Ahad, 9 November 2014

Makluman 1

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi datang membaca perkongsian di blog ini. Untuk makluman tuan/puan semua, masa saya sangat masih belum teratur untuk berkongsi secara kerap bagi pengisian diblog ini. Sebenarnya sangat banyak peringatan dan muhasabah hidup ingin saya kongsikan disini dari pengalaman dan pengajaran yang dilalui, kadang rasa tak terhitung banyak perkara nak juga ingin cuba dikongsikan melalui tulisan, percakapan, dan perbuatan. Yang saya fikir bukan artikel yang umum juga ingin disampaikan, dan topik-topik yang panas, namun salah seorang yang merasa ada inspirasi dan kena dengan keadaan dirinya dari apa yang dikongsi disini sudah cukup bagi saya, kerana setiap kita sudah tentu berbeza ujian dan dugaan hidup ini dari Allah. Dan berkaitan ujian-ujian dan cabaran yang pasti kita semua tidak lepas darinya. Apa yang akan terjadi, apa yang telah terjadi, kenapa terjadi, semuanya bermula dengan ujian-ujian dan justeru itu maka kita dituntut saling memberi nasihat dan peringatan untuk kebaikan dan ketaatan kepada perintah Allah akan segala masalah yang timbul.




Sesungguhnya hidup kita ini jika sentiasa dicari masa dalam setiap detik dan hari untuk benar-benar bermuhasabah, maka sangat banyak petunjuk dan pengajaran yang kita boleh ambil dan sedar akan segala masalah dan kesulitan yang terjadi. Buang segala ego nafsu yang selalu degil untuk mengalah dahulu.

Jadi banyak perkara yang ingin disampaikan, saya sekadar sempat menjadikannya sebagai status di fb dan page fb saya dengan info dan point-point penting. Jesteru kepada tuan/puan yang ingin mengajukan soalan atau bersembang bertanya apa-apa dan boleh diajukan melalui personal mesej akaun fb saya disini: https://www.facebook.com/AhmadFirdausAzis. Kemungkinan status-status di fb itu sangat pendek, ringkas, shortcut dan memang perlu kepada penjelasan lagi sebenarnya. Dan sebenarnya status-status itu adalah tajuk kepada artikel yang ingin cuba diulaskan, namun semuanya masih tidak kesampaian hajatnya kerana masalah kesibukan yang tak dapat dielakkan buat masa sekarang.

Saya mohon doakan saya diberi masa yang lapang dan kemudahan dalam saling memberi perkongsian pengajaran dan muhasabah dalam ujian kehidupan yang pasti dilalui ini hingga kejayaan menjadi hamba yang taat dalam redha Allah hingga dikurniakan hasil Syurga yang indah kelak. Dan terus dikurniakan semangat untuk cuba berusaha dengan istiqamah dalam menulis ini. Sekian, terima kasih semua.


17 Muharram 1435 H bersamaan 10 November 2014 M 
Isnin, 2.00 am. Ipoh, Perak.

Sabtu, 11 Oktober 2014

Pesan-memesan Hidup (8)


Gembira dengan solat atau dunia? 

