teman... kita memang sudah pernah sentiasa Lihat, Baca berita ada berlakunya Kematian, kerana kemalangan, kebakaran, ditimpa penyakit dan macam-macam lagi sebabnya. Kadang yang Kita lihat, baca, mereka itu masih muda, remaja, masih sihat, seorang pelajar. Kadang dikalangan ahli Keluarga, Ayab, Ibu, Abang, Adik, Kakak, Anak, Saudara terdekat. Perkara ini Kita memang tak mampu Jangka.
Janganlah kita rasa, Kita masih lambat lagi nak Mati. Kenapa Kita perlu rasa Demikian? Kita perlu menafikan sebab masih Sihat, Muda dan lagi sebab-sebab yang lain. Kita tak perlu sering tangguh untuk bertaubat, buat kebajikan. Kita perlu kena sentiasa ingatkan pada Diri kita Hakikat ini. Mati ini tak mengenal Waktu, sampai masanya, akan tetap berlaku juga, segalanya Allah telah tetapkan.
Ketika kita nak keluar, berjalan-jalan, memandu Kenderaan, sedang Berkerja, Belajar, sedang Tidur, Bermain, Berhibur dan apa-apa rutin harian tika kita Hidup. Marilah kita sentiasa ingatkan Mati, sebab kita sudah Pasti akan Mati juga dan ditanya, dibicara, dihisab. Dan akan dapat balasan, Nikmat atau Azab. Firman Allah swt:
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُّمْ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
Di mana saja kamu Berada, Kematian akan mendapatkan Kamu, sekalipun kamu di dalam Benteng yang Tinggi lagi Kukuh. (An-Nisaa' 78)
teman... sedarkah, Kita semua seakan terlupa Detik ini. Memikirkan keuntungan, kemewahan dan segala permainan, Hiburan Dunia. Kita seakan benar-benar lupa Detik ini, kita seakan tak akan Mati dan Kekal diDunia, kita lupa tentang Akhirat, alam Barzakh, hari dibangkitkan, dihitung, dibicara, dihisab diSana. Yang Muda dirasa masih lambat, yang Sihat dirasa masih lambat, padahal ia bukan syarat untuk berlaku juga Kematian. Kita sudah seringkali dengar, berita Kemalangan, Kebakaran, ditimpa Penyakit dan sebagainya. Inilah dia hakikat Kematian.
Bayangkan tika Kita dialam Pembelajaran. Exam yang akan kita duduki tidakpun dimaklumkan Waktunya, tiada dalam Jadual, kemudian tiba-tiba dimaklumkan dengan Mengejut, diwajibkan memasukinya. Sudah tentu kita akan menggelabah, takut, bimbang, kerana sudah tak sempat untuk buat persiapan, dan pastinya natijahnya kelak akan teruk, memalukan, menyedihkan. Namun bagi yang sudah sering biasa mengulangkaji, membuat persiapan, sudah tentu tiasa masaalah baginya. Inilah Kematian, marilah kita sentiasa mengingatinya, Menitikberatkannya. Firman Allah swt:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلاَ تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلاَ يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Hai Manusia, sesungguhnya janji Allah adalah Benar, maka sekali-kali janganlah Kehidupan Dunia memperdayakan Kamu dan sekali-kali janganlah Syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah (dalam mentaati Allah). (Faathir 5)
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
أَفَمَنْ وَعَدْنَاهُ وَعْدًا حَسَنًا فَهُوَ لاَقِيهِ كَمَنْ مَتَّعْنَاهُ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ هُوَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْمُحْضَرِينَ
Dan apa saja (hal-hal yang berhubungan dengan Duniawi seperti, Pangkat, Kekayaan, Kesenangan, Keturunan dan sebagainya) yang diberikan kepada Kamu, maka itu adalah keNikmatan hidup Duniawi dan Perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih Baik dan lebih Kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
Maka apakah Orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang Baik (syurga) lalu ia Memperolehnya, sama dengan Orang yang Kami berikan kepadanya Kenikmatan hidup Duniawi (orang yang diberi Kenikmatan hidup Duniawi, tetapi tidak dipergunakannya untuk mencari Kebahagiaan hidup di Akhirat) kemudian dia pada hari Kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam Neraka)? (Al-Qashash 60,61)
teman... hidup Kita di Dunia ini sekejap sahaja, kita lihat ibu bapa, atuk nenek kita yang lama yang telah Mati, manusia-manusia dahulu, zaman dahulu yang telah lama Mati, sudah berapa lama mereka berada di alam Barzakh. Sudah berpuluh-puluh, beratus-ratus Tahun. Kita yang masih Hidup, sudah pasti akan turut berada diSana juga nanti, Kita perlu Ingat, wujudnya Azab dan Nikmat disana adalah Benar, dasyatnya Azab Kubur adalah Benar. Sabda Nabi saw :
لَوْلا أَنْ لا تَدَافَنُوا لَدَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Jikalau kamu semua tak diKafankan, tak diTanamkan, nescaya Aku akan Berdoa, memohon pada Allah agar diperdengarkan bunyi Azab Kubur. (Hr Muslim)
لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
Jikalau kamu Tahu apa yang Aku Tahu, nescaya kamu akan sikit Berketawa dan banyak Menangis. (Hr Bukhari)
إذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهٌّد الآخر فَلْيَتَعَوَّذْ بالله مِنْ أَرْبَعٍ : مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ , وَعَذَابِ الْقَبْرِ , وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ , وَفِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Apabila kamu selesai membaca Tahiyyat Akhir maka mohon berlindunglah pada Allah dari 4 perkara: Daripada azab Neraka, azab siksaan Kubur, fitnah Kehidupan dan Kematian dan fitnah, kejahatan Dajjal. (Hr Muslim)
Bacaan Doanya ialah :
أللهُمَّ إنّي أعُوذُبِِكَ مِنْ عَذَابِِ جَهَنَّم ومِنْ عَذَابِِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَات وَمِنْ شَرِّ المَسِيْحِِ الدَجَّال
Ya Allah, Sesungguhnya Aku memohon perlindungan daripada azab Neraka, azab siksaan Kubur, fitnah Kehidupan dan Kematian & Kejahatan fitnah Dajjal. (Hr Muslim)
Demikian, sama-samalah Kita nilai cara, rutin Hidup kita diDunia ini. Adakah masih berlawanan dengan Perintah Allah? atau sudah Bersesuaian. Bila, dimana kita Mati, dan bagaimana keadaan Akhir Kematian kita, tak dapat kita ketahui.
Mungkin esok atau lusa. Demikianlah jika Hakikat ini sentiasa disedari, diyakini pada Diri, sentiasa terdetik dalam Hati, Hidup kita, nescaya Pasti tiada lagi rasa letih, susah untuk dikerjakan apa-apa urusan, amalan Kebaikan, Kebajikan. Tiada lagi alasan pada ketetapan-ketetapan Allah. Dan nescaya tiada lagi keinginan pada apa-apa perbuatan Dosa, Maksiat.
(29.10.2011, Sabtu. 11.25 pm)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan