Jumaat, 16 November 2018

Mekap, Allah dah jadi yang terbaik.

Rupa kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah. 

Kenapa kalau rupa tak cantik tak boleh hidup ke? Allah dah bagi kelebihan dengan kesesuaian dari apa yang telah diciptaNya. 

Rupa cantik bukan bermakna kita beruntung, Allah tidak menilai rupa, dan Allah menguji dengan zahir rupa, bahkan orang yang diberi rupa cantik lebih besar ujiannya dalam beriman.

Kenapa sanggup mekap sampai merubah rupa asal, semata-mata untuk kelihatan cantik? Apatah lagi jika menjadi fitnah pula.

Tapi tak salah nak cantikkan diri dengan fitrah keinginan Tuhan jadikan, dengan tujuan yang dibenarkan.

Muhasabah.


Ahad, 28 Oktober 2018

Jika wanita berkenan lelaki... .

Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah سبحانه وتعالى adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki. Jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia bolehlah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya.

Bukannya memperagakan kecantikannya mundar-mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan gambar di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi. Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian. Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan.

- Sheikh Nuruddin Al-Banjari.