Sabtu, 28 Mei 2016

Cukuplah Berbohong Ibu.

Kata si anak dalam satu kisah tentang pengorbanan seorang ibu. 

Seorang ibu yang selalu berbohong kepada anaknya kerana kasih sayang dan pengorbanan. 

● Apabila soal makanan ibu sanggup tidak makan dan mengatakan tidak suka makanan itu walau disukainya demi anaknya. 

● Apabila tidak cukup makanan ibu selalu menahan lapar dan mengatakan sudah kenyang demi anaknya. 

● Apabila sakit ibu selalu menahan sakit dan mengatakan ibu tiada apa kerana ingin mengembirakan anaknya. 

● Apabila sedih ibu sanggup mengeringkan jiwa dan menguatkan semangat demi kerisauan anaknya.

● Apabila letih ibu sanggup memaksa juga dirinya dan berkata ibu sudah biasa melakukan ini demi menyeronokkan anaknya.

● Apabila tiada duit ibu sampai berhutang dan bertanya lagi berapa yang diperlukan demi anaknya.

Hinggalah ibu ditimpa sakit berat dan ketika anaknya mendapat berita dari doktor jangkaan penyakit lantas pergi berjumpa ibu, ibu masih menyambut dengan senyuman gembira dan berkata tiada apa anak. Maka akhirnya si anak berkata, "Cukuplah berbohong ibu." 

Hinggalah saat dewasa ini barulah mungkin kita sedar. "Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami diwaktu kecil. Ya Allah, bantulah kami untuk berbuat baik kepada ibubapa kami."


29 Mei 2016.
Ahad, 1.00 pm. Ipoh, Perak.

Khamis, 18 Februari 2016

Buku Abdul Rahman Bin Auf.

 

Alhamdulillah, buku ini sangat baik bagi mereka-mereka yang direzekikan Allah dengan harta yang melimpah ruah, dan juga kepada kita semua yang sudah pasti menginginkan kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan ini disebalik kejayaan dan kekayaan Akhirat yang sudah mesti perlu didahului dan difikirkan. 

Mengandungi 76 muka surat sahaja karangan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Kekayaan Abdul Rahman Bin Auf terlalu jauh berbanding kita dan dalam masa yang sama pengorbanan beliau juga lagi tak terkira banyaknya. Antara point pengajaran yang hanya pada sudut perkongsian bacaan saya sahaja adalah tentang: 

• Sifat beliau menolak tawaran apabila ada yang ingin membantunya, dan beliau cuba berusaha dengan sendiri. 

• Kekayaan beliau seiring sama tahap pengorbanan beliau pada Agama dan bahkan lebih lagi. 

• Menjadi motivasi untuk kaya dan berkorban, dan contoh untuk yang kaya agar berkorban.  

• Tidak salah kaya namun hendaklah pengorbanan pada Agama diutamakan. 

• Kearah mana halatuju kejayaan dan kekayaan yang diinginkan dan dikejarkan kita? 

• Apakah kekayaan membawa kebaikan atau kelalaian? 

• Beliau risau dengan kekayaan yang melalaikan. 

• Kehebatan sedekah dan beliau sangat banyak bersedekah. 

• Beliau mempunyai beribu-ribu binatang ternakan antaranya 10 ribu ekor kambing. 

• Beliau sanggup menyumbang 700 ekor unta bermuatan harta benda penuh untuk dakwah Islam. 

• Beliau dijanjikan syurga. 

• Beliau terlibat dalam peperangan bersama Nabi SAW. 

• Beliau pernah cedera parah dalam peperangan. 

• Beliau pernah menyumbang kelengkapan untuk berperang. 

• Beliau tidak berhutang. 

• Kunci kejayaan antaranya “Ilmu, sabar, kawan, berdikari, usaha apa yang ada, fokus, patuh syariat dan lain lagi.” 



18 Februari 2016.
Khamis, 4.30 pm. Ipoh, Perak.