Hari ini bila kita berjalan kemanapun, untuk keluar singgah hanya walau ke rumah-rumah jiran-jiran kita, ke surau, kedai berdekatan. Masalah pendedahan aurat amat cukup ketara sekali, seolah hukum dilarang dedah selain muka dan pergelangan tangan, ketat, sendat, jarang, terbelah, solek berlebihan dan seumpamanya itu lagi sudah dibenar agama sekarang. Pakaian wanita-wanita hari ini memang tak lulus syariat. Dari golongan peringkat sekolah rendah, menengah, remaja dan hingga tahap sudah bersuami dan keatas. Begitu rosak dengan bermacam fesyennya. Apatah lagi jika keluar ke bandar-bandar, kedai-kedai makan, pusat membeli-belah, tempat hiburan, permainan dan pantai. Pasti yang majoriti ramainya adalah pakaian yang sangat ditegah dan jauh lari dari suruhan Al-Quran dan Hadis Nabi kita saw. Yang sempurna cara pemakainya boleh dibilang, ia akan dinampak begitu asing. Tidak termasuk lagi yang begitu seksi pemakaiannya lagi, benarlah Sabda Nabi saw: “Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu. (Hr Bukhari)”. Hadis ini menunjukkan ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Bila sudah hilang sifat malu. Hal ini seolah begitu berat untuk diubah, demikianlah munasabah jaminan mudah syurga bagi wanita adalah dari yang menjaga maruahnya. Memelihara pakaian dan akhlaknya, termasuk dengan kes yang suka iklan dan kongsi-kongsikan gambarnya diinternet.
Hari ini dilihat bersamanya juga dari para ibubapa yang amat menjaga Agama, pelakunya juga seorang yang dikurniakan nikmat sihat, rezeki dan segala kemudahan dan kesenangan lain. Kenapa kita masih memilih untuk dosa. Kesalilah dosa. Ingin saya ungkap kembali sedikit petikan dari artikel lepas ini: Marilah kesali Dosa, tidak Ego.
“Ada orang, andai Allah bagi segala isi dunia kepadanya. Segala nikmat dunia dia dapat kecap dan rasa, dikurniakan segalanya kepada dia. Tiada halangan dan hukuman. Dan dia telah sentiasa lihat dan tahu berlaku kematian, kejadian alam, kemalangan dan yang ditimpa penyakit. Hanya satu menjadi bezanya, menjadi ujian yang sangat besar untuk dirinya. Supaya tunduk juga kepada ketetapan Allah. Hanya agar tunduk, dengar juga perintah Allah. Buang segala sifat ego dan malu, tak sanggup dengan keadaan sekeliling. Samada patuh atau tidak? Guna segala nikmat dengan cara yang halal atau tidak? Berusaha laksana suruhan Allah? Kenapa ego, masih tak ingin patuhkan Allah juga dan tidak berusaha merubahnya”
“Ramai dari kita, dalam sedang mencari rezeki. Agama kita terabai. Kenapa sampai demikian? Ingatlah tujuan yang besar dari mencari rezeki itu, bukan sekadar makan, minum, dan untuk segala kemudahan dunia. Ia lebih lagi dari itu, ia adalah dari antara amanah-amanah diciptakan kita. Kita berkerja dan kita ingat segalanya ini adalah sementara dan ada perhintungan kelak, ada hasil yang cukup mengembirakan. Ingatkan segalanya ada hubungan ikatan dengan Allah. Kita ini hamba Allah. Kita dijadikan dan kita akan dimatikan”. Ada kata pepatah: “Siapa yang tujuan hidupnya hanya makan minumnya, maka hasilnya ialah apa yang keluar dari perutnya itu”.
Didikan dari kecil, suasana dalam keluarga sendiri dan penekanan hal didikan agama adalah antara faktor yang amat penting sekali. Malang ramai ibubapa rela biarkan dan didik anaknya dengan pakaian yang ketat, dan segala yang dilarang. Tudung singkat, bonggol, baju sendat dan bermacam fesyennya mengikut suasana ramai orang yang memakai, mengikut selera iklan barat, tergila-gila tarikan musim dunia, hingga melupakan cara Agama. Demikian sudah pastu bila dewasanya anak, amatlah susah untuk diubah. Dalam Islam anak adalah antara sumber untuk mencari pahala untuk selepas mati kelak. Namun anak kita menjadi hasil yang lahir melakukan yang dilarang Allah. Seterunsya keadaan yang mendorongnya dari suasana dalam keluarga sendiri, dan juga lagi penegasan awal tentang dosa, pahala, halal dan haram semenjak kecil lagi. Mungkin boleh baca perkongsian-perkongsian lain dalam label wanita ini.
