Rabu, 12 Disember 2018

Yang penting, tanda ingatan anak pada Ibubapa.

Saya masih tidak berkemampuan untuk memberi duit pada ibubapa, namun disudut lain sudah saya tunaikan. Kadang saya juga buntu. 



Alhamdulillah, jawapan ini membantu saya.

"Yang penting, tanda ingatan kita pada ibubapa. Caranya terserah kepada anak dan bagaimana cara yang disukai oleh ibubapanya sendiri. Ini contoh persoalan yang saya telah ajukan kepada seorang pakcik yang saya kenali seorang anak yang baik melalui Fb, inshaAllah." 

Semoga bermanfaat. 




Jumaat, 16 November 2018

Mekap, Allah dah jadi yang terbaik.

Rupa kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah. 

Kenapa kalau rupa tak cantik tak boleh hidup ke? Allah dah bagi kelebihan dengan kesesuaian dari apa yang telah diciptaNya. 

Rupa cantik bukan bermakna kita beruntung, Allah tidak menilai rupa, dan Allah menguji dengan zahir rupa, bahkan orang yang diberi rupa cantik lebih besar ujiannya dalam beriman.

Kenapa sanggup mekap sampai merubah rupa asal, semata-mata untuk kelihatan cantik? Apatah lagi jika menjadi fitnah pula.

Tapi tak salah nak cantikkan diri dengan fitrah keinginan Tuhan jadikan, dengan tujuan yang dibenarkan.

Muhasabah.