Rabu, 18 Mei 2011

Taatilah, Laksanakanlah Perintah, Hukum ALLAH.

“ Kaum Nabi Nuh as yang telah tenggelam di bawah Air Banjir yang mengerikan. Kaum Ad yang telah ditimbus oleh Ribut Pasir yang tiada hentinya. Kaum Nabi Lut as yang telah dihapuskan dari muka bumi dengan Aliran Larva serta Gempabumi. Askar-askar Firaun yang telah hilang di dalam Laut. Dan banyak lagi kerajaan-kerajaan silam yang telah dihapuskan dari muka Bumi ini oleh Allah kerana Durhaka mereka ”

Firman Allah swt: Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang Terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (Al-Mulk 18)


Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya Mereka tetapi merekalah yang menganiaya Diri Sendiri. (At-Taubah 70)

“ Raja Namrud yang Kuat telah dibinasakan hanya dengan seekor Nyamuk. Presiden Turki yang pertama, Kemal Ataturk yang telah Membuang Islam sebagai Agama Rasmi Negaranya telah menerima azab disaat hampirnya Kematian. Pm Israel, Ariel Sharon yang begitu Jahat telah juga menerima azab disaat kematiannya. Dan ramai lagi manusia-manusia dahulu yang telah ditimpakan Azab Dunia oleh Allah kerana Durhaka mereka ”

Dunia hari ini dilihat sudahpun menunjukkan tanda-tanda Kebinasaannya. Kebanyakan Tanda-tanda Kiamat kecil yang telah dinyatakan Nabi saw telahpun terjadi. Sekarang hanya Menunggu tanda-tanda Besar sahaja muncul. Namun sebahagian Besar Penghuni Dunia hari ini masih leka, lalai dengan Permainan Dunia. Tidak mahu memikirkan, memperhatikan tanda-tanda ini, tidak pernah mengambil Pengajaran darinya. Ramai lagi yang sewenangnya melanggar Perintah Allah swt. Memilih-milih dalam melaksanakan Perintah Allah. Tidak merasa takut mengerjakan Larangan Allah. Mereka tak pernah mengambil Pengajaran akan Kisah-kisah Kebinasaan, Penyesalan yang telahpun banyak terjadi pada Umat-umat yang Durhaka dahulu.

Atau mungkin sebahagian Besar Sebenarnya sudah amat jelas Mengetahui segalanya. Namun dirasa sukar untuk meninggalkan Larangan Allah, dirasa sudah Biasa dan Suka dengan perkara yang dilarang Allah. Dirasa Umur masih Muda, masih Sihat, dan Dihadiri Sifat suka Menangguh-nangguh untuk berhenti dan kembali Bertaubat pada Allah.

Saudaraku sekalian... Sebelum datangnya Ajal, Sebelum terbitnya Matahari dari Arah Barat, Sebelum Hati kita penuh dengan Karat, Dosa dan disaat itu teramat sukar untuk membersihkannya, Sebelum Hati kita dipalingkan Allah kerana kedegilan kita. Marilah sama2 kita mengambil peluang disaat ini dengan Bermuhasabah, Memperbaiki dan Menginsafi Segala-galanya. Aidaikata selamat di masa Dunia, kelak di masa Akhirat sudah Pasti diHukum juga. Padahal sudah Pastinya kita semua menginginkan keselamatan, kebaikan Hidup di masa Dunia dan juga Akhirat.

Umur kita makin hari makin Meningkat. Sudah ramai dikalangan kita yang telah Dijemput Malaikat Izrail. Kita semua akan Dijemput juga nanti. Bila, dimana dan bagaimana keadaannya telah Ditetapkan Allah swt. Disana Ada dikalangan Saudara kita yang selamat berada diAlam Barzakh, dan ada juga yang sedang Disiksa. Segalanya dinilai mengikut kelakuan yang dilakukan dimasa Dunia ini. Adakah segala Perintah, Hukum Allah telah ditaati dan dilaksanakannya? Ataupun dipilih-pilih dan ditinggalkannya.

Sebenarnya bila ditanya pada Mereka yang Berzina, Meninggalkan Solat, Mendedahkan Aurat, Bergaul Bebas, Mencuri, Merogol, Membunuh, dan Pada Mereka yang Merasuah, Menerima Rasuah, Menipu, Menzalimi Manusia Lain, Menyalahgunakan Kuasa, Menghalalkan agenda-agenda Maksiat, dan pelbagai bentuk kemungkaran lagi.

Hasil Jawapan dari Sebahagian Besarnya sudahpun jelas mengetahui Hukumnya. Namun kelemahan Iman, Kesombongan, kedegilan Diri, dan kegilaan, kecintaan pada Dunia melalaikan dan melupakan untuk kembali Bertaubat pada Allah swt. Seterusnya dirasakan sudah biasa dan bukan lagi menjadi kesalahan melakukan perkara sedemikian. Nauzubillah min zaalik.

Saudaraku sekalian... Di dalam Al-Quran sudah banyak diceritakan bagaimana Kesudahan Golongan2 yang Sombong untuk menerima Islam, yang tidak mempercayai, meyakini Ajaran Islam yang dibawa Rasul mereka. Mereka menentang, mempersenda, mengejek apa yang dibawa Rasul mereka. Mereka tidak mengendahkan segala perkara yang telah ditetapkan. Mereka memilih-milih dalam melaksanakan ketetapan dari Allah. Keadaan mereka diAkhirat penuh dengan Penyesalan. Padahal sebenarnya Mereka telah mengetahui Benarnya Islam yang dibawa Rasul mereka. Tetapi sikap angkuh, sombong, degil mereka menyebabkan kecelakaan penghujungnya.

Buat Diri serta pada Keluarga dan kepada saudara-saudari seIslam yang terdiri dari Orang Awam dan juga Pembesar2, Pemimpin2, Orang yang Berjawatan, Berkedudukan tinggi, yang melakukan kerja Dosa, Maksiat. Melakukan perkara yang bertentangan dengan Perintah Allah.

Sama-samalah kita cuba Korbankan, Tundukkan segala sifat Kesombongan, Keegoan, Kecintaan pada Dunia, Kedegilan Diri untuk Melaksanakan Segala Perintah, Hukum Allah. Hingga saat ini kita masih diberi ruang untuk merubah Segalanya. Kembalilah padaNya. Terlalu sakit Gambaran Azab yang telah dikhabarkan. Telah ramai manusia-manusia yang dibinasakan dahulu sedang berhadapan dengan Azab yang mengerikan, mereka sedang berada dalam keadaan sesal Sesesalnya.

Yakinlah pada Kewajiapan yang telah ditetapkanNya. Laksanakanlah suruhanNya. Berusaha seboleh yang mungkin menjauhi Diri dari perkara yang dimurkaiNya. Segala nikmat Hidup telah dikurniakan, Saksikan sama nikmat tersebut pada kehendak Islam. Dimana Halal dan Haramnya. Dimana Perintah dan Larangannya. Alangkah nikmatnya Hidup jika sentiasa disaksikan sama kehendakNya.

Al-quran telah menceritakan keadaan Golongan yang Durhaka apabila telah sampai ajal. Disaat tersebut baru mereka mengakui akan kesilapan mereka diDunia dahulu, mereka memohon pada Allah agar dapat kembali semula ke Dunia hanya sekejap untuk menebus segalanya. Akan tetapi penyesalan pada waktu itu sudah tidak bermanfaat lagi hingga ada dikalangan mereka yang berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi Tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku & menerima balasan)" (An-Naba' 40). Nauzubillah min zaalik.

Dan banyak lagi Peringatan2 yg telah Dijelaskan.

Akhirnya, Saya mengharapkan kita semua dapat mengamalkan cara Hidup yang telah diajar Islam secara keseluruhannya. Kita taati dan laksanakan tiap Perintah dan Hukum yang telah diperintahkan Allah swt pada kita. Kita berusaha untuk menjauhi dari perkara yang Dilarangnya. Kita perlu saling menyuruh pada Kebaikan, dan perlu saling mencegah pada Kejahatan, Dosa. Kita perlu menolong, memberi sokongan pada Golongan yang ingin mengamalkan dan menegakkan Perintah Allah. Dan kita Perlu memboikot Golongan yang tidak ingin mengamalkan dan menegakkan Perintah Allah, Yang menghalalkan Larangan Allah swt.

" Ya ALLAH, Berilah kami kebaikan di DUNIA & kebaikan di AKHIRAT. Dan Peliharalah kami dari azab NERAKA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan