Firman Allah swt: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang Zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). (Ibrahim 42,43)

Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan terhadap Makhluk pada hal-hal maksiat kepada Allah. (Hr Ahmad, dinilai Sahih oleh Albani)
lagi Sabda Nabi saw: Tiada ketaatan dalam Kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara Ma'ruf. (Hr Bukhari & Muslim)
• Pada yang terlibat dengan perbuatan Zalim ini, yang masih lagi bersekongkol, bersama dengan golongan yang menghalalkan Kezaliman ini, dan yang telah menghalalkan berbagai lagi kerja-kerja Zalim, Maksiat lain. Perlu untuk kita Fikir, Nilai sedalamnya tentang perkara ini.
• Terhasilnya BERSIH ini adalah apabila tiap pintu, saluran cara lain sudah tidak berkesan dan tidak diendahpun oleh Kerajaan, Sistem demokrasi yang berat Sebelah, dinafikan Hak dan banyak lagi ketidakadilan berlaku dalam Pemerintahan.
• BERSIH bukan ingin menjatuhkan Kerajaan, bukan nak buat kerja Maksiat, bukan nak buat kacau, rusuhan dijalanan. Tapi ingin mengadakan Perhimpunan Aman, Perhimpunan untuk menyuarakan Suara, Hak agar dibersihkan & dilaksanakan Pilihanraya dengan Adil. Menuntut supaya Pemilihan Pemimpin dapat dilakukan secara Bersih, Adil. Dan berbagai lagi tuntutan yang perlunya ia dilaksanakan. Mudahan & Harapan dengan Perhimpunan, Cara sebegini dapatlah menyedarkan Kerajaan dan Kerajaan dapat faham dan mengambil berat, inisiatif tentang perkara ini.
• Bila sudah Adilnya sistem Demokrasi ini, barulah semua dapat melihat, mendengar & membuat Penilaian sendiri dari kedua-dua belah Pihak.
• Akal Manusia yang waras sudah tentu jelas dapat menilai mana yang Betul, Benar & Salah, Zalim. Kita perlu mengambil berat tentang Urusan ini. Janganlah kita termasuk dikalangan Orang yang tidak mahu mengambil tahu bila bercakap soal ini, soal Politik. Ianya juga adalah sebahagian Kesempurnaan Islam. Ada caranya yang telah diajar oleh Islam. Janganlah kita merasa tak mengapa memberikan sokongan pada Golongan-golongan yang Zalim.
• Kita semua sudahpun melihat keadaan yang Berlaku di Bumi Mesir. Namun perlu difahami keadaan tersebut amat Berbeza dengan Keadaan yang dialami diNegara kita. Tapi keadaan diMesir mungkin boleh juga terhasil diNegara kita jika Kerajaan turut sama mengikut cara Pemerintahan Zalim, kukubesi Hosni Mubarak itu.
• Buat Pemerintah dan yang Patuh pada kerja-kerja Zalim ini, yang Suka dengan kerja Zalim ini. Ingatlah akan suatu masa kita pasti akan Mati dan akan diBangkitkan. Seterusnya akan diAdili tiap perbuatan Zalim ini. Kes2 kezaliman ini akan diBicara kembali jika tidak bertaubat, meminta maaf, menebus dimasa Dunia ini. Jika Mangsa-mangsa ini diPukul, diTerajang, diSembur Gas dan sebagainya. Kita juga akan menerima nasib yang lebih lagi Malang diwaktu Akhirat kelak. Mungkin masih lagi boleh merasa Gembira, merasa Selamat di Dunia, tapi diAkhirat sudah Pasti tak akan dapat merasa selamat, gembira jika tak juga menginsafinya.
Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis Amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan Hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan Adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa' 58)
asssalamualaikum , saya tertarik apa yang penulis tulis ini ,, namun saya agak terkilan dan menunujukka bahawa pihak berkuasa sahaja yang zalim dalam perhimpunan itu... adakah pihak penulis tahu diatas dasar undang2 negara. Ingin melancarkan provokasi dijalanan.. sempurnakah... apakah kezaliman dilakukan pihak berkuasa .. sekiranya anda sebagai seorang pihak berkuasa ada disitu dan sedang menjalankan tugas untuk menghalang rusuhan tiba2 dicemuh dgn perkatraan anjing dan babi ... apakah perasaasedangkan pihak berkuasa telah memberi amaran tidak dibenarkan membuat sebarang perhimpunan jalanan... kenapa dibantah dengan sewenang-wenang.. anda.. adalah dalam islam diajar disitu..Undang-undang negara boleh dicabar .. bagaimana ajaran islam.. Dala islam tidak diajar untuk provokasi seperti ini.. Kenapa ihak penganjur tak ikut arahan nak demo distadium luar Kuala Lumpur sepertri pernah ditawarkan oleh MB selangor sendiri. Masih hendak buat di K.L. apa motifnya..Untuk mengelakkan sesuatu terjadi maka pihak berkuasa mengambil tindakan statik untuk kepentingan orang awam. Segala bahan2 bukti dan cuba melakukan huru hara telah terjumpa.. ... Lebih baik kita cegah sebelum parah.
BalasPadamSebelum berlaku kekecohan apakah pihak berkuasa terus bertindak.. telah diberi amaran bersurai dan berundur.. tapi malangnya dicabar, dicaci bertalu-talu.. dirempuh pada berkuasa... apakah pihak berkuasa bukan manusia ke?
Tentang kematian... betulkah pihak berkuasa melakukan kezaliman pada arwah berkenaan.... sedangkan pihak berkuasa membawa kehospital... dan disahkan bahawa arwah berkenaan mengalami sakit jantung .. dah tau sakit kenapa nak ikut provokasi.. semua cctv semua dah lengkap.
Tahukah penulis siapa yang mula-mula membuat kecoh.. pihak pembangkang telah mmulakan dulu dengan lakonan yang amat dasyat seolah-olah pihak berkuasa mula dulu... itu pun cctv juga telah dirakam.. siapa dalangnya?
Begitu juga dengan DSAI ..semuanya adala lakunan semata-mata .. cctv menjadi bahan bukti.. juga... kenapa para penulis tidak terfikirkan kebanyakan yang dem ini orang islam.. adakah islam mengajar seperti ini.. Jgnlah menggunakan ayat berikt untuk sebelah pihak.. Apakah hukumnya dalam islam sekiranya melangar perintah undang-undang negara... Sedangkan sabda rasullah s.a.w. : hendaklah kita patuh pada pemerintah walaupun dirotan sekalipun.. islam amat melarang membuat / memusuhi/ mencela sesama islam. Dimana pihat tertentu yang melaungkan pejuang islam sebenar.... jangan hanya pandang sebelah mata... sanggup bagi duit pada seseorang ingin melakukan demo semata-mata untuk hawa nafsu a(rasuah ) ada bukti dan pengakuan dua/tiga orang memberi maklumat sebenar... kenapa penulis tidak tulis berkenaan .. islam ajarkah ini semua. Jgn lah ikutseorang pemimpin laknat yang pernah menentang islam dan pernah menyahut kononnya islam adalah sama seperti agama lain.. Apakah hukum seorang islam bersekomgkol dengan kafir laknat menentang islam Jawabannya adalah murtad.. sepatutnya penulis harus tulis berkenaan.. Jgnlah agama boleh dipermainkan dan jgn al-quran dan hadis dijadikan sandaran untuk kepentingan politik kotor ini datau ingin mempertahankan seseorang.
Kalau negara ini kecoh atau berlaku rusuhan .. hari ini kenapa tiada sebarang sekatan ... jalan sepertii biasa.. kalau betul dah kucar-kacir jgn harap pihak polis ambil alih ..sudah tentu tentera akan ambil alih... maka perintah berkurug akan dikenakan.. maka apa akan jadikan pada negar... banyak rakyat asing akan keluar kemalaysia.. dan kita tidak dapat nikmat kita alami ini. masih ebbas dan masih bergerak.. Jgnlah dan sanggupkah memburukan negara sendiri demi kepentingan politik. sanggup pengkhianat negara,undang-undang negara .. fikirlah sdalam-dalamnya sebelum membuat sesuautu.. allah amaha mengathui dan maha melihat.
waalaikumussalam Ustaz Rosli, tme kasih atas komen Ustaz yang begitu panjang. Byk prkara yg perlu diperjelaskan & disimpulkan. i'allah, jika ada ruang, saya mmg ingin menjelaskannya. Terima kasih atas luahan, kritikan ini, byk faedahnya. salam Persaudaraan dari saya. Assalamualaikum...
BalasPadam