Sabda Nabi saw: Setiap Mayat akan diekori 3 perkara, 2 akan pulang dan hanya 1 akan kekal dengannya. Yang akan mengekori Mayat ialah Keluarga, Harta dan Amalannya. Kaum Keluarga dan Harta akan pulang dan yang kekal ialah Amalannya. (Hr Muslim)

• Tiap2 Hari ada Berlakunya Kematian, tetapi Ramai yang tak mengambil Pengajaran darinya.
• Setiap Kita tidak mengetahui bila Malaikat Izrail akan datang untuk Menjemput kita keAlam Kubur, kemudian akan Disambut & Disoal oleh Malaikat Mungkar & Nakir. Segalanya telah tertulis disisi Allah swt akan waktu Tersebut.
• Hari ini & Saat ini Kita masih lagi sempat Memperbaiki, Menginsafi dan Meningkatkan tahap KeIslaman, KeImanan dan KeIhsanan kita. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan Saudara kita sekarang yang sedang disoal Mungkar & Nakir. Ada yang selamat dan ada yang Tidak Selamat, mengikut Amal masing-masing diDunia dahulu.
• Demikian itu, Marilah Sama-sama kita Perbanyakkan Bekalan Iman, Amal untuk pulang mengadapNya. Menjauhi segala perkara yang DilarangNya. Anggaplah segala keperitan, keletihan, kesusahan dan kesulitan yang dihadapi dalam menunaikan hakNya & menjauhi laranganNya ini sebagai Benteng yang dapat menyelamatkan kita dari terkena Azab siksaanNya kelak.
Sabarlah dalam menunaikan hakNya. Firman Allah swt: Wahai Orang-orang yang Beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala Kesukaran dalam Mengerjakan Perkara-perkara yang Berkebajikan), dan Kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta Bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)
Sabarlah diatas ujianNya. Firman Allah swt: Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam mengerjakan Suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan Pahala Orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)
• Sama2 kita Bermuhasabah, Adakah segala nikmat, akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya telah disaksikan sama Halal Haramnya? dimanfaatkan Sebaiknya? atau digunakan pada jalan yang DimurkaiNya?
• Hidup ini tidak pernah henti Berputar. Waktu terus Berjalan dan kita tak dapat Menghentikannya. Umur kita terus Meningkat dan kita tak dapat lagi Mengundurnya. Ajal itu datang dalam keadaan yang tak dapat kita menjangkainya. Demikian itu, Janganlah ditangguhi untuk balik Bertaubat padaNya.
• Sebelum datangnya Ajal, Sebelum terbitnya Matahari dari Arah Barat, Sebelum Hati kita penuh dengan Karat dan disaat itu teramat sukar untuk membersihkannya, Sebelum Hati kita dipalingkan Allah kerana kedegilan kita. Marilah kita mengambil kesempatan ini dgn Memperbaiki, Menginsafi Segalanya. Ketahuilah Rasa Sesal diAkhirat kelak sudah tiada lagi Manfaatnya.
Firman Allah swt: Yang Mengampunkan Dosa, dan Yang Menerima Taubat; Yang Berat AzabNya; Yang Melimpah-limpah KurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat Kembali. (Ghaffir 3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan