Selasa, 27 Julai 2010

Sesal diAKHIRAT tiada gunanya.

Firman Allah swt: Pada masa Muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami Dahulu (semasa di dunia) Taat kpd Allah serta Taat kpd Rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Penyesalan diAkhirat sudah tiada Gunanya, Harta, Pangkat, Kedudukan, Keluarga dan Segala perkara yg menjadi penyelamat di masa Dunia dahulu sudah tidak bermanfaat lagi. Sama-samalah kita Memaanfaatkan Usia, Kesihatan dan Segala nikmat yg masih dikurniakan ini. Manfaatkan sebaiknya, janganlah digunakan pada jalan yg dimurkaiNya atau tidak mengambil peduli segala ketetapan yg telah dinyatakanNya! Azab neraka itu sangat menyakitkan, tak dapat nak diGambarkan, cukuplah Kecelakaan, Kebinasaan yg telah menimpa umat-umat terdahulu menjadi pengajaran buat kita Semua.

Al-Quran telah banyak menceritakan bagaimana keadaan Orang-orang Kafir dahulu yg mentang Rasul mereka, mengejek apa yang dibawa & tidak mengendahkan segala perkara yg telah ditetapkan. Keadaan mereka diAkhirat penuh dengan Penyesalan. Mereka Sebenarnya mengetahui akan Ajaran, Perintah yg dibawa Rasul mereka adalah benar, tetapi sikap Ego, Sombong merekalah yg menyebabkan Kecelakaan penghujungNya. Mereka tahu silapnya mereka didunia dahulu, mereka Memohon pada Allah agar dapat kembali balik ke dunia hanya sekejap untuk menebus segala kesilapan tersebut, akan tetapi penyesalan disana sudah tidak bermanfaat lagi sehingga ada dikalangan Mereka Berkata : "Alangkah baiknya kalau aku menjadi Tanah (supaya aku tidak Dibangkitkan untuk dihitung Amalku & Menerima balasan)".



Saudaraku Sekalian... telah banyak sudah dikisahkan Al-Quran akan natijah bagi golongan yg menginkari seruanNya. Tidak lain hanya penyesalan yg lahir tatkala melihat Benarnya kedasyatan Azab tersebut. Di saat ini kita semua Harus patut rasa Bersyukur masih diberi peluang Untuk menginsafi, menyesali atas segala kekurangan dimasa-masa yg lepas. Masih sempat meneliti, memuhasabah adakah pada setiap ketetapan Allah dan RasulNya telah dipatuhi atau sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam Alasan. Sama-sama kita Renungkan, Gambarkan dan Fikirkan bagaimana keadaan Penyesalan yang cukup dasyat bagi Mereka yg dibangkitkan dalam keadaan Kehidupan Dunianya tidak diendahkan pada Perintah, Larangan Allah swt dan Rasulnya. Segalanya telah diceritakan dalam Al-Quran. Firman Allah swt :

1. Kesudahan golongan yg kufur ingkar itu apabila sampai ajal Maut kepada salah seorang di antara Mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah Daku (hidup semula di dunia) "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang Soleh dalam perkara-perkara yg telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya Perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang Mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam Barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari Kiamat). (Al-Mu'minun 99,100)

2. Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang Tersebut), Kami memberi amaran kepada Kamu mengenai Azab yang dekat (masa Datangnya), - iaitu hari Seseorang melihat apa yang telah Diusahakannya; dan org yang Kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi Tanah (supaya aku tidak Dibangkitkan untuk Dihitung Amalku dan Menerima Balasan)". (An-Naba' 40)

3. Dan sungguh Ngeri jika Engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi Neraka (untuk menyaksikan azabnya yg tidak Terperi), lalu mereka Berkata : "Wahai kiranya kami Dikembalikan ke Dunia, dan kami tidak akan Mendustakan lagi Ayat-ayat Keterangan Tuhan kami, dan menjadilah Kami dari golongan yang Beriman". (Al An'aam 27)

4. Dan (ingatkanlah) perihal hari Orang-orang yang Zalim Menggigit kedua-dua tangannya (marahkan Dirinya sendiri) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di Dunia dahulu) mengambil jalan yg Benar bersama-sama Rasul? (Al-Furqaan 27)

5. "Wahai Tuhan Kami, keluarkanlah Kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke Dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (Mengerjakan Kufur dan Maksiat), maka sesungguhnya Kami Orang-orang yg Zalim." (Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka, dan Janganlah kamu Berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (Al-Mu'minun 107,108)


Saat ini kita masih Waras untuk Merubah segalanya. Biarlah terasa Susah, Letih sedikit keranaNya untuk menghindari kesusahan yang Besar, yang Berat, Dasyat diSana. Sabarlah dalam menunaikan Suruhannya, Sabarlah dari mengerjakan LaranganNya. Dan Sabarlah atas tiap Musibah yg ditimpaNya. Nikmat atau Sakit, Susah diDunia hanya Sementara sahaja, Tahanlah. Ingatlah Azab Neraka itu tak terbayang sakitnya.

