalulah kita ingat kepada Allah disebalik kita berbincang. Kita minta doa, tolong dan petunjuk, istikharah dengan Allah. Minta Allah permudahkan segalanya. Tuhan yang Mengetahui yang zahir dan nyata, yang lepas dan akan datang, yang baik dan buruk. Demikian, supaya kita dapat terima dan redha dari dalam apa jua hasil yang kita akan dapat dari segalanya. Agar kuat dan selamat dari sifat putus asa, mengalah, dan terus juga masih semangat usaha bersungguh dalam apa yang dihasyratkan itu. Sentiasa juga dalam bersyukur, dan tidak kecewa, lalu hal dosa yang ingin dilakukan. Kerana kita telah berusaha memillih jalan dan hal-hal yang selamat dari larangan Allah. Dari melakukan maksiat. Kita serahkan pada Allah. Yakin dengan Allah. Mungkin kita nampak sesuatu itu amat baik, sedang disisi Allah tidak, begitulah kadang kita nampak tidak baik, sedang ia sangat baik disisi Allah. Kita tak tahu, Allah Maha Mengetahui semuanya. Alangkah betapa indahnya jika kita semua dapat mempraktikkannya, insyaAllah, sukar untuk timbulnya berbagai-bagai kes dan masalah dalam masyarakat. Kerana redha dengan ketentuan Ilahi dan tidak kecewa hingga menimbulkan berbagai niat dan perilaku buruk. Disebalik terus dengan usaha sebaik-baiknya. “Kita akan diuji untuk terselamat dari yang dilarang”. Teruslah kita berjalan diatas Sunnah ini. Dalam meniti hidup ini. Usaha jauhi yang dilarang, doa selalu dan disertai dengan usaha dan tawakkal kepada Allah. Kata Dr Aid al-Qarni: “sering-seringkanlah biasa ingat yang setiap bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan. Sesungguhnya Allah bersama sangkaan, jarak hamba-Nya.”




Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (Ath-Thalaaq 2) Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (Ath-Thalaaq 4). Marilah kita baca dan renung kembali kisah doa, usaha dan pengorbanan Nabi Ibrahim as, Siti Hajar dan Nabi Ismail as. 


“Agama menyuruh dan amat menekankan agar kita bersungguh berkerja mencari rezeki, memajukan diri, agar kuat, berani, berkebolehan, menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan dimanfaatkan segalanya untuk Islam. Yang kuat rohani dan jasmani. Bukan yang dalam keadaan lemah, penakut, habis masa, disia-sia waktu, tiada kerja, kesihatan dan kebersihan terabai”. Dari Abu Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “kalau” membuka amalan syaitan. (Hr Muslim). Kekuatan iman, aqidah, amalan dan tubuh badan. Islam adalah Agama yang hebat, mulia dan kuat”.



Kita berusaha buat yang terbaik dan jauhi dosa. Banyak salah dan silap itu sudah pasti. Jika tiada silap, kita tak tahu, dari silap itu kita terus belajar. Sibukkanlah dengan apa yang memanfaatkan hidup kita, untuk dunia dan akhirat (termasuklah ia memanfaatkan orang lain). Dan jauhilah kita dua perkara: Sibuk dengan yang telah lepas dan sibuk dengan orang lain. Aku selalu merasa hairan, bagaimana ada yang masih suka dan boleh dibiarkan habis masanya dengan asyik bercakap hal orang. (mengumpat, melagakan, fitnah, dedah aib).



Berbagai jenis warna dan saiz Allah ciptakan kita. Demikian berbagai-bagai jugalah perangai manusia. Dalam kita bermuamalah (berintraksi) sesama semua orang dalam apa-apa kerja pun. Bila kita nak menegur dan melahirkan sesuatu yang tidak kita setujui. Perhatilah baik-baik apa tujuan niat kita yang sebenarnya dari teguran dan komen itu. Sekadar sudah niat habis masa suka-suka kita bercakap hal orang? Mengutuk, merendahkan dan menghina? Melepaskan geram nafsu kita? 