Marilah kita sentiasa menyedarinya, hal ini wajib diusaha dan diperingatkan. Adakah pakaian harian kita menepati kehendak Allah atau terus mengundang murka Allah. Sedarilah dan marilah kita usaha berubah, bila lagi ingin kita berubah, kita sudah tahu atau buat-buat tak tahu.
Dari keindahan, keadilan dan rahmatnya Islam itu. Allah azza wajalla sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita semua dan melarang kita dari berputus asa.
Dengan memang banyak dan benarnya kebaikan dan kebenaran dari sesiapapun dan diri kita sendiri juga, tidaklah ia menjadikan ternafinya dan terbetulnya yang salah dan silap dari sesiapapun itu dan juga diri kita. Silap memanglah ia silap dan benar memanglah ia benar. Itulah fitrah kita sebagai manusia.
Agama Islam cukup sempurna, tiada hal kehidupan yang dilepas pandang oleh Islam. Ada aturan dan panduannya dalam Islam. Yang dirasa tiada disebut dan kaitan dalam dan dengan Islam itu kerana dari kejahilan diri kita dan tidak sampai pengetahuannya kepada kita. Al-Quran dan Sunnah telah menjelaskan segalanya. Dari segala tuntutan Agama, segala suruhan dan larangan Allah. Menjadikan seorang hamba itu begitu hebat, kuat, mulia, selamat dan berjaya dunianya.
Sudah dimana tahap kita sekarang. Wanita sekarang, ujian besar adalah aurat dan dengan iklankannya pula. Dari dedah terus dan pamerkannya. Sudah tutup dan dedah di fb. Tutup dengan berbagai gaya dan aksi pula. Dan berpurdah dengan menzahirkannya. Kadang tunjuk yang ditutup dan tunjuk pula yang terdedah. Kadang sudah ditutup dan ditunjuk yang terdedah pula. Begitulah berbagai ragam dan masalah hal aurat dan iklan difb ini. Bila melihat keadaan ini. Hanya sangka baik yang nak disangkakan. Semua sedang berhadapan dan berjuang melalui ujian. Usahalah dan teruslah sedar dan bangkit dengan kesedaran itu. Berbagai musim yang berlaku diatas menunjukkan kita kadang telah masih tertewas lagi dengan ujian nafsu, masih lemah dalam menghadapinya dan kadang telah berjaya mengawalnya. Teruslah berusaha, dan mencari jalan agar kuat teguh atas jalan yang diredhai Allah itu. Mungkin dulu fenomena bebas dengan dedah terus. Tapi sekarang, dilihat fenomena dengan berpurdah pula dizahirkan. Melihat apa hasil yang boleh kita simpulkan, dari antara banyak kebaikan dan keburukannya. Jika nak diletak juga gambar, yang tidak berpurdah, memadai gambar profile yang neutral biasa dengan sempurna ditutup aurat. Adapun yang berpurdah pula, sudah memadai juga seperti yang tidak berpurdah. Gambar kita sebenar, tak payah diletak. Sudah pasti keduanya dengan berbagai gaya adalah dilarang. Ditutup itu dan berpurdah itu untuk elak fitnah. Namun jika sebaliknya dilakukan. Maka sama sahaja, bahkan mengaibkan dan mencelarukan lagi hukum Agama. Sebenarnya dari kita sendiri, apa dari tujuan kita letak gambar tersebut. Jika kita sebagai wakil rakyat, pemimpin, dan perlunya orang untuk mengenali kita. Atau niat kita dari awalnya adalah sebaliknya. Jika mampu untuk cari jalan dan elak dari sebarang fitnah, maka itulah yang dituntut. Wanita bukan bahan untuk selalu ditonton.
“Hijab itu bukan sekadar menutupi wajah, ia jua menutupi hati dan diri, dengan akhlak mulia, dan malu bercampur baur dengan lelaki-lelaki yang bukan mahram. Sucikan pakaian isteri-isteri Rasulullah s.a.w, contohi mereka, jangan dicemari kemuliaan hijab dengan gurau senda teruna dan dara, dengan gaya manja di dinding muka buku” - Status fb dari kenalan
Wanita bukanlah bahan pameran untuk ditenung. Hari ini ujian besar adalah ramai yang sibuk mempamerkannya diinternet. Merata gambarnya dipostkan dengan bermacam aksi. Itu pula berlaku ramai dari yang masih bujang, mungkin itu kita boleh sifatkan mereka yang ingin agar ada yang tertarik, untuk mencari jodoh, mengharap pujian, untuk berkenalan dan sebagainya lagi yang menjadi kesukaan zaman remaja-remaja di zaman sekarang. Namun menjadi bala besar lagi apabila ia masih berlaku juga selepas kahwin. Inilah ujian besar yang sebenarnya. Kejahilan dan pengabaian dari saranan Agama. Keterikutan cara barat. Jangan kita meremehkan hal ini. Demikianlah Agama amat menjaga dan menitikberatkan ia awal-awal lagi. Untuk apa gambar tersebut? Untuk siapa? Payah bagi lelaki untuk mengelak dari terkena sifat dayus akhir zaman ini, ini ujian besar dalam alam rumahtangga, dan ini bakal menjadi punca masalah besar dalam rumahtangga. Jangan kita fikir nikmat seks semata. Mereka membebaskan diri dari kaitan Agama. Dari hak suami isteri bila membuka internet. Jangan diikut sangat kehendak nafsu kita itu, fikirlah dan jagalah hal-hal ini sebaiknya. Jangan nak diikut juga selera barat dan mereka-mereka yang jahil. Kita buat ikut suka kita sahaja. Asal rasa gembira, kita suka, kita buat. Perhatlah baik-baik hukum hakam Agama. Kita ini sudah isteri orang, wajah dan tubuh badan kita masih menjadi fitnah diluar sana. Masih digilai dan menjadi saluran membangkitkan dosa kepada orang. Seolah siapa sahaja masih boleh sentuh, isterikan dan tegur kita. Sedarlah, jangan terlena kesukaan ini. Jangan terabai kerana kesibukan lain. Semuanya dan segalanya itu dari awal untuk menjaga kesucian, kemuliaan dan kebahagiaan kita semua. Luahkanlah dan zahirkanlah segalanya kepada yang dihalalkan. Sabar dan nikmatilah senikmatnya dengan jalan yang telah dihalalkan oleh Agama.
“Aurat wanita, perubahan dengan rasa sangat susah, ejekan, ketawa dan dengan panas dan peluhnya, dan berbagai lagi pengorbanan lain. Segalanya merupakan hal-hal yang amat besar nilaian dan ganjarannya disisi Allah. Menutup dengan sempurna aurat dan tidak mempamerkannya pula, lambang keimanan yang hebat pada suruhan Allah. Wahai Muslimah, disegani dan dimegahi kerana begitu tinggi kehendak agama padamu”
Ingin saya kongsikan luahan status dari seorang kenalan fb, yang saya rasa itulah hakikat keadaan yang sedang dirasai oleh lelaki, dialami sendiri oleh saya.
“Para facebooker wanita. Nampak solehah tapi gedik.
1) Bila update status tulis ayat "ala manja" dan ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah" walaupun hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu mesej yang baik.
2) Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama sejantina, tulis "ala-ala mesra alam" sampai melampau seperti "cium pipi kunk, wink-wink", "rasa nak peluk akak/adik je" and baanyak lagi. Sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam di fb pun. Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dengan kawan-kawan die". Biasanya lelaki akan rasa syok dan boleh mengundang syahwat dengan tulisan-tulisan seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya.
3) Animasi senyuman, gelak or kenyit mata melampau sana sini untuk lelaki seperti: "Syukran akhi ;-)", "Sama-sama :p Ustaz", " ^___^, " Mohon kopi pes akhi yunk ;;)))". Apa perasaan lelaki bila mendapat komen dan terima animasi seperti ini?
4) Tulis dan ajak manusia berdakwah dalam masa yang sama menggoda orang. Seperti: "Pesanan ustaz dan ustazah saya, sabar lah dalam ujian ya khas buat semua sahabat-sahabat saya yang disayangi lagi dirindui. Lalu tag orang-orang muslimin disamping muslimat.