Saat hidup ini yang masih dapat kita jalani adalah kerana kurniaan Allah akan perasaan gembira yang memberi semangat kepada kita untuk meneruskannya. Semua orang merasai kegembiraan dari hasil usaha yang berbeza-beza kita lihat. Kita gembira dan mari kita menilai kegembiraan kita sejenak. Adakah kita lebih gembira dengan hasil demi hasil dunia yang kita raih melebihi dari perasaan gembira dalam menunaikan hak dan kefardhuan Allah kepada kita? Adakah kita lebih gembira menunggu-nunggu waktu hasil keuntungan dan kenikmatan dunia yang bermacam-macam dari apa yang diwajibkan Allah? Adakah kita lebih gembira dalam melaksanakan kerja-kerja dunia melebihi dari kefardhuan Agama kita? Adakah solat dan amal ibadat kefardhuan dan sunat kita menjadi sekadar adat yang disetkan dan waktu-waktu ketika susah. Jika demikian, maka perlu kita sama-sama bermuhasabah agar kecintaan dunia kita tidak melebihi dari tuntutan yang sebenar. Kita perlu sama-sama bermuhasabah agar Solat lah yang sepatutnya menjadi sesuatu urusan yang ditunggu-tunggu kita mengecepi rasa kegembiraan. Kita perlu sama-sama bermuhasabah agar kita tidak teralpa dengan nikmat yang sementara sebenarnya ini. Sampai kita tidak merasa apa-apa kegembiraan dengan amal kewajipan kita, sentiasa pula merasa malas, terbeban, menangguh-nangguh, gopoh, dan sebagainya. Kita terleka dengan nikmat-nikmat Allah. Kita lalai dengan keseronokan dunia. Kita ingat nikmat, tapi lupa yang memberi nikmat. 

Kita pasti juga akan dapat apa yang dibuat. Namun adakah sempat kita lihat? 

Hasil hidup ini ialah kita dapat apa yang kita buat. Dan kita juga mengharap segala tanaman kebaikan kita ada hasilnya nanti. Demikian itu yang kita harapkan, namun mari sama-sama kita berfikir sejenak andaikata kesempatan melihat hasil itu tidak sempat semasa hayat kita. Sedang kita punyai banyak masa, tenaga dan segala kemampuan telah disia-siakan. Sesungguhnya sangat rugilah kita.

Hidup ini berpusing ujiannya. 

Hidup ini berpusing ujiannya. Hari ini mungkin kita diuji, esok mungkin orang lain pula. Hari ini mungkin orang lain dan esok giliran kita pula. Begitulah ditetapkan Allah untuk menguji hamba-hambanya. Selalulah mengingati Allah dalam ujian yang menimpa diri kita dan sesiapa sahaja. Agar kita dapat hadapinya dengan hati yang masih kuat berpegang kepada Allah, tidak sombong dan tidak berputus asa dalam ujian yang diberi. 

Timbul masalah baru mencari Agama? 

Agama datang menyelesaikan masalah. Dan ia pedoman dan dan jalan bagi kita hingga mati. Ia terkandung dalam kitab mukjizat Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Justeru perlu sentiasa kita merujuknya. Jangan apabila timbul masalah barulah kita mencari apa nasihat Agama, bahkan sepatutnya hendaklah setiap segala keputusan dan tindakan yang ingin dibuat, kita cuba usaha serajinnya mencari dahulu apa kata Agama mengenainya, bukan buat dahulu dan baru cari Agama. Kerana Agama itu adalah panduan kebaikan dunia akhirat kita. Mari kita sama-sama bermuhasabah dengan cuba bermula menilai tindakan harian kita dengan kata Allah dan Rasul dahulu. 

Harapan kita kepada orang lain adalah harapan kita untuk diri kita. 

Agama datang membawa harapan. Rahmat Allah begitu besar mengatasi segalanya, demikian dihasut sebolehnya syaitan manusia ini agar berputus asa dengan Allah SWT. Begitulah kita dengan harapan kita sendiri yang kita berikan kepada orang lain. Semakin mengecil dan sempit harapan kita terhadap orang lain, sebenarnya telah menyebabkan semakin kecil dan sempit fikiran dan keuntungan lain untuk masuk dalam jiwa kita. Apabila kita biasa terlalu cepat seperti membuat satu ‘lebel, keputusan, hukum atau satu cara fikir disetkan’ seseorang itu dengan kata putus pendirian kita kerana tidak selari dengan kehendak jiwa kita. Maka itu juga adalah harapan untuk diri kita dari segala apa yang kita harapkan dalam matlamat kehidupan dunia dan akhirat kita. 


16 Zulhijjah 1435 H bersamaan 11 Oktober 2014 M 
Sabtu, 3.15 pm. Ipoh, Perak.