Malang sungguh, tidaklah kita yang jauh sekali untuk saling memberi peringatan, betulkan kesilapan, timbulkan kesedaran dan selalu muhasabahkan dan ingatkan diri dan yang terdekat. Memikir apa peranan, kesan umumnya, dari diri, untuk orang lain dan Islam itu sendiri. Ujian yang besar dalam kita menegur, dan bila kita menerima teguran. Semuanya perlu direnungi dan dimuhasabah sebaik-baiknya. Membersih penyakit-penyakit hati. Ituah akhlak seorang mukmin. Itulah tingginya akhlak. Itulah besarnya ganjaran dari akhlak yang baik. Antara diutuskan Nabi saw untuk menyempurnakan akhlak. 

Ingin saya mengambil pesan dari Uzar yang juga berkait dengannya, ia sangat penting, untuk diri saya dan terutamanya teman yang dari kalangan para agamawan, ustaz, penuntut-penuntut jurusan agama. 

“Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan puas! apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika pernah, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas. 

Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama. Ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf. Jika pernah, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlak, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga”. 

“Memang benar orang yang ditegur atas suatu kesilapan atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu sedang diuji hatinya untuk menghadam teguran dan nasihat itu tidak kira ia benar atau salah. Dia juga diuji bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri hingga teringin mencari alasan dan hujah balas. 

Namun perlu diingat orang yang menegur juga sedang diuji keikhlasan hatinya lantaran ia sedang dicucuk syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia dan lebih bijak. Dia juga diuji bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur”.




“Marilah kita saling membantu apa yang kita sepakat, saling menegur apa yang silap, saling bertolak ansur apa yang kita selisih, saling menolak dengan tegas apa yang menyalahi dan tidak cenderung dan bersekongkol dengan yang masih keras melawan perintah Ilahi” 

Semua kita memang ada silap dan tak lari dari kesilapan, yang salah itu jangan kita nafikan dan terus dengan ego. Kita berusahalah insafinya. Yang benar, jangan menjadi penentangnya. Kadang sebenarnya bukan kerana malas, salah dan teruknya seseorang yang dibenci, dimarah dan dilawan. Tapi kerana dari dengan keras kepala, enggan dan takabbur dan terus berhasyrat melawan yang benar itu. 

Diingati keburukan dan kesilapan orang. Agar kita juga tidak melakukan keburukan dan kesilapan itu pada orang lain pula. Itu sebab orang membenci, dan kita juga membenci. Dan kita telah merasa, tahu hakikat keperitan dalam menerima dan menghadapi keadaan itu. Mampu sabar atau sebaliknya. 


Akhirnya kita renungi Sabda Nabi saw ini: Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. (Hr Ahmad, at-Tirmidzi – Hasan) 

Maknanya sesungguhnya Allah tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan orang kepadanya apabila seorang hamba itu tidak bersyukur dengan kebaikan orang kepadanya. Siapa yang kebiasaanya kufur dengan kebaikan manusia, dia juga kebiasaannya kufur dengan nikmat Allah. Siapa yang tidak bersyukur dengan manusia, adalah seperti juga tidak bersyukur dengan Allah. Kedua-duanya ini saling berkait. 


27 Muharram 1434 H bersamaan 11 Disember 2012 M 
Selasa, 09.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Sabtu, 8 Disember 2012

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 16).


Selagimana kita tak dpt nak abai sekejap hiburan² dunia itu, sanggup tinggal kelekaan² dunia itu. Selagi itulah kita akan masih lemah... 
-------------------------------------------

Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri. 
-------------------------------------------

 Teman,, jika kamu rasa tdk mahu, sanggup dan tdk mampu utk lakukan kebaikan pd org lain, jgnlah pula kamu menyusahkan, mnjadi penghalang dan lakukan pula keburukan pd org... 
-------------------------------------------

 Teman,, jadilah kamu org yg saling memberi semangat dan pertolongan dlm hal-hal kebaikan dan kebenaran. Bukan saling dlm hal-hal dosa dan yg salah.
-------------------------------------------

 Org yg tahu, tdk semestinya dia sedar. Dan org yg sedar sdh semestinya tahu. 
-------------------------------------------

 Malam yg pasti gelap, mudahan hati kita sentiasa cerah dgn Iman.
-------------------------------------------

 Cinta itu besar amanahnya.. jgn hanyut dgn cinta, jgn terjerat nikmat usia remajamu dik.. ke mana arah tuju cinta kita...
-------------------------------------------