Bagi saya, semua nampak simple dan biasa, tapi ianya mengundang penyakit hati bagi mereka yang sudah sakit. Jagalah akhlak dan adab sebagai muslimah, dalam fb kita sudah hilang malu, jika diluar fb adakah sesuka hati kita melayan mana-mana lelaki atau bicara. Kalau sekalipun nak cari jodoh dan tackle lelaki takkan Fb medannya. Jadilah muslimah yang benar-benar solehah yang tidak menjadi punca kepada membuka selera lelaki untuk melakukan maksiat hati. Mohon maaf jika terkasar bahasa, saya juga kadang-kadang terlepas pandang bila belek-belek balik memang menjengkelkan diri sendiri sebenarnya. "Nasihat untuk diri saya terlebih utamanya".
p/s : Bak kata Status dari Ibnu Batoota yg dipersetujui: "Kami benci dedah kecomelan di fb".”
“Bila buka fb ada sahaja terserempak dengan perkara-perkara yang menyebalkan hati. Jarang berlaku dikalangan muslimin tapi banyak berlaku dikalangan muslimat. Kerana yang namanya Muslimah terlalu khas urusannya berbanding lelaki.
Di dalam fb, muslimah lebih berani dan berkeyakinan diri dengan menulis status-status jiwang karat yang sesekali baca rasa "semacam je". Seperti, "Aku ingin menjadi isteri solehah kepada bakal imamku", " Cintaku hanya untuk yang halal", "Keindahan diriku hanya untuk si dia". Orang lelaki bila baca dia akan rasa "terpanggil untuk dekat dan ambil tahu" kalau begitu. Lelaki ada tak tulis macamni? Ada mungkin tapi jarang. Kalau ada memang dia perlu kepada kahwin. Tapi kalau perempuan tulis begitu, ada banyak sebab musabab antaranya, nak menarik perhatian, biasanya menarik perhatian lelakilah.
Muslimah juga, lebih slumber menegur lelaki di fb, di wall, di komen, di inbox, chat sampai kadang-kadang rimas sampai semak mata melihatnya. Ada saja nak ditegur selagi boleh, cipta macam-macam ayat power, kalau lelaki tegur dulu tu adatlah. Jika tegur untuk sesuatu yang berkenaan boleh terima lagi. Tapi tegur "kerana saja, suka-suka, nak berkenalan, nak mulakan bicara, nak test power pun ada". Bila dah start semua tu. Maka hilanglah sifat malu. Tanya soalan advance pulak tu. (dikisahkan kepada saya) Astaghfirullahal'azim.
Tahniah, bagi muslimah yang bebas daripada semua unsur-unsur ini.”
Nasihat ini cukup berguna, saya kira perlu untuk kita (para wanita) hadam dan muhasabah ia sebaiknya. Saling berpesan kepada yang lain juga. Ada komen yang tidak bersetuju dengan nasihat diatas. Saya katakan.
1. Status ini sebagai nasihat dan peringatan. Hal ini perlu dielak kerana besar fitnahnya, bagi yang ramai punyai penyakit dalam hatinya.
2. Yang selalu update status islami, kita hanya bersangka baik. Yang buruk dibelakang bukan alasan. Salah silap, kita saling tegur. Kita memberi semangat dalam untuk kebaikan dan perubahan.
3. Saya tidak hanya menilai dari zahir sahaja, saya tak menafikan banyak kebaikannya yang lain. Jika zahir itu salah, tetap salah. Yang batin, tidak diketahui, hanya Allah menilai kita semua.
4. Jika memang perbuatannya, sebaliknya yang terzahir dari status yang dizahirkan. Demikian, ayat status-status seperti dinyata diatas itu perlu diubah dan dihindar. Dari penyakit yang nampak biasa itu, ia telah dan bakal membenihkan penyakit-penyakt lain buat lelaki, dan kepada hasil yang lebih parah lagi.
“Akhirnya, teruslah kita bersama melaksanakan syariat Islam dalam hidup kita. Asing Islam itu bukan dibiar cara hidup kita asing dari orang ramai. Memilih untuk mengasingkan diri. Namun kita sering terasing dan masih diasing dari orang ramai”
03 Safar 1434 H bersamaan 17 Disember 2012 M
Isnin, 11.00 pm. Terengganu, Malaysia.