Sabtu, 16 September 2017

Buat Baik dibalas Baik.

Kisah dengan Jiranku.

Biasa kalau keluar rumah, bila ada sampah atau daun kering depan pagar rumah, aku akan bersihkan, dan kadang yang depan pagar jiran aku tolong sapu sekali sikit, sebab alang-alang tengah sapu nampak kotor pula sebelah.

Namun selepas beberapa hari ni aku perasan macam dah ada orang bersih, misteri juga fikir siapalah rajin tolong sapu, ingat angin kut datang jadi sampah bergerak ke tepi, tapi bila berulang lagi kali kedua dan ketiga ni pelik juga.

Hinggalah kebetulan isteri nampak melalui tingkap, rupanya jiran sebelah yang tolong sapu sekali ke tepi. Allah, hebat apa yang Tuhan buat.

Saja kongsi sebab rasa seronok.

Sabtu, 2 September 2017

Rehat Dari Dunia atau Dunia Yang Rehat Daripada Kita?

عَنْ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ:

الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ.

[Mayat Yang Rehat, Mayat Yang Penat]

Daripada Abi Qatadah bin Rib’I al Ansori bahawa dia menceritakan bahawa Nabi (saw) dibawa pergi di hadapan baginda (saw) satu jenazah, lalu bersabda:

"Ada mayat yang berehat dan ada mayat yang penat.

Para sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah, apa maksud mayat  yang berehat  dan mayat yang penat?"

Baginda (saw) bersabda:

"Hamba mukmin (apabila mati) berehat daripada kepenatan dunia dan kesukaran yang dihadapinya ketika mencari rahmah Allah. Manakala hamba yang jahat pula apabila dia mati, orangramai, negeri, pokok dan binatang berehat dari kejahatannya (dia pula penat di dalam kubur)."

Hr Bukhari & Muslim.