Khamis, 23 September 2010

Yang Kekal Hanya AMALAN.

Sabda Nabi saw: Setiap Mayat akan diekori 3 perkara, 2 akan pulang dan hanya 1 akan kekal dengannya. Yang akan mengekori Mayat ialah Keluarga, Harta dan Amalannya. Kaum Keluarga dan Harta akan pulang dan yang kekal ialah Amalannya. (Hr Muslim)


Tiap2 Hari ada Berlakunya Kematian, tetapi Ramai yang tak mengambil Pengajaran darinya.

Setiap Kita tidak mengetahui bila Malaikat Izrail akan datang untuk Menjemput kita keAlam Kubur, kemudian akan Disambut & Disoal oleh Malaikat Mungkar & Nakir. Segalanya telah tertulis disisi Allah swt akan waktu Tersebut.

Hari ini & Saat ini Kita masih lagi sempat Memperbaiki, Menginsafi dan Meningkatkan tahap KeIslaman, KeImanan dan KeIhsanan kita. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan Saudara kita sekarang yang sedang disoal Mungkar & Nakir. Ada yang selamat dan ada yang Tidak Selamat, mengikut Amal masing-masing diDunia dahulu.

Demikian itu, Marilah Sama-sama kita Perbanyakkan Bekalan Iman, Amal untuk pulang mengadapNya. Menjauhi segala perkara yang DilarangNya. Anggaplah segala keperitan, keletihan, kesusahan dan kesulitan yang dihadapi dalam menunaikan hakNya & menjauhi laranganNya ini sebagai Benteng yang dapat menyelamatkan kita dari terkena Azab siksaanNya kelak.

Sabarlah dalam menunaikan hakNya. Firman Allah swt: Wahai Orang-orang yang Beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala Kesukaran dalam Mengerjakan Perkara-perkara yang Berkebajikan), dan Kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta Bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)

Sabarlah diatas ujianNya. Firman Allah swt: Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam mengerjakan Suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan Pahala Orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)

Sama2 kita Bermuhasabah, Adakah segala nikmat, akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya telah disaksikan sama Halal Haramnya? dimanfaatkan Sebaiknya? atau digunakan pada jalan yang DimurkaiNya?

Hidup ini tidak pernah henti Berputar. Waktu terus Berjalan dan kita tak dapat Menghentikannya. Umur kita terus Meningkat dan kita tak dapat lagi Mengundurnya. Ajal itu datang dalam keadaan yang tak dapat kita menjangkainya. Demikian itu, Janganlah ditangguhi untuk balik Bertaubat padaNya.

Sebelum datangnya Ajal, Sebelum terbitnya Matahari dari Arah Barat, Sebelum Hati kita penuh dengan Karat dan disaat itu teramat sukar untuk membersihkannya, Sebelum Hati kita dipalingkan Allah kerana kedegilan kita. Marilah kita mengambil kesempatan ini dgn Memperbaiki, Menginsafi Segalanya. Ketahuilah Rasa Sesal diAkhirat kelak sudah tiada lagi Manfaatnya.

Firman Allah swt: Yang Mengampunkan Dosa, dan Yang Menerima Taubat; Yang Berat AzabNya; Yang Melimpah-limpah KurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat Kembali. (Ghaffir 3)

Sabtu, 18 September 2010

Hukum Allah penyelesaiannya.


15 Sept - SIBU. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah. Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi. Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hgga 10 mlm. - Utusan

15 Sept - IPOH. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar, Bidor di sini petang ini. Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5.30 petang. - Utusan

15 Sept - KOTA BHARU. Sebuah keluarga yang sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terkejut apabila menemui bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan di beranda rumah mereka, hari ini. Bayi seberat 2.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad, 50, selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi. Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata, sebaik sahaja dimaklumkan, dia terus membuka pintu dan menemui bayi perempuan diselimut dengan kain lampin serta tuala diletakkan di atas beranda rumahnya. "Saya mendapati di sisi bayi itu terdapat sebotol susu. Saya kemudian membawa bayi tersebut ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri. - Utusan

Semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan, dibunuh kejam. Zina sudah mnjadi perkara biasa, pelbagai bentuk maksiat berleluasa dimana-mana, halal & haram sudah tidak diambil kira, kejahilan makin bertambah, malu sudah tiada lagi, bahkan menunjuk-nunjuk pada perkara yang dimurkaiNya. Undang-undang rekaan manusia tidak dapat mnyelesaikannya. Mungkin suatu masa nanti orang akan bercakap "cukuplah sekadar berzina, anak jangan dibuang, dibunuh". nauzubillah min zaalik.

Bermacam-macam cara difikirkan, diperkenalkan kondom, cawat besi, bank bayi, pendidikan seks, sekolah pelajar hamil, semuanya tidak selesai. Allah swt telah menunjukkan kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Namun manusia masih sukar untuk balik pada Allah swt. Masih mempersoalkan hukum Allah, Ingatlah segala harta, pangkat, kedudukan, kaum kerabat & segalanya akan binasa dan dipersoal kembali di mahkamah Allah swt nanti. Bumi dan sagala isinya ini Milik Allah, Dia Maha mengetahui apa keperluan makhluk yang diciptaNya.

Selagi mana Hukum Allah masih dibelakangkan, masih dipilih-pilih untuk dilaksanakannya dan kecenderungan masyarakat yang memberi sokongan. Sampai bila pun kemungkaran ini tidak akan dapat dibendung. (Kelab-kelab malam, pusat hiburan, konsert yang melalaikan, penjualan arak, pil ectasy, video, iklan, cerita berunsur lucah, yang tidak bermoral, pendedahan aurat, pergaulan bebas, curi, rompak, bunuh dan segala pintu kemungkaran lagi).

Saudaraku sekalian. Seandainya kita semua meyakini Islam yang dianuti ini, meyakini dunia ini akan musnah akhirnya, meyakini akn Azab & Nikmat disana. Nescaya Islam yang dianuti ini terasa nikmatnya, bumi yang didiami hadir keberkatan dariNya.

Firman Allah swt : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan mmerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta mmberi zakat, dan meraka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan & perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj 41)

Sabda Nabi saw : Semua kamu adalah pemimpin & semua kamu akan diminta pertanggungjawabannya.

Seorang Imam (amir) adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.
Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah suaminya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.
Seorang pelayan adalah pemimpin dalam harta kekayaan majikannya, dan dia akan diminta pertanggungjawabannya.

Jadi semua kamu itu pmimpin & semua kamu itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Muttafaq alaih)

Kita semua akan pulang mengadap Allah mmbawa bekalan masing-masing. Akan dibentang segala amal yang dikerjakan, dari sehalus-halus perkara hinggalah sebesar-besarnya. Justeru itu marilah sama-sama kita menjalani kehidupan dunia ini berpandukan wasiat yang telah ditinggalkan Nabi saw. Iaitu Al-Quran dan SunnahNya, supaya kita terselamat & tidak tersesat selamanya. Sama-sama kita menafkahkan saki baki hidup yang masih dikurniakan ini pada Islam dengan kemampuan yang ada. Alangkah indahnya hidup ini jika disaksikan sama hak-hakNya

Laksanakan Islam pada diri anda, keluarga, sanak saudara, teman-teman & masyarakat amnya, mengikut kemampuan masing-masing. Kita semua menginginkan kebahagiaan, keselmatan didunia & diakhirat.

" Ya Allah! ampunikanlah segala kesilapan, keterlanjuran, kelalaian, kejahilan kami dalam mnjalani khdupan dunia ini, berilah petunjuk kami, tetapkanlah hati2 kami dijalanMu dan dlm mentaatiMu "

" Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau akan Syurga dan barang yg boleh menghampirkan aku kepadanya daripada perkataan atau perbuatan dan amalan dan aku berlindung dari Neraka dan apa yg menghampirkan aku kepadanya sama ada melalui perkataan, perbuatan dan amalan "