 Pagi yg Indah, jgn kita mengalah untuk berubah.. kita tak boleh berputus asa untuk berubah... Dan orang-orang yg berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yg berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69) 
-------------------------------------------

 Islam tidaklah membebankan, jgn kita masih dibeban dgn dosa... 
-------------------------------------------

 Dilarang Agama ada sbb, hikmahnya. Untuk mnjaga, mmbentuk kita dan org lain... 
-------------------------------------------

 Agama tidaklah membebankan, dosa yang menjadi beban. (bidaah, jumud, melampau). 
-------------------------------------------

 'Berpantanglah' dgn dosa... 
-------------------------------------------

 Tunang bkn syarat sdh boleh bebas bermesraan, bersentuhan.. Ia jelas amat ditegah Agama teman....
-------------------------------------------

 Jgn sampai juga memudaratkan, menyusahkan org dgn rokokmu... 
-------------------------------------------

 Dgn dari ilmu Agama itu,, untuk berubah jadi org yg baik, kpd yg lbh baik, dan jauhi, sesali mana buruk, dilarang...
-------------------------------------------

 Lemahnya kita masa dilahir, dan kelak begitu juga setelah tua.. jgn kita ego, lawan printah Allah yg tlh mmberi pinjam nikmat kekuatan, kesihatan kpd kita ini... 
-------------------------------------------

 Ya Allah,, jauhkanlah kami mati dlm keadaan mengejut, sedang kami dlm keadaan lalai. Aamiin... 
-------------------------------------------

 Taubat yg sebenar: Merasa marah, benci dosa tersebut, seperti mana kamu menyukainya. Dan beristighfar bila diingatinya. 
-------------------------------------------

 Ramai yg kata, walau zahir aku teruk, pakai ketat. Tapi dalaman aku baik, tidak buat ini dan itu. Sedang hakikatnya, dia yg sedang menipu dirinya sendiri. Kita masih memberi alasan. 
-------------------------------------------

 Seorang hamba mukmin, mencukupi baginya dia mengetahui ssgguhnya Allah swt tdk sesekali membiarkannya... 
-------------------------------------------

 Fb antara jalan 'dakwah' bagi jika dirasa berat sgt, tdk mampu untuk berhadapan secara terus terang. Dan menggunakan pendekatan yg kedua dgn mesej tulisan yg bersesuaian dari luahan dan pesanan². Manfaatkanlah kita ia benar-benar, dari ruang dan kemudahan ini. Saling juga dgn utk zahirkan keinsafan, memohon maaf atas silap sesama yg lain. Merapatkan semula ukhuwah. Disebalik sentiasa menjaga batas² Agama, dari terbukanya pintu² fitnah. Ada yg perlu dizahirkan dan ada yg tak patut utk dizahirkan.
-------------------------------------------

 Titikberatkanlah bahan-bahan yg ingin kita copy, kongsi itu... 
-------------------------------------------

 Dan Dia-lah Tuhan yg membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kpd siang. Sesungguhnya pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yg memikirkan. (Ar-Ra'd 3) 
-------------------------------------------

 Neraka itu memeritkan, makanannya juga menyakitkan... 
-------------------------------------------

 Tiada yg haram itu baik. Pasti mendatangkan mudharat... 
-------------------------------------------

 Sibukkanlah dgn apa yg memanfaatkanmu (memanfaatkan org lain). Dan jauhi 2 perkara: sibuk dgn yg lepas dan sibuk dgn org lain... 
-------------------------------------------

 Segala puji bagi Allah, terima kasih Allah, kadang byk sentiasa diberi sebelum dipinta. Sedang aku dlm lalai. Ampuni kan lah daku ya Allah... 
-------------------------------------------

 Dimasa yg sihat, muda, senang, lapang dan saat hidup inilah peluang sebanyak dan semampunya utk buat pahala, kebajikan. Bila sakit, tua, susah, sibuk dan sudah mati memang sudah payah, letih, tak larat, dan tiada guna (mati)... 
-------------------------------------------

 Bukan semua yg melawanmu perlu dimusuhimu... 
-------------------------------------------

 Byk menda yg tlh biasa kita buat, jadi rutin kita.. sedang ia salah, dan amat ditegah Agama. Itulah ujian besar pd diri kita. Samaada kita akur dgn prntah Allah, atau masih enggan utk memikirkannya. 
-------------------------------------------

 Didapati ketenangan itu dgn Solat dan Al-Quran... 
-------------------------------------------

 Dosa bukan kita ingininya, knp masih dipakai ketat, sendat, jarang, nipis, singkat, terbelah dan yg dilarangnya lagi... 
-------------------------------------------

 Tiadalah bagi kita dari kehidupan ini, melainkan hari ini. Semalam telah pergi dan esok tiada yang pasti ia datang... 
-------------------------------------------

 Adakah kita tahu yg kita akan bermusafir tanpa pulang semula lagi? Maka adakah kita tlh membuat persediaan untuk tempoh sepanjang musafir itu? - Sama kita muhasabahSabda Nabi saw: "Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan" iaitu maut. [Sunan at-Tirmizi, hasan sahih gharib]
-------------------------------------------

 Sungguh tlh menyesal seseorang atas percakapannya. Akan tetapi tidak menyesal sekali-kali atas senyapnya... - Sama selalu kita ingat. Sabda Nabi saw: "Sesiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yg baik atau diam". (Hr al-Bukhari & Muslim) 
-------------------------------------------

 Apakah yg memasukkan kamu ke dlm (neraka) Saqar? Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk org-org yg mengerjakan Solat. (Surah Al-Muddatstsir 43,44) 
-------------------------------------------

 Fikir masalah umat.. apa yg kita mampu... (5.12.2012) - http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sorok-mayat-bayi-dalam-almari-1.109783 - http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pelajar-perempuan-mengaku-salah-mencuri-dalam-surau-1.109911 - http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pengantin-baru-dipenjara-curi-telefon-bimbit-1.109907 - http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/terjun-sungai-tinggal-isteri-anak-1.109874 
-------------------------------------------

 Apapun jurusan kita, fikir diri kita tlh mendatangkan byk keuntungan pada Agama atau byk fitnah pada Agama. - Muhasabah bersama... 
-------------------------------------------

 Status, share & komen kita ini ada Perhintungannya... 
-------------------------------------------

 Dlm usaha mencari rezeki, kita akan diuji. Dipilih jalan yg halal atau haram. Untuk dunia semata-mata hingga hal-hal Agama diremehkan, lupa akhirat. Dan sudah sememangnya untuk keperluan hidup, yang dituntut dan makin bertambah iman kita kepada Allah... 
-------------------------------------------

 Dari Solat, kemuncaknya mendaulatkan Syariat... 
-------------------------------------------

 Tidak semua bab dunia itu tercela. Bahkan ada yg dipuji dan ada yg dicela syarak. Kereta Ferrari guna utk ke surau masjid itu dipuji, tapi motor buruk guna buat angkut awek itu dicela. 
-------------------------------------------

 Kita sentiasa usaha buat yg disuruh & jauhi yg dilarang. Tidak pertahan, ego, ingkar, cenderung, sokong dan tidak yg suka, rela, redha, biar. Tidak diremehkan sgala larangan dan suruhan Allah. Suatu kebaikan yg dilakukan, mgkin itulah mnjadi sbb kita dpt meraih Syurga kelak. Suatu keburukan juga yg dilakukan, mgkin itulah mnjadi sbb tergolong ahli neraka kelak. Ikhlas, turuti Sunnah Baginda saw. Mudahan diterima amalan kita. Dgn kebaikan², menenggelamkan kejahatan² kita. Mghapuskan dosa². Memberatkan neraca timbangan dan meraih mati dlm 'Husnul Khaatimah'. Aamiin... 
-------------------------------------------

 Kebaikan pada Ibubapa tidaklah bermusim... 
-------------------------------------------

 Jgn sampai jadi 'hamba' facebook....!! 
-------------------------------------------

 Bola² juga, ada apapun yg sangat diminati kita.. marilah kita sentiasa menjaga Agama dimana dan dlm apa jua keadaan kita... 
-------------------------------------------


25 Muharram 1434 H bersamaan 09 Disember 2012 M 
Ahad, 02.00 pm. Terengganu, Malaysia.

Syukur, sabar dan ingat Nikmat-Nikmat Allah.

Sabda Nabi saw: Ada dua nikmat yang sering dilupakan olehnya kebanyakan dari manusia iaitu sihat dan waktu lapang. (Hr Bukhari) 

Hari hidup yang terus dilalui ini. Kita semua pasti akan diuji. Susah, senang, sakit, sihat, marah dan gembira. Semuanya itu silih berganti hadir menjelma dalam hidup kita. Tiada seorang yang dapat jamin dia akan senang seumur hidupnya. Akan sentiasa selalu sihat dan gembira hari hidupnya. Itu hanyalah bagi penghuni syurga yang Allah janji kelak. Demikianlah bila kita sering memikirkan betapa sungguh sebenarnya amat lemah keadaan kita ini, maka lahir sentiasa rasa berwaspada dari kelekaan dan bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah. Kelak bagaimana kita semua tak ketahui. Ingat lemahnya kita semasa dilahirkan, dan kelak begitu juga setelah tua. Ketika sakit dan susah. Bagaimana boleh dirasa ego dan lawan perintah Allah yang telah memberi pinjam hanya sekejap sahaja nikmat kekuatan dan kesihatan kepada kita ini. Tiada siapa yang ingin sakit dan susah, tiada siapa ingin menerima pilihan untuk sakit dan susah andai diberi pilihan. 

Paling nikmat adalah waktu ketika muda, dan kelak akhirat dalam syurga, usia nikmat muda itu kekal. Sebagaimana dinyatakan dalam Sabda Nabi saw: “...umur dalam linkungan 30 atau 33” (Hr at-Tirmidzi, dinilah sahih oleh al-Albani dalam Sahih Al-Jaami'). Atau dalam riwayat yang lain disebut: “...tidak luput usia mudanya” (Hr at-Tirmidzi, dinilah sahih oleh al-Albani). Dan berbagai-bagai lagi anugerah nikmat lain yang tak terkata lagi dijelaskan Nabi saw.



Bermacam ujian berlainan dilalui oleh kita. Tiada lain, penawar yang paling sangat sentiasa diperlukan ialah sabar. Disebalik telah sentiasa diusaha sedaya mungkin, tanpa diselitkan sifat sabar. Maka kita lihat betapa ramai yang kecundang saat menghadapi perit dan pedihnya zahir dari ujian itu. Memutuskan tali pergantungan dengan Allah. Terhasil hal-hal khurafat, sihir, bomoh dan berbagai amalan syirik kepada Allah. Lahir juga bermacam hal dosa, kerana merasa sangat marah dengan apa yang terjadi pada dirinya. Segalanya dari permulaan ini. Ungkapan sabar ini mudah, tapi untuk menerimanya amatlah sukar. Ia benar-benar berkait dalam bagaimana hubungan amalan kita dengan Allah. Bagaimana usaha, doa, tawakkal dan sangka baik kita dengan Allah? Bagaimana kita tatkala di waktu sedang senang dan sihat? Semua kita pernah melaluinya, kita mesti yakin apa yang terjadi itu tiadalah sia-sia. Bukan untuk membinasakan kita. Bukan untuk menzalimi kita. Telah pasti ada hikmah dari Allah, kita semua ini hamba Allah. Dari kesusahan yang panjang itu, bila dengan hanya sedikit sahaja kegembiraan, ia sudah dapat melupakan penderitaan sebelum itu. Begitulah dari kegembiraan yang panjang, bila hanya dengan sedikit sahaja kesusahan, ia telah melupakan dan memusnahkan detik keindahan itu. Justeru itu, teruslah kita sama-sama terus bersabar. Usaha, panjatkan doa dan tidak berputus asa dari rahmat Allah. Jangan dibiarkan putus tali pergantungan kita dengan Allah. Segalanya, amat tinggi ganjarannya disisi Allah. Hasilnya sudah pasti begitu manis kelak. 

Berbagai karenah, ujian dan masalah. Sampai bila kita perlu bersabar? Teruslah bersabar, kesabaran-kesabaran yang terus dan sedang dilalui itu tidak akan sia-sia. Pahala bersama kita dan kelak hasil yang manis sudah pasti sedang menunggu. Disebalik kita sentiasa melihat apakah punca yang menyebabkan selalu hadir masalah. Hal yang diharamkan, pasti membawa musibah. 

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (Ath-Thalaaq 2) Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (Ath-Thalaaq 4). Marilah kita baca dan renung kembali kisah doa, usaha dan pengorbanan Nabi Ibrahim as, Siti Hajar dan Nabi Ismail as.

Sedikit perkongsian dari Kuliah Jumaat Tghh, 30.11.12 dengan sedikit tambahan: “Yang halal, dibenar itu mesti baik. Yang haram, dilarang itu pasti mendatangkan mudharat. Tiada yang haram itu baik. Allah swt Maha Mengetahui segalanya. Kita tak tahu”.




Kita sentiasa fikir bagaimana orang lain yang lebih teruk dan susah dari kita. Ketika kita sakit, kita pergi ke klinik untuk berubat agar sembuh dan mencari ubat penawarnya. Lalu penyakit kita makin sedikit demi sedikit berunsur pulih, demikian dirasa amat lega dari semalam. Kita merasa amat gembira dengan kesan perubahan dari berubat semalam. Waktu hidup kita sangat berbeza dibanding dengan sebelumnya. Hari-hari hidup menjadi ceria. Dalam keadaan ini, marilah kita fikir sejenak mereka yang tak berkemampuan untuk membeli ubat dan masih merasa sakit, mereka masih bersabar dalam menahan kesakitan. Sungguh betapa besarnya nikmat yang Allah bagi kepada kita ini. Kita ada rezeki. Marilah kita sentiasa mengingat-ingatkan dan menzahir-zahirkannya nikmat Allah ini. Allah swt suka akan hambanya yang membangkit-bangkitkan nikmat-Nya. Begitulah dilihat ada yang mengalir airmatanya, mari rasa timbul kesedaran dalam ketika kegembiraan, kerana memikir betapa terlalu besar dan mahalnya nikmat, anugerah dan segala pemberian Allah ini. 


Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan. (Adh-Dhuhaa 11) “Dari huraian tafsir maksud ayat ini, ia berkaitan juga ertinya adalah menzahirkan nikmat dari harta pemberian Allah. Dan telah juga dijsebutkan dalam hadis-hadis yang sahih agar disiarkan. Memanfatkaanya, memakai pakaian yang bersih dan cantik. Namun tidak untuk berniat riak dan sombong”. 

Sabda Nabi saw: Tidaklah seorang muslim tertimpa kesakitan kerana tusukan duri, atau yang lebih sakit darinya, kecuali Allah akan menghapus dosa-dosa dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya. (Hr Bukhari) 

Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk Dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli Neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk Dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli Syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Hr Muslim)


Dimasa yang sihat, muda, senang, lapang dan saat hidup inilah peluang sebanyak dan semampunya untuk buat pahala dan kebajikan. Bila sakit, tua, susah, sibuk dan sudah mati memang sudah payah, letih, tak larat, dan tiada guna lagi (mati). 

Akhirnya, semua ini adalah muhasabah dan peringatan bersama dari yang dirasa, yang saya rasa perlu kita ingat. Kita sentiasa usaha buat yang disuruh dan jauhi yang dilarang. Tidak pertahan, ego, ingkar, cenderung, sokong dan tidak yang suka, rela, redha dan biar. Tidak diremehkan segala larangan dan suruhan Allah. Suatu kebaikan yang dilakukan, mungkin itulah menjadi sebab kita dapat meraih syurga kelak. Suatu keburukan juga yang dilakukan, mungkin itulah menjadi sebab tergolong ahli neraka kelak. Kita tunaikan dengan ikhlas dan turuti Sunnah dari Baginda saw. Mudahan diterima amalan kita. Dengan kebaikan-kebaikan itu, insyaAllah menenggelamkan kejahatan-kejahatan kita. Menghapuskan dosa-dosa semalam. Memberatkan neraca timbangan dan dapat meraih pengakhiran dalam 'Husnul Khaatimah'. Aamiin. 


25 Muharram 1434 H bersamaan 09 Disember 2012 M 
Ahad, 12.45 pm. Terengganu, Malaysia.