Sama2 kita Berlumba-lumba Mengerjakan Kebaikan, Melaksanakan suruhanNya. Sentiasa Berusaha menjauhi LaranganNya, Selalu Beristighfar, Tak putus Berdoa memohon Agar sentiasa diberi Kekuatan, Ketetapan Hati dalam mentaatiNya.

“ Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya Azab Seksanya itu adalah Mengertikan ” (Al-Furqaan 65)

“ Ya Allah, Berilah kami kebaikan di DUNIA & kebaikan di AKHIRAT. Peliharalah kami dari azab Neraka. Jauhkanlah Kami dari siksaanMu pada hari Engkau membangkitkan hamba2 Mu ”

Isnin, 26 Julai 2010

Pentingnya Solat.

Firman Allah swt: Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11) 

1. Solat itu tiang Agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Jika sakit tak mampu menunaikan dengan berdiri, boleh ditunaikan dengan duduk. Tak dapat duduk boleh secara berbaring. Tak dapat juga dengan berbaring boleh dengan isyarat. Tak ada air boleh tayammum. Terlupa habis waktu, wajib ganti. Jika musafir, boleh dijama’ (dihimpunkan). Pendek kata ibadah solat mestilah ditunaikan dalam keadaan apapun juga dan dimanapun kita berada.


2. Sesungguhnya perbuatan meninggalkan solat ini merupakan kes jenayah yang paling berat, kerana ia tonggak segala urusan agama ini. Kerana ia hubungan dari seorang hamba dengan Tuan Penciptanya. Baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat, kefahaman dan lalu penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji. Hal ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam tiap individu. Firman Allah swt: 

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Al-'Ankabuut 45) 

 Sabda Nabi saw: Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah solat. (Sunan at-Tirmidzi no. 2559. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sahih) 

3. Solat adalah ibadat yang sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw lagi. Dalam Al-Quran diceritakan yang Nabi Ibrahim as berdoa kepada Allah untuk dirinya dan zuriatnya agar mendirikan solat sebagaimana Firman Allah swt: 

Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 40) 

Begitu juga Nabi Ismail as: 

Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan menunaikan zakat. (Maryam 55)  

Firman Allah swt sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa as: 

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku. (Thaahaa 14) 

Allah swt berpesan kepada Nabi Isa as: 

Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup. (Maryam 31)


4. Demikianlah perintah solat merupakan suatu perkara yang telah diwajibkan telah berkurun lamanya. Merupakan syiar seorang hamba yang patuh dan tanggungjawab penting yang telah diwajibkan juga kepada seorang Rasul pilihan Allah. Hinggalah kepada kita sampai hari ini. 

Sabda Nabi saw: Ajarkanlah anak kamu supaya menunaikan solat apabila sudah sampai umurnya tujuh tahun, dan pukullah jika sudah memasuki 10 tahun. (Hr Abu Daud dan at-Tirmidzi. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan). Disuruh dalam hadis ini ialah kepada walinya. 

Daripada Imran bin al-Hushain ra, katanya: Aku ada penyakit bawasir, maka aku bertanya Nabi saw tentang bagaimana dengan solat. Lalu Nabi saw bersabda: Solatlah berdiri, jika tak mampu dalam keadaan duduk, jika tak mampu dalam keadaan berbaring. (Hr Bukhari) 

 Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi. (Hr at-Tirmidzi, Hasan)

(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. (Hr Muslim) 

5. Sama-sama kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, ingatkan diri, keluarga, sanak saudara, teman-teman akan betapa pentingnya solat. Sentiasa berdoa memohon hidayah dan rahmat-Nya. Sama-sama kita pelihara sebaiknya solat kita, hanya 5 kali sehari. Masukkan dan jadikan dalam rutin kerja yang memang wajib bagi diri kita. Ada waktu yang khusus untuk solat dengan sempurna. Usaha jangan biar jadi hal yang membebankan. Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. (At-Tahrim 6). Inilah kejayaan yang kita inginkan, dunia dan akhirat yang berkekalan kelak. 

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. (Taha 132) 

6. Dalam keadaan macam mana sekalipun, peliharalah sungguh-sungguh hal solat ini. Saat terlalu lemah dan malas sangatpun, tak mampu yang lain, jangan dibiar terabai solat kita. Jika solat sudah awal lagi tak ditunai, memang tiada guna hidup kita. Kita rasa malas dan berat kerana belum memahaminya dan dosa yang banyak masih diselangi dan dibiasai. Kita tak ingin bersedia untuk menjadi hamba yang taat. Berada dalam rahmat dan redha Allah. Janganlah diremehkan dan masih dianggap biasa dalam sering menangguh dan tidak bersedia itu. 



“Marilah sama-sama awasi selalu bagaimanana dengan solat kita. Ini pengikat hubungan kita dengan Allah, yang menhidupkan kita” 



- Antara rujukan tambahan: Rukun Islam, Jabatan Kajian Ilmiah Universiti Islam Madinah. Diterjemah oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman. 


14 Sya'ban 1431 H bersamaan 26 Julai 2010 M 
Isnin, 11.35 am. Sana’a, Yaman. 

Edit semula: 
15 Zulhijjah 1433 H bersamaan 31 Oktober 2012 M 
Rabu, 09.00 am. Sana’a, Yaman.