Ahad, 5 Jun 2016

Ramadhan 2016.

 


Alhamdulillah dengan kesempatan bersama Ramadhan lagi tahun ini. Cukup saya terus kepada fokus kesimpulan penekanan yang perlu kita lihat:

● Perhatikan segala hukum Ibadat Ramadhan kita agar sah dan diterima Allah.
● Perhatikan amalan sunnah yang ditinggalkan Ugama agar sempurna, tepat dan diterima Allah.
● Perhatikan hubungan rohaniyah kita dalam setiap ibadat agar benar-benar dengan penuh pengharapan dan mendapat segala kebaikan Ramadhan.
● Perhatikan kesan Ramadhan agar berjaya menyedarkan, membawa perubahan dan perbezaan yang baharu.

Alhamdulillah atas Nikmat Ramadhan ini:

● Ada yang datang Ramadhan sibuk dengan bisnes yang utama.
● Ada yang datang Ramadhan sudah sibuk dengan memikirkan tentang raya.
● Ada yang datang Ramadhan sibuk dengan menikmati juadah berbuka.
● Ada yang datang Ramadhan tertunggu untuk kejohanan Euro.

Jangan sampai kita belakangkan Tawaran Ramadhan ini. Ramadhan tiba lagi. Ramadhan yang Allah izinkan kita lalui ini, marilah kita:

● Menjadikan segala perubahan kebaikan dengan azam yang baru dimulai semula di bulan ini.
● Mengambil dan merebut segala keistimewaan di bulan ini.
● Dan mengharap Ramadhan ada hasil perubahan pada diri kita serta diterima Allah.

"Selamat Beribadah. Selamat Berjuang. Selamat Berusaha. Moga Kita Tidak Berputus Asa."

5 Jun 2016.
Ahad, 12.30 am. Marang, Terengganu.

Sabtu, 28 Mei 2016

Cukuplah Berbohong Ibu.

Kata si anak dalam satu kisah tentang pengorbanan seorang ibu. 

Seorang ibu yang selalu berbohong kepada anaknya kerana kasih sayang dan pengorbanan. 

 Apabila soal makanan ibu sanggup tidak makan dan mengatakan tidak suka makanan itu walau disukainya demi anaknya. 

 Apabila tidak cukup makanan ibu selalu menahan lapar dan mengatakan sudah kenyang demi anaknya. 

 Apabila sakit ibu selalu menahan sakit dan mengatakan ibu tiada apa kerana ingin mengembirakan anaknya. 

● Apabila sedih ibu sanggup mengeringkan jiwa dan menguatkan semangat demi kerisauan anaknya.

● Apabila letih ibu sanggup memaksa juga dirinya dan berkata ibu sudah biasa melakukan ini demi menyeronokkan anaknya.

● Apabila tiada duit ibu sampai berhutang dan bertanya lagi berapa yang diperlukan demi anaknya.

Hinggalah ibu ditimpa sakit berat dan ketika anaknya mendapat berita dari doktor jangkaan penyakit lantas pergi berjumpa ibu, ibu masih menyambut dengan senyuman gembira dan berkata tiada apa anak. Maka akhirnya si anak berkata, "Cukuplah berbohong ibu." 

Hinggalah saat dewasa ini barulah mungkin kita sedar. "Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami diwaktu kecil. Ya Allah, bantulah kami untuk berbuat baik kepada ibubapa kami."


29 Mei 2016.
Ahad, 1.00 pm. Ipoh, Perak.